Darah Tinggi Semasa Mengandung Boleh Menyebabkan Kematian


Assalamualaikum w.b.t

Darah tinggi semasa mengandung memang sangat digeruni oleh semua ibu-ibu diluar sana. Ini disebabkan kerana masalah ini boleh mengakibatkan kematian ibu dan juga anak! Siapa yang berpotensi terkena darah tinggi semasa mengandung? Kenapa pula masalah ini boleh berlaku?



Darah Tinggi

Darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit yang ada tanpa kita sedari. Namun, kehadirannya boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti buah pinggang, strok dan sakit jantung. Bacaan darah tinggi boleh dibaca melalui 2 bacaan. Tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Sistolik adalah bacaan di hadapan dan diastolik adalah bacaan dibelakang. (120/80). Sistolik adalah bacaan dimana tekanan maksimum sewaktu darah masuk ke arteri darah manakala diastolik pula adalah tekanan darah didalam arteri darah sewaktu keluar ke jantung. Ketahui tekanan darah abnormal, boleh refer disini: Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi Semasa Kehamilan

Tekanan darah tinggi semasa kehamilan mungkin disebabkan oleh keadaan ibu yang sudah menghidap tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Keadaannya akan bertambah parah sewaktu ibu itu mengandung. Tekanan darah tinggi yang datang bersama air kencing kotor ataupun mengandungi protien kita namakan pre-eklampsia. Keadaan ini biasanya berlaku pada ibu yang pertama kali mengandung. Sekiranya, masalah ini tidak dikawal pada peringkat awal, ibu akan mengalami sawan dan kemungkinan bayi meninggal dan ibu meninggal adalah sangat tinggi. Ianya boleh berlaku semasa bersalin mahupun selepas bersalin. Maka dengan itu, ibu perlu sangat berhati-hati dengan keadaan ini, kerana masalah darah tinggi sewaktu kehamilan memang jarang menunjukkan petanda yang jelas.Yang pasti, ibu wajib mematuhi setiap temu janji rawatan bersama Dr bagi mengelakkan masalah ini lewat di ketahui.



Wanita Yang Berisiko Terkena Tekanan Darah Tinggi

Sebenarnya tiada faktor yang jelas tentang penyakit darah tinggi semasa mengandung.  Kata Dr Zubaidi, ini merupakan satu dugaan buat insan-insan terpilih. Namun terdapat beberapa kemungkinan yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi untuk ibu mengandung seperti:
  • Wanita yang pernah terkena pre eklampsia pada kehamilan sebelumnya
  • Wanita yang migraine
  • Wanita yang kurus dan terlalu rendah
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Wanita yang ada dalam keluarga nya mengalami masalah tersebut
  • Wanita yang terlalu kecik dan kurus
  • Wanita yang mengandung pada usia lebih 35tahun.

Komplikasi untuk ibu dan anak

Sekiranya masalah di biarkan, ianya akan menyebabkan bayi akan lahir pra matang. Bayi akan lebih kecil dan boleh mengalami masalah kerencatan otak, lemas dan juga uri tercerai sebelum brsalin.Sekiranya tekanan darah tidak di jaga, kemungkinan juga masalah pembuluh darah pecah, jantung bermasalah dan lain lain.Selalunya masalah tekanan darah akan berlaku pada kehamilam trimester ke dua. Ini boleh mengakibatkan peredaran darah pada uri terganggu seterusnya, segala zat makanan tak kan sampai pada baby dengan sebaiknya. Ini akan menyebabkan baby tidak dapat membesar dengan baik dan sempurna.



Cadangan Kesihatan Untuk Ibu

  1. Rehat yang cukup
  2. Menjauhi orang minum minuman keras
  3. Hindari stress
  4. Kurangkan pengambilan garam.
  5. Rajin bersenam
  6. Kawal pemakanan
Ibu mengandung kena sentiasa positive dan ceria. Itu penting untuk kesihatan ibu dan juga baby.



Antara Cadangan Menjaga Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil.

Amalkan makan Omega Guard dan Ostematrix.  Ianya adalah  supplemen yang boleh membersih kan pembuluh darah, supaya tekanan darah dapat di jaga. Omega Guard sememangnya sangat dikenali sebagai supplement yang mampu mengurangkan kolestrol dalam darah,dan juga mecegah lemak lemak disalur darah. Ibu-ibu harus mengamalkan supplement-supplement yang baik untuk kesejahteraan baby didalam perut. Antara supplement yang baik untuk mengandung boleh refer disini ya. Set Mengandung Shaklee. Ostematrix  merupakan kalsium  dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.kandungan.



Sebarang pertanyaan?

Far 0125716112 
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment