Sebu Perut??


Hi peeps!

Hari ni saya nak citer sikit pasal Peppermint Ginger Plus, Shaklee. Apa yang best?

Sesuai sangat kalau kita perut sebu, masuk angin sebab makan lambat, pening kepala sebab angin, atau makan makanan yang berangin! Kalau orang yang morning sickness pun sesuai tau. So tak de la loya loya sangat!


Asalnya, saya memang kerap perut masuk angin. Takpun, kalo saya makan banyak sangat, mesti perut tak sedap. Dulu makan ubat angin tu la. Macam gaviscon tu. Tapi sekarang, saya just pakai Peppermint Ginger Plus ni. Nak best larut dalam air, pastu minum

Dia punya mint, buat perut dan tekak jadi nyaman giler

So sesiapa, yang kerap sebu, better la amik ni. Memang antara supplement favourite saya!

Ok bye!!

Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina

Blog i Love


Assalamualaikum w.b.t

Okey cabaran blog hari ni, pasal Blog I love. Blog yang saya suka baca. Frankly speaking, saya suka baca blog masa saya nak kawin dulu. Masa tu nak dapatkan idea utk kenduri, nak cari orang yang buat tempahan bunga telur, nak cari kad kawin murah, nak cari door gift pun sama..Semuanya saya baca blog. No wonder dulu, saya punya bunga telur saya tempah kat PERLIS okey. Kendurinya kat Terengganu.Huhu.. Masa tu, saya tgh further study.Kelas hujung minggu. Mana sempat nak jejelan cari barang nak buat bunga telur bagai. Hantaran pun saya tempah. Memang masa sangat limited. Semua saya tempah. 

Tapi so pity..masa tu saya setakat baca.. Saya tak de blog pun!  After kawin, dah stop..Bila plak saya baca?? Masa saya nak menyusukan Qistina. Saya study pasal menyusu, macamana nak simpan susu, nak cari breastpump yang bagus.Saya start cari ilmu menyusu since saya pregnant tau. Saya baca, saya study habis2 supaya, bila dah ada baby, saya senang nak handle.


Jatuh Cinta Pada Blog

Saya memang pernah create blog, tapi tak aktif pun.. Masa tu, entah tak terfikir nak tulis ape pun..Tapi bila dah berjinak jinak dengan Shaklee ni, saya macam seronok plak menulis! Seronok nak share dgn orang apa yang saya amik..Seronok nak share ape yg saya buat. Mayb ramai yang tahu pasal Shaklee. Tapi tak ramai yang tahu, kenapa semua org suka sungguh jual Shaklee. Shaklee bukan stakat produk tau. Tapi we have family in there. We share everything. Yang penting, we really enjoy our moment. Bila dapat tolong orang dapatkan kesihatan yang lagi bagus, saya rase memang sangat puas hati! Same goes to me, bila mengajar student faham, MasyaAllah, kepuasan tahap tak terhingga!!

Blog I Love?

Harus la blog saya !


Di sini saya berkarya..Disini saya bercerita..

Disini la..

Bila Saya Menulis...

Salam Sayang
Far

Favourite Color: Color & Personality!


Hai peeps!!

Cerita cerita favourite color..Masa kawin dulu, mesti akan buat weeding dengan color yang kita suka kan?? I love PINK soo much! saya kawin pun color pink. Dapat pulak anak pempuan, habis ku kerjakan dia dengan pink.

Sekarang, saya takde la sangat obses dengan color. As long as sweet dimata saya, saya layankan aje.. Saya rasa, wajah kita, penampilan kita pun, boleh dipengaruhi oleh color!


Warna dan Personaliti

Orang yang suka warna pink, biasanya tegas tapi manja manja sikit. Pastu suka pulak bermadah madah. Romantik ok!. Pastu tak suka bising. Tak suka kelam kelibut. Tak banyak cakap, tapi suka fikir.. Hermmm yang ni macam tak kene je.. Saya suka cakap!  Tapi penggemar pink biasanya sangat cepat marah..tapi mudah reda.. 

Jangan risau..saya cool je..kiki 

Me with pink!


Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina

Petua Orang Lelama


Assalamualaikum

Okey, hari ni saya nak balik pada zaman dolu dolu sikit. Nak review back ape petua org lelema untuk aktiviti harian kita.

Muka Berseri seri

Orang dulu dulu, bab muka,  bab badan, memang jadi aset utama. No wonder la, dorang punya badan melentik bagai bulu mata yang pakai maskara! Tapi cantikkan. Nampak keaslian wajah dan badan dorang. Dan dorang sangat komited untuk jaga aset badan dorang supaya maintain cun, even dah berpuluh tahun. 



Asal badan lentik, saya teringat kat Che Ta!  Takde kategori dolu sangat Che Ta ni, tapi saya ada terbaca, dia sit up 400 kali sehari, untuk cantik tau! Itu cara dia..

Petua Lama Untuk Cantik??

Saya nak share, ape petua orang lama, untuk kelihatan berseri seri! Jom baca sini! Petua Naik Seri Muka

So korang lepas ni, semua harus berseri seri eh 

Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina

Nak Cantik?? Tipss Plezz


Assalamualaikum w.b.t

Nak cantik tak?? Ha, harus la nak kannnn?? Tapi tak ramai yang alert nak jaga kulit. Nak minum air banyak. Termasukla tuan empunya badan. Haha. Tapi bila usia dah jenguk angka 3 didepan ni, HARUSSSS rajin sikit jaga kulit. Kalau tak sia sia je tua sebelum usia! Macam tak rela je i !

Tips Jaga Kulit Cantik

Nak kulit cantik, awet muda, pesan mak saya kene la mandi seawal pagi. Biar air yang sejuk tu mengalir meresap kekulit. Barula kulit nampak segar. Itu petua org lelama la. Ada betulnya kan..ada org yang dah berpuluh tahun, masih kulit anjal, dan takde satu pun jeragat tau. Tengok la dorang makan ape. So korang, nak kulit cantik, kene la berkorban sikit. 

Hari ni saya nak share 5 Tips  yang boleh di amalkan kalau kita nak wajah kita sentiasa segar bugar, cantik berseri. Nak buat caner?? Jom baca kat sini. 5 tips cantik gebu!

Cantikkan??

Itu supplement kulit pilihan saya. Saya suka sangat dengan Vivix. Agak nak nampak muda 25 tahun, kene amik Vivix eh. Lagi satu Vivix ni, boleh rawat keadaan sel badan kita dari dalam. Bila dah citer pasal rawat sel, automatik la, semua sel sel yg lain pun boleh perbetul jugak. Kan dan berganda bonusnya! Badan Sihat, Kulit pun cantik! 
 
Jom Cantik! Jom Sihat!!

your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina
 

5 Lagu Cinta Yang Saya Suka?


Salam Jumaat..

Meneruskan Cabaran 30 Blogging, hari ni saya nak share pasal lagu cinta kesukaan saya. Saya memang suka layan lagu. Tambah pula saya kerap driving jauh, memang radio la selalu jadi teman kalau peneman setia yg cilik tu tidur. Kalau dia tak tido, dia la jadi penyanyi. Tak pun saya kene  dengar dia berdongeng. Cerita pasal semut kene langgar la, kucing demam la..Huhu..

Love Song?

Saya memang suka muzik!! So sangat banyak lagu yang saya suka. Tapi kalau nak pilih 5,saya pilih lagu cinta yang saya dan Qistina suka!


1. Cinta Bersatu lagu Liyana Jasmay

Love song saya dan Qistina!!Lirik yang paling saya suka:

"Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu"

2. Sepi lagu Yuni Shara

Saya suka suara si penyanyi nya. I love the lyrics at all!!

3. Pedoman lagu Nora

Antara lagu Ketuhanan yang saya sangat suka. Asalnya Qistina la dengar dulu. Kebetulan dalam tab bestfriend saya ada lagu ni.Dulu Kemaruk Erti Alfatihah tu, Lepas tu, Bismillah..Sekarang lagu ni pula.Tapi its ok..Its all about Cinta Allah.. At least, dia tahu..Allah Paling Berkuasa.

4. Cinta Sejati lagu Bunga Citra Lestari 

Suara si Bunga ni, memang best.

5. HambaMu lagu Mawi dan Akhil Hayy

Selalu dengar lagu ni, tapi tak sedar liriknya sangat best. Saya tahu pun, masa g kelas dengan Family Shaklee saya kat Shah Alam dulu. Bile di dengar balik..Memang best!!

Okey, ni la antara lagu cinta yang terlintas kat fikiran saya sekarang!

Bye!

Love: Mami Far

My Vission Board: Bila cita cita di zahirkan


Assalamualaikum..

Hi peeps, hari ni nak share sikit target saya join Shaklee. Sungguh nak cerita, masa join awal dulu, saya suke suke je. Saya nak keluar dari zon selesa saya.. Cuba buat benda saya tak penah buat. Ayoo, mana pernah saya jual supplement sebelum ni. Zaman belajar dulu ada la jual tudung, jual kaften, jual batik.. Tu lain sikit kot. Shaklee ni, yang sangat best, sebab ramai giler orang yang jual. Di situ lah, bermula nya cabaran.

Shaklee Effect

Shaklee effect untuk saya? Serius saya cakap, Shaklee buat saya kenal DIRI sendiri! Kenal ALLAH! Memang harga yang paling mahal, yang saya tak dapat cari kat tempat lain. MasyaAllah, saya yakin, Allah jumpa kan saya dengan Shaklee, adalah untuk saya kenal RAPAT dengan NYA. Untuk saya tak berhenti merintih padaNYA. So many miracle things happen to me. Frankly speaking, saya still belajar dalam Shaklee.Tapi, saya yakin, ROME WASN'T BUILT IN A DAY kan?? Saya pegang prinsip, apa jua yang kita lakukan, kita kene jaga hubungan dengan BIG BOSS kita. Siapa BIG BOSS kita?? Tiada yang lain dah kecuali ALLAH. 

Hubungan kene betul rapat, baru la nak mintak apa2 senang je dapat! Kalau  tak dapat jangan la marah, jangan la mengalah, jangan la merajuk.. InsyaAllah, mesti BOSS tau yang terbaik untuk anak buah!! Sabar, teruskan usaha.. Yakin dan terus mintak. Nak nangis ke, nak merintih ke, tak yah rase malu. Sebab BOSS lagi suka!! Saya pegang prinsip ni, dalam semua urusan kehidupan saya sekarang! Kadang nasib manusia ni tak sama kan. Kalau kita tiada apa yang orang ada, kita hargai apa yang kita ada..sebab itu sebenarnya terbaik untuk kita!!

MY VISSION BOARD

Saya nak share vission board saya! Doakan saya ya!!

My DREAM


Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!

Selfie!!


Assalamualaikum

Hi peeps!

Selfie di mana saja. Memang betul la. Ada student saya, katanya, dalam sehari di boleh berselfie dalam 20 kali! Mak ai.. Kemaruk betui ngan gambar. Okey, today u can enjoy my selfie time!!

Selfie!


with my loving friend :) (@ Tasik Dayang Bunting, Langkawi

Haha..Bosan tunggu jem!

Ready to holiday!

Malacca with love

USS

Okey last pic is the selfie of the day!

Me with my breakfast today!!

Cinch Shake + ESP

Tadaaa...



Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!


Fesyen: Instant Shawl Yang Sangat Best!


Assalamualaikum w.b.t

Cerita hari ni, pasal fesyen. Dek sekarang pelbagai jenis fesyen yang ada, dah takde masalah untuk dijadikan panduan dalam menggayakan pakaian kan? Yang penting tepuk dada tanya la selera.

Shawl

Yup, sekarang semua orang "mabuk" dengan shawl kan?? Saya memang suka tengok org pakai shawl. Kata mak saya, orang pakai shawl memang nampak muda! Yang menariknya jugak, saya kagum dengan keyakinan si pemakai shawl yang pelbagai gaya, yang penting keyakinan si pemakai. Pakai la apa saja, selagi si pemakai rasa yakin, dengan itu nampak la kecantikkannya!!

Betul tak?

Saya pun ada terkesan jugak dengan fesyen shawl ni. Tapi saya memilih Instant Shawl ! Berpadanan dengan zaman sekarang orang semua nak cepat, nak cantik, nak tutup aurat, so ada instant shawl yang memenuhi semua kreteria ni.

Al Humaira Contemporary

Saya sangat suka dengan instant shawl nya dan inner nye! Memang sangat mudah dan selesa. Inner nye, memang kalau pakai, sangat kemas dan berkualiti. Harganya pun ok la, mampu milik! Yang paling saya suka, instant shawl Al Humaira Contemporary ni, ianya besar, dan takla pendek. Kainnya pun chiffon yang best. Itu yang saya rase, sangat berbaloi baloi! 


Aufaa by Al Humaira
Yang ni, yang baru saya beli baru ni, memang senang je, sarung , betul kan kanan, betulkan kiri, done!

Rozelle by Al Humaira




Yang ni nama Rozelle. Yang ni payah sikit, tapi still boleh la pakai. Cuma kalau nak cepat, tak suggest sangat la.

Tadaa..
Saya pakai Aufaa by Al Humaira + Inner nye skali

Hehe, tudung ni memang saya puas hati sangat. Sebab sangat senang nak pakai!

Sugarscarf

Saya pun ada berkenan dengan satu tudung instant kat sini. Eh ada dua jenis la yang saya suka! Harganya mahal dari Al Humaira, tapi tudungnya lagi besar! Lycranya sejuk dan selesa la pakai. Takde la panas kan.
Julitte by Sugarscarf
Madison by Sugarscarf

Madison ni chiffon. So, kalau nak cari tudung express, yang berkualiti dan puas hati..Boleh sopink kat sini. Memang puas hati!

Bye!


Apa yang saya baca?


Assalamualaikum w.b.t

Tajuk hari ni tentang apa yang saya baca?

Ilmu ni kan luas..Memang kene rajin membaca baru kita berbeza dengan org lain. Kalau kita nak hebat, mestilah kene rajin membaca. Skema la plak!

Antara bahan ilmiah yang saya suka baca. Meh saya share:

Buku Education

Ni buku wajib. Sebab nak ngajar anak orang kan? Ha, harus kene rajin tambah ilmu.So, confirm la saya kena rajin tgk buku-buku utk saya ngajar dan jugak kadang2 saya tgk buku online saje. Senang sekarang ni. Kalau dulu, susah nak cari sekarang semua ada di hujung jari. Tinggal nak cari ngan tak nak je.


ihsan google

Majalah

Saya memang suka beli majalah. Kadang apa yang ada di majalah, kita boleh tengok dan refer sepanjang masa. Macam Majalah Solusi tu, sarat dengan ilmu agama. Memang puas hati baca dan simpan majalah macam macam tu

Ihsan Google

Novel

Saya kurang suka baca novel, sebab saya ni sangat tak sabar. Haha..Mana la saya tahan nak tunggu smpi saat akhir. Tapi kalau saya baca pun novel Ramlee Awang Murshid! Novel dia memang kita langsung tak boleh nak skip. Skip je, confirm tak paham. Saya suka la, sebab unexpected ending. Huhu, memang sangat best.

Ramlee Awang Murshid:Ihsan google

Tafsir Quran

Antara yang saya suka baca sekarang ni, sebab sebelum ni saya jarang baca tafsirnya. Bila baca tafsirnya, memang tak jemu kan? I love it!

Buku Cerita Kanak kanak

Sebab ada anak, harus kene suka baca. Baru la, dapat spend quality time dengan si comel saya tu. 


Buku Nutrition/ Supplement

Sebab saya jual supplement kat orang. Apa yang saya expect orang terang kat saya, mcm tu jugak la, saya treat customer saya. So, saya harus kene rajin membaca.. Shaklee ni, memang sangat buat saya berjaya rajin membaca buku yang diluar bidang saya tau!


Okey, tu je yg saya kerap baca dan saya suka baca..

 Bye!!



Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!



My Love


Assalamualaikum

Hari ni saya nak cerite pasal My Love! So ayat harus jiwang sikit kan.. Haha..

My Love

Dia buat hidup saya lebih bermakna..
Dia buat hidup saya lebih ceria
Dia buat hari saya terisi
Dia buat saya ketawa
Dia buat jadual saya lebih padat
Dia buat saya jadi sangat penyayang
Dia buat saya jadi 'singa' kadang kadang
Dia buat saya jadi story teller
Dia buat saya jadi driver
Dia buat saya jadi penyanyi lagu favorite dia
Dia buat saya jadi ustazah
Dia buat saya jadi saintis
Dia buat saya jadi doktor peribadi
Dia buat saya jadi pelawak

Dia pandang saya sebagai superwomen
Dia pandang saya sebagai peniaga SHAKLEE yang tegar
Dia pandang saya sebagai seorang teacher kepada abang abang
Dia pandang saya sebagai tukang masak
Dia pandang saya sebagai problem solver
Dia pandang saya sebagai banker
Dia pandang saya sebagai penyelamat
Dia pandang saya sebagai  pelumba kereta 


Dia adalah My Love saya

Dia adalah Qistina Nur Zahrah


Dalam beg awak ada ape eh??


Assalamualaikum..

Cerita pasal beg, saya selalu pening nak organize handbag tau! Biasanya handbag saya akan jadi "stor"kat semua barang qistina..Adui anak...Kadang pernah terjumpa remote Astro dalam handbag!!
Mau tak terkejut kann..

Pilih Handbag

Menjak  ada anak, memang handbag kene tukar saiz. Confirm! Dulu saya suka jugak pakai handbag yang hand carry, tapi bila dah  ada anak,  tinggal kenangan je la handbag macam tu. Pastu, pada saya la, kalau dah ada anak kecik, handbag yg sesuai kene la ada tali yang panjang. Kot terdesak, boleh la sling kan aje handbag, dan dukung aje anak!

Apa dalam beg??

Ini isi handbag saya..tadaaa..


Saya memang dah masukkan pelbagai item dalam beg2 kecik tu. So, yang beg color oren tu ada buku pasal customer, harga barang Shaklee, pasal blog saya, catatan pasal target atau ape ape yang saya teringin nak buat, dan ada jugak satu buku tu, saya suka catit apa yang saya suka baca. Nanti senang nak refer. Kite ni,bila dah  banyak sangat perkara nak buat, LUPA tu memang perkara biasa. Macam banyak kan bukunya?? Dulu saya guna satu buku, buat divider je, tapi qistina kalau jumpe, confirm habis dia kacau. So, bile disorokkan dalam beg kecik mcm ni, dia memang tak nak bukak. Yang dia tau bukak wallet dan cari pen aje.


Yang hitam tu wallet saya. Yang peach tu, wrislet coach dari neny Shaklee saya. Saya letak supplement saya dan duit syiling. Biasanya saya memang tak lekang dari Cinch Tea Mix, Nutriferon, Lecithin dan Omega. Tapi, kalau long journey saya tambah lagi yang selebihnya. Wristlet ni, ada sentimental value tau, hadiah hasil kerja keras naik supervisor. Best kan? Hehe.. Nak jugak?? boleh..jom ikut saya! Bukan setakat coach tau, emas pun saya dpt.. tu dari mak Shaklee saya. Terbaikkk! Sebab tu, saya tengah susun strategi lagi, tolong orang ramai2.. InsyaAllah, mesti lagi cepat berjaya dalam Shaklee ni. Untung untung dapat g bercuti free plakkan! 

                                         

Okey sambung lagi.., yang color pink tu, harta my qistina. Getah rambut la. Sikat la. mcm2 lagi laa.. Pastu wet tissue tu memang wajib bagi saya dan qistina. Qistina pun kekadang after makan dah pandai minta wet tissue. Senang la wet tissue ni untuk kami yang selalu travel. Boleh guna untuk pelbagai tempat. Sebab tu saya beli yang kecik. Senang nak simpan.

Lagi satu most important, handphone ler..

Kena rajin kemas handbag!

Saya ada baca kat majalah, katanya handbag adalah tempat pembiakan beribu ribu bakteria tau! Ha,so make sure rajin kemas handbag, jangan bagi handbag bersarang eh.. Pada yang suka tukar handbag seminggu sekali tu, memang cayalaa. Saya memang kurang gemar sikit tukar handbag..Kenapa eh?? Malas kot?? huh!


Okay la  peeps, see u later, bye!



Salam sayang,
FAR
Ur Trusted Shaklee Distributor!!
0125716112
Instagram: Farqistina
Fbpages:Supplement Farqistina


Tips Kemas Rumah: Cara Mudah dan Ringkas!


Assalamualaikum..

Hehe, tajuk memang best!  Bile cerita bab kemas, memang pempuan tak leh nak elak la. Tapi yang paling penting nak kemas kene ada cara, baru la tak rase stress.

Tips Kemas Baju

Okey, saya memang kureng suka lipat baju. So, ape yang saya buat? Saya hanger kan semua baju baju saya. Semua item saya hanger, sangat jimat masa! Cuma perlukan hanger yang banyak, dan tempat untuk menggantungnya. Hanger takde masalah, boleh je cari kat kedai RM2. Banyak boleh dapat. Sebab tu, kalau saya pergi memana sangat suka cari hanger. Kalau untuk baju budak, beli la hanger kecik. So, masa sidai kita hanger kan, so bila angkat just sorting je, ikut pakaian kite.


Ihsan google

Tips Kemas Barang Sampingan

Saya guna suka guna storage box! So, barang tak rosak dan mudah nak cari. Storage tu,kite kene la label. Baju lama ke, Mainan anak ke, Stok barang rumah ke.So, letak pada satu tempat yang mudah kita nak capai! Kalau nak pindah rumah pun senang tau, hangkut saja..

Ihsan google

Impian Saya

Saya baru dapat idea nak susun semua barang dalam rak kayu 3 layer tu. Pastu beli la kat Daiso storage box yang pelbagai corak then, susun! So jadinye camni

Ihsan Google

Cantik kan?? Saya tengah teruja nak buat macam ni la. Berangan nak letak semua mainan Qistina :)

Tips Bagi Cergas Untuk Kemas Rumah

  1. Jangan bertangguh. Nampak je barang tak kemas, terus amik. Lagi lama biar, lagi sepah
  2. Jadualkan suitable time for laundry (kalau tak mampu hari2, make sure jangan terlalu banyak, nti demotivated) (ini amalan saya masa keje jauh dulu)
  3. Buat keje dengan tenang(jangan mengeluh husband tak tolong! itu lagi la penat)
  4. Minum la air yang boleh buat kita cergas dan tak la penat sangat. Bukan ape, nanti kalau dah penat, mula la bad mood kan. So,saya pilih Performance Drink, Shaklee!
Selamat Kemas Rumah!

Resepi Fruit Cocktail Sedap!


Assalamualaikum..

Hai peeps, nak share resepi desert yang simple dan sangat senang! Confirm kalau buat kat umah, pasti licin. Ni memang favourite saya, terutama kalo ada pot luck, sebab ianya sangat simple!

Sesuai sangat untuk dijadikan desert andainya nak cepat!

Fruit Cocktail

Ihsan Google

Resepi nya:

1 tin Fruit Cocktail  (saya suka brand Hosen, sebab buah nya sedap)

1 tin susu cair (saya suka guna brand Ideal, sebab memang lemak dan berkrim)

1 plastik jelly

Ais ketul

Campurkan kesemua bahan tersebut, then SIAP!

Ihsan Google

Ihsan google

Ihsan Google


Tak perlu tapis air dari cocktail tu, mix up semua je bahan tu. So manis nya akan datang dari air dalam tin cocktail tu aje. Lagi sejuk lagi sedap. Kalau tak nak manis sangat, letak la ais tu banyak2..

Oh kalau nak dijadikan puding, just renehkan agar agar, then campurkan dengan campuran tadi..

oppss..make sure tau, lepas tu makan Lecithin!  :)

Selamat Mencuba ye!

My favourite desert :)


Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!

Tempat Makan Best: Celop Tepung Pok Nong!


Assalamualaikum..
Saya memang suka makan! yang penting, saya suka cuba makanan baru yang belum pernah saya makan! Okey hari ni, cerita bab makan, saya nak citer satu tempat makan  best kat negeri kelahiran saya iaitu Terengganu.

Warung Pok Nong

Sesimple nama warung nye, begitu simple la jugak rupa bentuk kedainya. Simple je, Warong Pok Nong ni, jual pelbagai jenis celup tepung macam sotong, udang, ikan dan keropok lekor. Makanan sampingan lain ada mee goreng basah ala terengganu dan  bee hoon goreng.  Apa yang paling menarik tentang kedai ni, celup tepung nya memang sangat superb. Kalau kat Terengganu, setakat nak cari celup tepung ni, merata tempat pun ada. Tapi, as anak terengganu, saya memang boleh nobatkan Warong Pok Nong ni the best ever la.


Warong Pok Nong

Murah dan Sedap!

Yang menjadi kegemaran saya, celup tepung kat sini semua la sotong dan udangnya adalah sangat FRESH! Kata Pok Nong tu sendiri, kalau tak fresh biasanya dia akan tutup. Lagi satu, kita dapat nikmati rasa sotong dan pelbagai lagi tu, dalam keadaan yang masih panas! Saya ni, dah lama jadikan aktiviti minum petang saya kat sini. Tiap kali balik kampung, tempat wajib saya makan, kat sini la. So, saya kenal Pok Nong ni, dari warong dia tak glamer, sampai sekarang dah masuk Jalan Jalan Cari Makan!

Pernah dilawati Jalan jalan cari makan
Jangan risau pasal harga, sebab bila u all makan kat sini, of course akan terkejut dengan total harganya. Biasanya, bile makan kat sini kiteorg akan amik je sebanyak mungkin. Sotong tu dalam 5-7 ekor. Bukan yang saiz yang kecik tau, tapi besar! Pastu udang pun dlam 15 ekor. Ikan celop tepung dalam 3-4 ekor. Ikan kembung yang saiz besar. Normally totalnya dalam 70-90 dah termasuk air tau! Ha berbaloi tak?? Memang takkan dapat kat tempat lain la. 

Antara sotong kat warong ni

Kecur saya tengok!!
Air yang ada disediakan kat sini pun sedap. Paling saya suka air jagung dengan aiskrim. Ada air kelapa dan mcm2 lagi la. Dari makanan hinggalah ke airnya, semuanya sangat puas hati

Lokasi

Warong Pok Nong ni, terletak dekat Mengabang Telipot. Berdekatan dengan UnisZa dan UMT. Kalau nak kesini, u all kene cari UMT tu dulu. So dari UMT tu,dah tak jauh la. Dari Bandar Kuala Terengganu dalam 45minit. 

Wajib pergi

So ini adalah tempat wajib u all pergi kalau bertandang ke Negeri Cantik, Budaya Menarik ni tau. Memang confirm tak nyesal dan nak pergi lagi! Oh, kalau nak pergi better pukul 4 u all dah kene ada kat sana. Kalau lambat, jenuh la nak beratur. Memang kat sini, kalau dah start beratur memang sangat panjang!

Saya paling risau bila datang sini, sebab saya memang akan mkn banyak! So prepare siap siap la LECITHIN dan ALFALFA dalam handbag. Malam tu, confirm kene telan Herblax!!

Ok, bye till meet u again

Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!


Siapa saya?


Assalamualaikum..

Okey,  hari ni saya nak share sikit siapa saya?? Asik baca pasal cerita saya, mesti nak tahu saya sape kan??


Cerita diri saya

Me, myself and I

1. Nama saya Nurfarhanah Binti Omar dan berusia 32 tahun pada 24/6/2014 baru ni.
2. Saya dilahirkan di Kuala Terengganu.
3. Saya mempunyai 7 adik beradik, dan saya adalah yang ke 4
4. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang diberi nama Qistina Nur Zahrah
5. Memilih kerjaya sebagai pendidik di sebuah Politeknik.
6. Saya memang sangat suka mengajar. Jumpa student, boleh kurangkan stress saya kadang2:P

Menarik tentang saya??

  • Saya memang orang yang sangat simple.
  • Saya lebih suka bercakap pada tempat atau sesuatu yang saya perlu. So kadang kadang nampak saya pendiam sikit 
  • Saya sangat suka tengok sesuatu benda yang cantik. 
  • Tak kisah la, baju, handbag, sekalipun getah pengikat rambut! 
  • Tapi jangan salah faham, saya adalah org yang sangat JARANG bersopink!! 
  • Kalau saya beli pun, mungkin benda yang saya sangat perlu! 
  • Tapi saya sangat tak boleh tahan dengan MAKANAN!! 
  • Saya memang sangat suka cuba makanan baru. 
  • As long as Halal, saya bedal je. Sebab tu, saya banyak habis duit untuk makan! (dengan itu saya tak boleh tinggal Set Kurus Shaklee saya)
  • Jangan tak tahu, saya boleh berkira untuk beli handbag or baju baru, selagi saya tak dpt makan makanan favorite saya! 

Zaman Belaja

Saya sangat aktif sukan pada zaman saya sekolah rendah. Semua sukan saya masuk. Dari hoki hinggalah netball. Tapi, kalau tanya saya, sukan ape yang paling saya minat?? Saya akan pilih netball!! Tak cukup dengan itu, saya jugak aktif dengan debate, dan pelbagai aktiviti termasukla menyanyi kat sekolah dulu.. Haha, klaka bile diingat kembali, Tapi, no wonder bile jumpa kawan lama, mesti tanya saya, nyanyi lagi tak sekarang?? Pengalaman yang saya tak lupa, dengan aktiviti aktif tu, saya dipilih mewakili Terengganu di Hari Kanak kanak Sedunia. Masa tu buat kat JB. 

Masuk sekolah menengah, semua aktiviti disekat oleh family saya. Sebab saya mcm tak sempat nak bagi masa antara study dan aktiviti lain. Tapi disekolah menengah,saya lebih pada indoor aktiviti seperti debate.

Diploma saya di UiTM Pulau Pinang, sama jugak dengan Degree. Tapi  Master saya,  di UiTM Shah Alam. 

Sekarang

Enjoy my new life, dengan anak yang selalu jadi pelawak peribadi saya! Dia buat saya jadi OPAH! Dia juga la buat saya jadi KAK ROS! Tau tak kenapa, nama ni jadi sebutan?? Dek kerana suka Upin dan Ipin, saya akan digelar OPAH bila saya tak marah dia, dan saya akan dipanggil KAK ROS bila saya mula bebel ngan dia..

Haha, itulah anak syurga saya. Pengalaman terindah , memiliki anak dan berjaya besarkan semampu saya.

Most wonderful experience, bila saya memulakan bisnes bersama Shaklee. Bisnes pada asalnya, hanya untuk mencabar diri, keluar dari zon selesa, kini dah jadi rutin harian saya. Saya ada cita cita tinggi bersama Shaklee.. Ingin, jadikan bisnes adalah sumber rezeki utama saya satu hari nanti. 

Saya yakin, setiap yang hadir dalam hidup saya, adalah dari yang Esa. Jiwa saya makin dekat dengan yang Berkuasa sejak saya mengenali Shaklee. Kenapa?? Kami di keluarga Shaklee, sangat tekankan amalan harian. Amalan dekatkan diri pada Allah. Amalan kembali pada pencipta. Sejak dari itu,banyak urusan yang kabur, kelihatan jelas. 

Memang, ada yang berkata, tidak ikhlas, beribadat untuk dengan bertujuan. Saya terfikir, kiranya kita asik berfikir macam macam, tanpa lakukan sesuatu yang memang di suruh Allah, sebenanya kita lebih menduga kuasa Allah. Selagi belum mula, selagi itu kita tidak mampu mencari jawapan, kenapa Allah suruh kita amalkan perkara perkara yang mendekatkan diri dengan Nya. Dan yang nyata, buat itu lebih baik dari duduk dan bercerita pasal itu dan pasal ini..

Dah kenal saya? jom tinggalkan comment,saya pun nak kenal lagi ramai kawan baru :)

Okey, till meet u again..

Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!

Rindu Puncak Bogor!


Assalamualaikum..

Sekarang musim hujan kan, sejuk je rasa. Buat saya teringat waktu pergi Bandung dulu. Yang paling saya suka kat sana, sebab sejuk la. Sebab tu, kata org Bandung, org sana cantik cantik. Cuaca sejuk boleh jadi cantik eh?? Mungkin jugak kot. Sebab cuaca tak panas. Kulit lawa la kot..Tapi kalo tengok artis Bandung yang cantik cam Rossa tu, boleh caye la kot.hehe

Bandung time!

Bandung, Indonesia

Cerita pasal Bandung, sekarang dah jadi salah satu tempat shopping rakyat Malaysia.Memang best sebab barangnya murah. Banyak sangat tempat boleh pergi. Cuacanya yang dingin, memang sesuai untuk org honeymoon. Okey, masa saya ke sana dulu, kami dari turun di Jakarta, dan naik kenderaan lain ke Bandung. Banyak masa, spend kat Bandung compare Jakarta. Antara tempat yang kami lawati Tangkuban Perahu, tempat wajib bila ke Bandung, lepas tu ke Pasar Bharu of course sopink la kat sana. Saya ke sini dengan family saya dan kawan2 adik saya.

View Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu lagi
Kiteorg memang booked tourist guide la,so dia yg settlekan semua tmpt tido dan urusan lain. Dah la, driver dan tourist guide tu pandai buat lawak, memang jadi happening la waktu tu. Saya nak share satu je tempat yang paling saya suka kat Indonesia, iaitu Tanah Tinggi Bogor.

Tanah Tinggi Bogor, Jakarta

Nama pun tanah tinggi, tempat ni sangat sejuk, dan sangat fresh. Kiteorg kan dari Jakarta, pastu naik van pergi ke Bandung. Lepas tu, after spend 3 hari di Bandung, kami gerak balik ke Jakarta. So Tanah Tinggi Bogor ni, terletak di antara Jakarta dan Bandung.Bermalam disini satu malam. Memang tempatnye sangat privacy. Pagi pagi suasananya memang sangat nyaman, pastu boleh nampak bunga bunga kembang dengan cantik nya. Kesokkannya kami bergerak ke Taman Safari, Bogor. Sebelum sampai kesana, kami dibawa ke satu Masjid yang sangat cantik di Puncak Bogor, nama nya Masjid Atta 'Awun. Apa yang menarik tentang Masjid ni?

Permandangan waktu pagi di Puncak Bogor.

Masjid Atta' Awun, Puncak Bogor

Masa kami sampai sini, memang hujan baru je berhenti. So, memang seluruh kawasannya di selubungi kabut. Memang sangat cantik, dan nyaman. Sejuk tak yah citer ar..Memang kalah la Cameron Highlands. Keadaan di Puncak Bogor ni, memang masih terjaga persekitarannya, so tiada pencemaran jadi, sejuk nya itu rase fresh!

Kata tourist guide kami, kalau kabus tiada, kita akan nampak permandangan ladang teh yang sangat cantik. Oh, lupa nak citer, Puncak Bogor ni, memang sama cam Cameron. Sebab kat sini tempat dorang tanam teh. So permandangan nya sangatla cantik. Serius cakap, memang lagi cantik dari Cameron. huhu! Saya di fahamkan oleh tourist guide tu, kat sini la dorang berlakon citer "My Heart". Ingat tak?? Kan ada adegan kat ladang teh..hehe. Tu citer zaman saya blaja kat uitm dulu tu. huhu

Permandangan disekitar Masjid Atta' Awun
Apa yang menarik perhatian saya tentang masjid ni, terdapat air  daripada air terjun dari kawasan yang berdekatan mengalir disekeliling masjid tersebut. Pendek kata, nak masuk masjid, kene mengharungi air terjun yang sangt dingin. Menarik bukan?? Such a wonderful experience! So kalo korang nak pergi Taman Safari Bogor, wajib singgah Masjid Atta'Awun ni. Dah la, dari atas masjid akan nampak permandangan sekitar ladang teh! sangat cantik! serius tak tipu.

Taman Safari, Bogor

Dari Masjid tu, kami gerak ke Taman Safari Bogor. Safari kan, jadi of course ada binatang. Yang paling best, binatang tu bebas berkeliaran! Nak masuk situ, wajib naik kenderaan. Sepanjang taman tu, kita akan nampak la binatang yang berkeliaran kat situ. Umpamanya kita masuk hutan, p tengok binatang! Best sangatt!! Harimau, singa, semuanya berkeliaran aje. Tapi dekat dengan Harimau tu, dia tak bagi la kita berhenti. Berani nak turun dari kereta?? Tapi ada jugak yg degil, turun dan amik gambar tau!!

The Lion King..
Gajah yang berkeliaran
Antara jalan yang perlu dilalui di dalam Safari..Mcm real dalam hutan kan??
Kangarooo
Qistina and Kangaroo

Taman Safari Indonesia
Anak harimau, nak amik gambar kene bayar tau.Tapi boleh la, nak bermesra dengan si comel  ni :)
Lepas selesai jelajah safari, kami jejalan sekitar Taman tu lagi. Kawasannya sangatlah besar rupanya. Kata tourist guide tu, kalo nak jalan satu taman ni, memang kena spend 2 hari kat sini saje!! Memang masuk dalam planner percutian saya!. Tapi saya nak tunggu qistina besar sikit
View dari Kereta Gantong!
Antara makanan yang sy sempat snap

Lepas spend time dalam beberapa jam kat situ, kami pun gerak ke Jakarta. Spend satu malam di Jakarta, dan kami pun pulang. Jakarta tu, dah macam KL sebenarnya. So, untuk saya yg tak suka crowded, memang saya tak la excited sangat.. Cuma saya tertarik dengan Sekolah Bola Sepak dorang. No wonder la, dorang terror main bola sepak!


Monas Jakarta!
Us with Pak Supir dan Tourist Guide kami..

Okey, tu je kisah percutian saya :)

Salam Rindu Untuk Puncak Bogor