Memang biasa mendengar mereka yang ada masalah rabun warna. Tapi mungkin tak ramai yang tahu, kenapa rabun warna boleh berlaku.Hari ni, saya nak share sedikit informasi berkaitan rabun warna yang mungkin boleh tambahkan sedikit pengetahuan anda berkaitan rabun warna.
Penyebab Rabun Warna
Rabun warna berpunca dari 2 penyebab. Yang pertama ianya datang daripada penyakit keturunan. Dimana masalah itu berlaku sejak kecil. Tahap penglihatan mereka juga bergantung kepada keseriusan masalah itu. Ada sesetengah mereka yang langsung tidak dapat melihat sebarang warna. Namun, yang sering berlaku adalah masalah rabun warna merah dan hijau. Masalah ini adalah kerap berlaku pada kaum lelaki berbanding kaum wanita. Inginkan penjelasan yang detail, kenapa lelaki lebih berpontensi? Boleh refer di sini: Lelaki Potensi Untuk Rabun Warna
Penyebab kedua adalah kerana penyakit seperti kencing manis dan penyakit akibat penuaan. Selalu kita panggil sakit tua. Antara penyakit lain juga seperti glukoma, katarak dan kesan pengambilan ubat seperti ubat artritis rheumatoid dan juga penyakit TB.
Sekiranya masalah itu datang daripada masalah kesihatan seperti yang saya nyatakan di atas, ianya masih boleh dipulihkan. Namun sekiranya ia datang daripada keturunan, masalah itu tidak dapat di ubati. Namun jangan risau!Pada zaman sekarang pelbagai penyelesaian telah dilakukan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah rabun warna.
Rawatan Untuk Rabun Warna
Pada zaman sekarang, terdapat cermin mata ataupun contact lens yang dapat mengurangkan masalah ini. Nama nya adalah ChromaGen. Ianya boleh dapat di Hopital Ampang. Sekiranya anda inginkan perkhidmatan tersebut boleh la mendapat nasihat Dr mata disana.
Jangan Putus Asa
Jangan putus asa sekiranya anda disahkan rabun warna. Ini kerana, ramai mereka yang berjaya di luar sana adalah daripada golongan rabun warna. Contohnya Mark Zukerberg. Siapa dia?? Dia lah pengasas Facebook. Dipercayai, antara sebab facebook hanya berlatar belakang kan putih dan biru disebabkan oleh Mark yang yang hanya dapat melihat dengan baik 2 warna tersebut.So, jangan putus asa!
Sekiranya anda hanya mempunyai masalah rabun jauh, masalah anda masih boleh dirawat dengan mengamalkan penjagaan mata yang betul, dan amalan diet yang sihat. Anda boleh dapatkan sumber Vitamin A yang cukupnya dan rajin rajin kanlah makan karot. Antara cadangan supplement yang boleh di amalkan untuk mata seperti Caratomax. Kalau ada rasa apa apa ingin bertanya, boleh contact saya.
Jaga Mata Anda!
Far 0125716112
Sumber: Rabun Warna
0 comments:
Post a Comment