Petanda Kanser Usus Bermula Dari Sebu Perut Sahaja


Assalamualaikum w.b.t

Kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser serviks dikalangan wanita. Berbeza dengan kaum adam, kanser usus adalah antara kanser yang tertinggi di antara mereka. Angka pesakit kanser usus akan bertambah dikalangan umur 40 hingga ke 50 tahun ke atas. Tiada punca jelas kenapa masalah ini berlaku, namun corak pemakanan dan gaya hidup harian adalah berkait rapat dengan masalah kanser usus.


Kanser Usus

Ianya boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Namun sangat berpotensi untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas. Namun, jangan terkejut, ada juga kes yang melibatkan remaja yang berumur 16tahun. Gejala seperti kurang lawas sewaktu membuang air besar, sakit perut dan najis kehitam-hitaman jangan lah di ambil mudah. Kadangkala ianya disangka masuk angin ataupun gastrik. Tanpa disedari ianya adalah petanda awal kanser usus!

Kanser usus yang boleh bermula daripada usus sepanjang 1.5 meter ataupun rektum yang berukuran 15 sentimeter. Rektum adalah bahagaian paling hujung dan berdekatan dengan dubur. Usus dan rektum adalah berfungsi untuk serap air dan asingkan nutrien daripada makanan. Seterusnya, sisa-sisa nya akan dibuang sebagai najis.


Petanda Awal Kanser Usus

Petanda awal kanser usus adalah sama seperti sakit perut biasa. Itu yang menyebabkan kadangkala, ramai yang beranggapan ianya adalah simptom biasa. Diperingkat awal, ianya seperti perut masuk angin, sakit perut selepas makan. Namun, ketika memasuki stage ke dua, tanda nya akan lebih drastik seperti pendarahan. Anda juga boleh mengenalpasti keadaan perut berdasarkan kekerapan ke tandas. Kekerapan setiap orang ke tandas adalah berbeza. Maka, perhatikan corak pembuangan air besar anda. Sekiranya ianya luar biasa, cepat dapatkan rawatan pakar perubatan.  Antara petanda-petanda kanser usus:
  • Tidak lawas sewaktu buang air besar
  • Masalah sembelit dan cirit birit
  • Najis berdarah
  • Najis kehitam-hitaman
  • Perut memulas dan tidak selesa
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun mendadak
  • Tidak dapat membuang air besar.

Siapa Yang Berisiko

Antara mereka yang berisiko adalah golongan yang berusia dan mempunyai sejarah kanser. Ada pendapat berkata, mereka yang mempunyai kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan akan mendapat kanser usus.Diet harian yang kurang serat juga boleh mengakibatkan kanser usus. Berat badan yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kanser usus. Berikut antara mereka yang berisiko mengalami penyakit kanser usus.
  • Berumur 50 tahun keatas
  • Ada ketumbuhan di usus
  • Sejarah keluarga
  • Diet harian
  • Merokok
  • Obesiti
  • Minum alkohol
  • Kurang bersenam

Memetik kata kata seorang Pakar Bedah di Pusat Perubatan Sunway, Dr Ramesh Gurunathan,
" Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan peeriksaan usus dan perut sekali setahun merupakan langkah pencegahan yang paling efektif bagi mengelakkan nyawa daripada diragut penyakit kanser usus"




Namun,kanser ini mampu dirawat sekiranya ianya dapat dikesan diperingkat awal. Kita mampu menukar diet harian untuk mengelakkan penyakit ini seperti mengamalkan makanan yang boleh cegah kanser. Antara makanan yang boleh cegah kanser adalah:
  • Brokoli, kubis bunga dan kubis cina. Sebaiknya makanlah bersama minyak zaitun kerana ia dapat membantu penyerapan dengan cepat.
  • Limau gedang atau dikenali juga sebagai grape fruit. Sangat kaya dengan vitamin c.
  • Kacang tanah, kerana ianya kaya dengan vitamin e
  • Beri. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry sememangnya agen mengelak kanser yang terkenal.
  • Salmon.  Salmon kaya Vitamin D. Sesuai sangat untuk mengelakkan kanser usus kerana antara punca kanser usus adalah kekurangan Vitamin D
Namun boleh juga mengamalkan makanan tambahan dalam mencegah kanser. Salah satu produk yang sering diperkatakan sebagai antikanser adalah Vivix Shaklee. Antara kandungan Vivix adalah Elderberry iaitu sejenis beri yang sangat berkesan untuk flu. Vivix mempunyai antioksida yang snagat tinggi. Ianya dapat mengukuhkan antibodi badan dalam menentang jangkitan dan bakteria. Antara kajian tentang Elderberry boleh baca disini: Elderberry.




Jangan lupa amalkan juga Vitamin C dan Vitamin E tau. Sebab keduanya juga mampu mengelakkan kanser di badan anda. 

Mencegah memang sangat baik daripada merawat.

Bersama kita Cegah Kanser
Jom Amalkan Cara Hidup Yang Sihat.

Far 0125716112



SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: