Tips Berpuasa Untuk Orang Gastrik

Assalamualaikum..

Hari ni, saya macam nak share sikit pasal puasa dan gastrik.. Saya tahu, kebanyakkan orang yang mengalami gastrik yang teruk, pasti merasa tertekan tiapkali nak muncul Ramadhan. Bukan ape kan, risau , perut sakit.. Kalau sakit, masalahnya lama. Pada yang tak mengalami masalah ini, memang kita boleh kata, "saje je tak nak puasa tu".. Tapi pada yang menderita akibat gastrik, mesti ada igauan nye tersendiri. ye tak?

Punca gastrik

Gastrik ni boleh berlaku di sebabkan pemakanan harian kita juga. Contohnya  pengambilan seperti:
  1. Kopi atau teh
  2. Makanan yang pedas
  3. Makanan bergoreng
  4. Stress yang melampau
  5. Makanan yang masam
  6. Perokok
dan dari pembacaan saya, ada jugak yang kata ianya dari jangkitan bakteria H.Pylori. Bahayanya gastrik ni, ianya andai tidak di rawat, boleh berakhir dengan KANSER!

Gastrik bulan puasa

Pada Ramadhan, pengidap gastrik memang jadi gundah sikit, risau gastrik menyerang. Saya nak share sikit pasal tips yang boleh di amalkan oleh pengidap gastrik di bulan puasa.


5 Tips berpuasa bagi orang gastrik

  1. Bersahur pada waktunya: Maksudnye, jangan sesekali sahur di awal malam sebab malas nak bangun awal pagi
  2. Pilih makanan yang berkhasiat ketika bersahur: Masa sahur, elakkan la mengambil makanan pedas, banyakkan protien mudah hadam dan jangan makan terlalu banyak. 
  3. Berbuka dengan makan yang ringan: Ini pun penting, pengidap gastrik seharusnya, mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit, kemudian rehat dan solat, kemudian sambung makan kembali. Ini boleh mengelakkan perut menjadi terkejut dan seterusnya boleh sebu.
  4.  Elakkan makanan yang berlemak: Sebaiknya, masa berbuka, kurang kan makan makanan yang banyak lemak. Elakkan makan makanan yang masam, pedas, berminyak sebab semua ni akan memburukan lagi keadaan perut.
  5. Elakkan pengambilan kafien ketika berbuka:Pengambilan kafien hanya boleh selepas kita dah terawih atau sembahyang. Kafien ni salah satu penyebab jus gastrik membuatkan jus asid kuar dari perut.

Cara saya kawal perut sebu?

Saya pernah mengalami gastrik yang teruk satu masa dulu. Berpunca dari saya avoid nasi, sepanjang bulan puasa, sebab masa tu saya takut gemuk!! Tapi masa tu, saya amik mee, bee hoon..huhu tak ke sama kan? Masa tu buta lagi pasal diet.. Tapi sekarang dah terror sikit ar. Lebih lebih lagi, bila dah kenal Shaklee. 

Di sebabkan gastrik, saya kerap makan, dan effectnya saya gemuk! dah la xbersenam kan, memang la lagi besar jadi badan! Gastrik ni, kite tak boleh skip makan. Apa yang saya buat, saya sentiasa ada kudap kudapan seperti biskut dan roti.. Tapi kalau sepanjang puasa, saya memang ambil ESP+CINCH SHAKE semasa sahur. Dan saya minum air kuat saya la..PERFORMANCE DRINK. Alhamdulillah la, saya memang susah nak masuk angin dalam perut. Perut pun, takde lapar sangat! 

Saya tak nafikan tau, bila kita amik protien banyak, compare kita makan karbohidrat banyak, memang tahap lapar kita di siang hari, akan kurang. Sebab tu, better kita amik yang simple- simple je sahur. Sebab tu saya heppy sangat makan ESP+CINCH SHAKE tu. Kalau agak takut lapar, saya tambahlah oat serbuk..So far, memang ok la..The best part is, badan pun boleh kurus!!

Ni antara supplement yang perlu diambil yang boleh kawal gastrik semasa puasa:



Kalau perut still sebu dan berangin, kita boleh amik :

Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus ni, memang selalu saya bawak dalam handbag. Kadang kalo makan banyak, perut tak best je, saya akan larutkan 2 biji dalam air suam..Minum, pastu lega sangat perut.
Ostematrix
Ostematrix ni, bagus di amalkan kerana ianya boleh mengawal kadar asid yang keluar dari perut kita.


Okey, hingga kite ketemu lagi ya!! Mau sembang ngan saya?

Jangan segan segan ye :)

Far 0125716112

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Gastrik boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa ketika bulan Ramadan.Baca Tips Mencegah Masalah Gastrik Di Bulan Puasa. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .

    ReplyDelete