Assalamualaikum w.b.t
Hari ni, saya rasa nak share satu ketakutan ataupun perkara yang paling mengerikan wanita yang dalam pantang iaitu MEROYAN!! Masa saya dalam pantang dulu, memang mak saya selalu sangat marah kalau saya menyendiri, tak bercakap atau cepat sangat nak sentap. Dalam pantang, memang perasaan wanita tak menentu dek kerana perubahan hormon selepas bersalin.Kadang perkara yang kecik pun, boleh jadi besar. Tambah lagi, sekiranya ada masalah yang mengganggu seperti susu tidak keluar, tiada sokongan dari suami, kepenatan, masalah sembelit dan memacam lagi la. Semua ni boleh menyumbang kepada gangguan perasaan si ibu dan seterusnya boleh terjadi MEROYAN!!
Apa itu Meroyan??
Meroyan atau dikenali juga sebagai sebagai POSNATUM merupakan satu kemurungan selepas ibu bersalin. Dari pembacaan saya, ada juga yang berpendapat bahawa meroyan itu adalah murung bayi, namun itu adalah tidak benar kerana meroyan merupakan satu masalah mental yang serius dan perlu mendapat rawatan untuk sembuh. Paling ditakuti, semua golongan berpotensi untuk mengalami masalah ini.
Punca Meroyan?
Antara punca meroyan mungkin disebabkan dari kimia otak ataupun reaksi badan pada perubahan hormon yang berlaku pada badan selepas seseorang ibu melahirkan anak. Mungkin juga, masalah gangguan perasaan itu bertambah kritikal, seandainya ada lagi keadaan yang boleh membebankan ibu seperti yang saya ceritkan di atas tadi.
Cara Atasi Meroyan
Belum ada pendapat yang boleh meyakinkan tentang apa yang boleh dilakukan dalam mengelakkan terjadinya meroyan, namun apa yang dicadangkan banyak pakar perubatan:
- Jaga nutrisi ketika berpantang
- Elakkan stress
- Sokongan dari suami
Apa yang perlu di ambil untuk elak stress??
Saya ada menulis tentang kepentingan menjaga nutrisi ketika pantang. Boleh refer disini ye : Berpantang untuk sihat. Saya ada menyentuh tentang apa yang ibu perlu amalkan untuk mengelakkan stress ketika berpantang. Stress memang akan membawa keadaan lagi kritikal ketika semasa berpantang. Kita memang seharusnya berhati hati dalam penjagaan pantang, dan jangan biarkan masalah stress seterusnya boleh membawa kepada MEROYAN!!
Far 0125716112
0 comments:
Post a Comment