Waktu bersalin adalah tempoh yang sangat kritikal untuk seorang ibu . Dalam tempoh yang bermula daripada kontraksi sehingga melahirkan, tenaga ibu memang akan di gunakan sepenuhnya. Oleh kerana itulah, tenaga ibu sangat penting dalam persediaan melahirkan dan juga sepajang berpantang.
Ihsan Google |
Persediaan Sebelum Bersalin Bagi Mengelakkan Lesu
Sebelum bersalin ibu akan melalui satu fasa mengandung yang sangat indah. Walaupun cabaran setiap ibu mengandung itu berbeza, namun saya suka nyatakan, ibu harus gembira dan menerima segala cabaran semasa mengandung sebagai kenangan manis yang tak mungkin dapat di ulang pada waktu lain! Tapi, harus di ingat fasa mengandung juga berperanan penting dalam memastikan kesihatan anda semasa bersalin dan berpantang nanti. Ibu kena amalkan pemakanan yang sihat, untuk pastikan keadaan ibu bersedia untuk bersalin. Boleh baca disini, untuk tambah pengetahuan semasa mengandung: Kesihatan Semasa Mengandung
Elakkan Lesu Selepas Bersalin
Memang selepas bersalin badan akan sangat lesu. Waktu ini, ibu memang sangat perlukan rehat dan pemerhatian yang sangat teliti. Pemakanan ibu pada waktu ini perlu di jaga sebaiknya supaya badan boleh pulih seperti sedia kala. Amalan mengurut, bertungku tolong jangan abaikan. Begitu juga berkaitan makanan. Semasa bersalin, ibu memang telah kehilangan banyak darah dan pastikan makanan yang di ambil, mempunyai kaya zat besi bagi memastikan darah yang hilang, dapat di gantikan dengan cepat.Kelesuan memang bergantung rapat dengan kualiti darah dalam badan anda. Sebaiknya, ibu harus mengamalkan makanan yang mempunyai segala zat dan vitamin yang cukup bagi membantu proses pemulihan dan juga mengelakkan masalah-masalah. Antara masalah yang sering dihantui oleh ibu bersalin adalah meroyan dan luka lambat baik kan. Boleh baca dengan lebih detail tentang masalah meroyan dan luka lambat baik disini: meroyan dan luka jahitan lambat pulih.
Makanan Yang Boleh Memberi Tenaga Untuk Ibu Dalam Pantang
Macam macam cara orang berpantang sebenarnya. Kita boleh amalkan mengikut kesesuaian badan kita. Tapi sebaiknya, pada awal berpantang, pastikan semua zat makanan mencukupi. Tambahkan khasiat makanan dengan pengambilan vitamin yang membekal kan zat besi pada badan. Zat besi penting dalam menghasilkan darah,untuk menggantikan darah semasa bersalin. Rajin amalkan makan kalsium yang kaya magnesium untuk melembutkan najis. Ini kerana, tempoh berpantang, aktiviti paling ngeri adalah ke tandas kan?? Pastikan juga, penjagaan keluar masuk tandas juga di titik beratkan. Amalkan membasuh dengan air sireh mahupun air garam, bagi mengelakkan kegatalan. Boleh baca disini untuk mendapatkan bantuan dalam proses berpantang dengan lebih sempurna. Berpantang sempurna, badan sihat lebih cepat.
Kesan Lesu Semasa Pantang
Lesu dan penat selepas bersalin, boleh menjadi serius kerana boleh mengganggu emosi ibu. Kesannya juga boleh berlaku kepada proses penghasilan susu ibu. Impak besar adalah kepada si kecil. Kesian untuk si kecil, sekiranya ibu lemah dan kurang susu. Oleh itu, pastikan ibu, dalam keadaan yang sihat dan kuat. Pastikan pemilihan set berpantang itu bersesuaian untuk ibu. Ibu kene jelas, tentang konsep berpantang tau.
Okey, jumpa lagi :)
Mami Far
0125716112
0 comments:
Post a Comment