Siapa saya?


Assalamualaikum..

Okey,  hari ni saya nak share sikit siapa saya?? Asik baca pasal cerita saya, mesti nak tahu saya sape kan??


Cerita diri saya

Me, myself and I

1. Nama saya Nurfarhanah Binti Omar dan berusia 32 tahun pada 24/6/2014 baru ni.
2. Saya dilahirkan di Kuala Terengganu.
3. Saya mempunyai 7 adik beradik, dan saya adalah yang ke 4
4. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang diberi nama Qistina Nur Zahrah
5. Memilih kerjaya sebagai pendidik di sebuah Politeknik.
6. Saya memang sangat suka mengajar. Jumpa student, boleh kurangkan stress saya kadang2:P

Menarik tentang saya??

  • Saya memang orang yang sangat simple.
  • Saya lebih suka bercakap pada tempat atau sesuatu yang saya perlu. So kadang kadang nampak saya pendiam sikit 
  • Saya sangat suka tengok sesuatu benda yang cantik. 
  • Tak kisah la, baju, handbag, sekalipun getah pengikat rambut! 
  • Tapi jangan salah faham, saya adalah org yang sangat JARANG bersopink!! 
  • Kalau saya beli pun, mungkin benda yang saya sangat perlu! 
  • Tapi saya sangat tak boleh tahan dengan MAKANAN!! 
  • Saya memang sangat suka cuba makanan baru. 
  • As long as Halal, saya bedal je. Sebab tu, saya banyak habis duit untuk makan! (dengan itu saya tak boleh tinggal Set Kurus Shaklee saya)
  • Jangan tak tahu, saya boleh berkira untuk beli handbag or baju baru, selagi saya tak dpt makan makanan favorite saya! 

Zaman Belaja

Saya sangat aktif sukan pada zaman saya sekolah rendah. Semua sukan saya masuk. Dari hoki hinggalah netball. Tapi, kalau tanya saya, sukan ape yang paling saya minat?? Saya akan pilih netball!! Tak cukup dengan itu, saya jugak aktif dengan debate, dan pelbagai aktiviti termasukla menyanyi kat sekolah dulu.. Haha, klaka bile diingat kembali, Tapi, no wonder bile jumpa kawan lama, mesti tanya saya, nyanyi lagi tak sekarang?? Pengalaman yang saya tak lupa, dengan aktiviti aktif tu, saya dipilih mewakili Terengganu di Hari Kanak kanak Sedunia. Masa tu buat kat JB. 

Masuk sekolah menengah, semua aktiviti disekat oleh family saya. Sebab saya mcm tak sempat nak bagi masa antara study dan aktiviti lain. Tapi disekolah menengah,saya lebih pada indoor aktiviti seperti debate.

Diploma saya di UiTM Pulau Pinang, sama jugak dengan Degree. Tapi  Master saya,  di UiTM Shah Alam. 

Sekarang

Enjoy my new life, dengan anak yang selalu jadi pelawak peribadi saya! Dia buat saya jadi OPAH! Dia juga la buat saya jadi KAK ROS! Tau tak kenapa, nama ni jadi sebutan?? Dek kerana suka Upin dan Ipin, saya akan digelar OPAH bila saya tak marah dia, dan saya akan dipanggil KAK ROS bila saya mula bebel ngan dia..

Haha, itulah anak syurga saya. Pengalaman terindah , memiliki anak dan berjaya besarkan semampu saya.

Most wonderful experience, bila saya memulakan bisnes bersama Shaklee. Bisnes pada asalnya, hanya untuk mencabar diri, keluar dari zon selesa, kini dah jadi rutin harian saya. Saya ada cita cita tinggi bersama Shaklee.. Ingin, jadikan bisnes adalah sumber rezeki utama saya satu hari nanti. 

Saya yakin, setiap yang hadir dalam hidup saya, adalah dari yang Esa. Jiwa saya makin dekat dengan yang Berkuasa sejak saya mengenali Shaklee. Kenapa?? Kami di keluarga Shaklee, sangat tekankan amalan harian. Amalan dekatkan diri pada Allah. Amalan kembali pada pencipta. Sejak dari itu,banyak urusan yang kabur, kelihatan jelas. 

Memang, ada yang berkata, tidak ikhlas, beribadat untuk dengan bertujuan. Saya terfikir, kiranya kita asik berfikir macam macam, tanpa lakukan sesuatu yang memang di suruh Allah, sebenanya kita lebih menduga kuasa Allah. Selagi belum mula, selagi itu kita tidak mampu mencari jawapan, kenapa Allah suruh kita amalkan perkara perkara yang mendekatkan diri dengan Nya. Dan yang nyata, buat itu lebih baik dari duduk dan bercerita pasal itu dan pasal ini..

Dah kenal saya? jom tinggalkan comment,saya pun nak kenal lagi ramai kawan baru :)

Okey, till meet u again..

Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment