Assalamualaikum..
Masalah kolestrol tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira siapa pun si empunya badan. Memang semua orang dah tahu tentang bahayanya kolestrol tinggi. Namun sejauh mana tahap kesedaran kita? Apa yang sudah kita lakukan untuk atasi masalah ni??
Kolestrol Pembunuh!
Kejam kan?? Memang betul pun, kolestrol tu pembunuh! Paling menyedihkan, lambakan kolestrol yang terlampau tinggi pada peringkat awal memang tidak dapat dikesan.. Tiada tanda awal, memang biasanya penghujungnya adalah strok atau pun mini strok!
Fakta Tentang Kolestrol
Ada kolestrol baik dan ada yang jahat. Yang baik namanya HDL (High Density Lipoprotien) yang baik namanya LDL(Low Density Lipoprotien). Ada juga lagi satu VLDL(Very Low Density Lipoprotien).
Kenapa kita panggil dia kolestrol jahat? Sebab ianya suka menempek di salur darah. Lambakan nya pada salur darah akan buat salur darah kita tersumbat! Kalau yang baik ni, dia boleh keluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan bawa ke hati. Nampak tak, kontra nya mereka. Satu suka menempek pada salur darah. Satu lagi tolong bawak kolestrol yang bertempek tadi keluar dari situ.
Cegah Kolestrol Tinggi
1. Diet
Diet adalah cara yang paling tepat! Kita mengawal makanan yang kita ambil dan pastikan makanan yang diambil adalah lebih berkhasiat dan kurang berlemak serta berminyak. Macam klise kan?Sebab, tiap kali nak sihat, memang kena kawal jenis makanan. Tapi memang itu lah nyata dan kenyataannya. Makanan yang sihat, akan bawa kepada kesihatan yang lebih baik.
2. Turunkan berat badan
Lagi satu kena la turunkan berat badan untuk mengawal kolestrol. Sebaiknya lemak yang berada dikawasan perut harus di buang. Cara yang selalu dicadangkan senaman. Tapi saya ada beberapa tips untuk kempiskan perut. Boleh refer sini ye: Perut Kempis Macam Model
3. Berhenti merokok.
4. Amalkan makanan tinggi protien, rendah lemak, tinggi serat seperti sayur, buah-buahan.
5. Kurangkan mengambil banyak sangat daging merah dan kuning telur.
Cadangan Lain Untuk Kawal Kolestrol?
Antara makanan yang boleh mengawal kolestrol adalah karot dan tomato. Sebanyak mana mahu ambil? Boleh baca kat sini eh: Cegah Kolestrol
Mulai sekarang, jom kita amalkan cara hidup yang sihat. Kurangkan makanan yang boleh menambah risiko penyakit merbahaya. Peliharalah jumlah kolestrol LDL dan HDL bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.
Love,
Far 0125716112
0 comments:
Post a Comment