Hari ni, saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri yang berjaya menyusukan Qistina selama 2 tahun 6 bulan walaupun saya terpaksa berulang alik dari tempat kerja lebih kurang 3 jam sehari. 1.5 jam pergi, 1.5 jam balik. Itu belum termasuk jam tau! Kalau jam, saya akan sampai rumah dalam pukul 8 malam. Apa yang saya lakukan untuk melaksanakan misi penting dalam menyusu?? Jom saya cerita.
Mind Setting
Yup, dalam menyelesaikan misi penyusuan ni, mind setting adalah sangat penting. Memang akan cabaran, memang akan ada rintangan. Akan jumpe orang yang negative, dan akan jumpa orang yang supportive. Tapi bila kita dah jelas arah tuju, iaitu " Nak Menyusu Sampai 2 Tahun" so, apa sahaja cabaran, akan dia atasi semudahnya. Dan halangan itu umpamanya seperti setakat bunyi angin yang lalu di tepi telinga sahaja. Lebih lebih lagi, bila kerja jauh, badan akan penat, Masa pun mesti terkejar-kejar. Semua kerja rumah dan urusan anak perlu settle. Yang penting, di rumah kita isteri dan ibu, dan di tempat kerja kita adalah pekerja. Sebab, bila susu kurang mahu pun tak sempat kita jangan jadikan alasan untuk tidak pump susu. Itu lah, punca utama masalah misi kita gagal.
Jadual Menyusu dan Pump Susu
4.30 am Bangun tidur dan pump susu
6.00 am Kejutkan anak dan direct feed
10.00 am Pump kali pertama di ofis
1.00 pm Pump kali kedua di ofis
4.30 pm Pump kali ketiga di ofis
10.30 pm Pump di rumah
Antara jarak dari 4.30pm ke pukul 10.30 pm, saya akan direct feed anak saya sekerap kerap nya. Lepas anak saya tidur, saya biasanya akan menyelesaikan tugas-tugas dirumah. Dan siapkan urusan yang perlu. Peluang ini, saya gunakan untuk keluarkan susu yang ingin dibawakan ke taska esok. So daripada chiller dan saya thaw kan dulu.
Cara Uruskan Susu Ibu
Selepas pump,biasanya saya akan letak dalam plastik pemyimpanan susu. Then saya tulis tarikh. So, saya gunakan susu, yang tarikh paling sebelum nya untuk dibawa ke taska. Begitu la, perkara ini berulang ulang setiap hari. Biasanya susu saya dapat sekali pump 5-10 oz. So, saya pump 3 kali, jadi hasil harian saya pun dah melebihi 20 oz. Saya hantar kan ke taska sehari 20 oz. Jadi, stok saya cukup. Sebab saya supply setiap hari pun lebih 20 oz, dan saya jasilkan setiap hari 20oz. Penting tau, ibu tahu konsep ini, untuk tidak buat kita kehabisan stok.
Biasanya saya akan letak semua susu yang cair kedalam botol. Saya letak 3- 2 oz setiap botol. Dan saya akan letakkan didalam cooler bag yang khas untuk dibawa ke taska. Saya tak nak susahkan penjaganya amik susu, dan letakkan dalam peti ais. So, setiap susu anak saya, just amk dari cooler bag, dan panaskan sahaja.
Memang saya beli banyak sangat botol-botol kecil tu, supaya senang saya nak bawa ke taska dan bawak ke ofis. Lagi satu, untuk ibu yang tiada banyak masa, sesuai kena ada banyak botol botol tu, supaya jimat masa untuk basuh botol setiap hari.
Pump Susu Yang Praktikal
Yes, antara sebab proses penyusuan lagi mudah, pabila kita boleh pump susu dengan mudah. Saya buat pelaburan lagi tepat kerana saya beli telah Medela Freestyle sebagai breast pump. Zaman saya beli memang ribuan. Tapi frankly speaking, memang sangat berbaloi. Sangat mudah, sebab double pumping. Boleh pump serentak. Lepas tu, sangat ringan, dan senang nak dibawa kemana sahaja. Saya out station, saya meeting, dimana sahaja, saya akan curi masa pump susu! Alhamdulillah, misi saya berjaya!
Cabaran Menyusu
- Susu kurang semasa saya period
Masa ni, saya sangat risau. Kalau biasa dapat 10 0z sekali pum, masa ni saya dah dapat 5 oz. Kadang 3 oz! Mau saya tak nangis. Saya positive, dan saya cuba pelbagai cara. Minum air longan, makan kurma, minum air halba. Last last, saya makan Ostematrix Shaklee. Kalsium. Saya do some research, memang kalsium penting untuk ibu menyusu, sebab masa period darah kan banyak keluar, jadi kalsium dalam badan kurang. Itu boleh mengakibatkan susu kita pun tak banyak. Masa tu, zat besi pun kurang. Zat besi kan penting untuk menghasilkan darah kita. Masa period, hormon kita kan tak menentu. So, masalah saya selesai masa tu. Ni la Ostematrix nya:
- Susu berkurang pada saat menghampiri 2 tahun
Sepanjang tempoh saya menyusu, saya memang tak de amalkan ape apa supplement. Alhamdulillah, rezeki anak saya memang murah. Saya memang dianugerahkan banyak susu. Tapi cabaran susu kurang masa saya period dan yang ke dua bila dan hampir ke dua tahun. Masa ni saya terfikir, i need to do something! Saya takkan nak biar susu makin berkurang dan misi saya tak tercapai. Saya search dan saya jumpa la Set Menyusu Shaklee. Saya punya tamak dan ambil semua suppelement. Ada ESP, Vita-Lea, BComplex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix. Masa ni, saya memang dah beli semua set ni, tapi saya tak amalkan sangat kecuali Ostematrix, ESP, Alfalfa, Vitalea. Sebab, sebelum tu kan saya memang dah makan Ostematrix untuk masalah period. So, bila dah dekat nak 2 tahun, bila susu dah kurang, saya mula la konsisten makan yang lain-lain tu. Alhamdulillah, badan makin sihat. Susu pun maintain. Tak la banyak mencurah curah macam dulu, tetapi saya maintain dapat buat stok untuk anakanda saya.
Salah tau, hanya makan supplement waktu susu kurang. Sebaiknya, suppplement kena makan sepanjang proses menyusu, supaya badan kuat, dan dapat hasilkan susu berkualiti. Ni, dah susu tak de baru nak makan, memang payah lah sikit. Sebab, konsep penyusuan, "BADAN SIHAT, RAJIN PUMP, SUSU PUN BANYAK"
Masa tu, saya memang tak faham lagi konsep tu. Sebab tu sekarang saya tak nak mami-mami diluar sana pun macam saya dulu.Orang menyusu badan memang perlukan banyak tenaga dan makanan berkhasiat. Waktu ini adalah waktu untuk kita hasilkan susu yang paling khasiat untuk anak kita. Bukan supplement yang kita makan itu, hasilkan susu. Tetapi corak pemakanan kita yang merangsang badan kita untuk hasilkan susu denga banyak dan kualiti. Kita di galakkan ambil supplement untuk membantu melengkapkan nutrisi harian supaya badan kita kuat dan dapatlah hasilkan susu yang banyak
Masa tu, saya memang tak faham lagi konsep tu. Sebab tu sekarang saya tak nak mami-mami diluar sana pun macam saya dulu.Orang menyusu badan memang perlukan banyak tenaga dan makanan berkhasiat. Waktu ini adalah waktu untuk kita hasilkan susu yang paling khasiat untuk anak kita. Bukan supplement yang kita makan itu, hasilkan susu. Tetapi corak pemakanan kita yang merangsang badan kita untuk hasilkan susu denga banyak dan kualiti. Kita di galakkan ambil supplement untuk membantu melengkapkan nutrisi harian supaya badan kita kuat dan dapatlah hasilkan susu yang banyak
- Cabaran Bulan Puasa
Ini masalah utama ibu menyusu bulan puasa. Haus sangat kan! Saya memang haus sangat!! Masa ni juga susu akan drop. Masa saya puasa ditahun pertama, susu saya tiada masalah. Ahamdulillah, puasa saya sempurna dan susu saya pun banyak. Namun tahun kedua, ada cabaran. Masa ni saya amalkan Performance Drink dan saya konsisten amalkan supplement yang lain.Alhamdulillah, saya tak haus, dan susu pun maintain. Allah bantu saya!
Performance Drink memang sangat bagus kerana dapat mengekalkan bendalir dalam badan. Masalah haus pun dapat di atasi. Badan pun rasa sangat segar dan boleh kekal lakukan kerja rumah dengan baik. Waktu itu, saya memang akan minum ESP dan Performance Drink semasa saya bersahur. Kalau bangun sahur terlambat pun, saya akan amik keduanya itu sahaja. Memang alhamdulillah, saya masih boleh kerja dan kekal menyusu pada siangnya.
Itu la, antara perjalanan saya susu kan Qistina!
Nak share ape2, boleh tinggal komen, or contact saya:
Far 0125716112
Bye!
Bye!
0 comments:
Post a Comment