Merawat Bibir Kering Supaya Kelihatan Lembut dan Kemerah-Merahan


Assalamualaikum w.b.t

Masalah bibir kering buat penampilan wanita mahupun lelaki nampak tidak sempurna. Kekeringan itu kadangkala datangnya dari banyak faktor. Contohnya kurang minum air, tersilap pakai lipstik, berpenyakit, boleh jadi juga pabila kita terdedah pada cuaca yang terlampau extreme. Tak perlu terlalu gundah, kerana masalah itu boleh diselesaikan! Macamana?? Jom, baca.



Tips Merawat Bibir Kering

  • Minum banyak air putih. Sekiranya anda memang adalah orang yang cepat dehydration, pastikan anda meminum air yang cukup.
  • Banyakkan makan makanan yang tinggi vitamin C, B dan E. Rajin Amalkan buah buahan dan sayuran.
  • Jangan mengambil makanan yang terlampau pedas dan masin. Semasa tengah mengalami masalah bibir kering, avoid makanan yang pedas dan masin. Ini kerana, ianya akan memburukkan lagi keadaan bibir anda.
  • Sapu bibir dengan minyak kelapa. Minyak kelapa sememangnya dikenali kehebatan nya sejak zaman dahulu lagi. Ini kerana asid lemak didalam minyak kelapa boleh melembutkan kulit sehingga kedalam kulit. 
  • Sapu bibir dengan mentega. Mentaga pun dikenalpasti dapat lembutkan bibir. 
  • Madu. Ia juga dapat lembutkan bibir dan elakkan bibir merekah.


  • Lemon Dan Madu.  Campurkan kedua duanya dan kerapkan sapu ke bibir.
  • Hirisan Timun. Hirisan timun dapat, melembutkan kulit bibir. Dipercayai timun terdapat banyak Vitamin C.

Pilihan Lain?

Macam saya, saya memang minum air putih yang banyak. Kadangkala, duduk dalam air cond yang terlalu lama, boleh keringkan semua anggota badan, bukan setakat bibir! Saya memang suka makan supplement  Vitamin C dan Vitamin B-Complex untuk kulit saya . Disamping pengambilan VIVIX, untuk anti penuaan juga.  Saya suka makan sayur dan kerap amalkan ulam juga, untuk lembabkan kulit.

Saya pernah melalui proses check up untuk kulit. Dan result tunjukkan, kulit saya lembab akibat pemakanan saya. Masa tu, saya belum ada kesedaran minum air putih yang banyak itu penting. So, Dr kata, kulit saya walaupun kurang minum air tapi tetap lembab. Kemungkinan pemakanan saya, yang suka makan ulam dan sayuran. Saya cakap, mana Dr tahu, saya suka makan ulam?? Dia kata, kebiasaanya begitu. Ulam ulaman dan sayuran boleh lembabkan kulit.So, dia teka la, saya ni suka makan ulam. Jawapannya memang sangat betul!!


So, peeps, untuk kulit dan bibir yang lembut, jangan malas minum air tau!

Salam Sayang 

Far. 0125716112
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment