Mencari Instant Shawl Murah dan Cantik?


Assalamualaikum w.b.t

Zaman sekarang, instant shawl memang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis termasuk la mak gadis pun ye. Bukan ape,  memakai shawl memang boleh buat sesetengah orang kelihatan lebih muda. Yang penting konsep asas, bertudung dan menutupi seperti yang disarankan oleh syarak. Betulkan??

Instant Shawl Terbaru?

Saya nak share instant shawl yang saya rasa sangat best, dan sangat sesuai untuk dipakai labuh. Lagi satu boleh juga dipakai dengan pelbagai gaya. Saya baru je cuba, dibeli semata-mata untuk kenduri kawin adik saya bebaru ni. Instant Shawl dari  Butik Cala Qisya. Saya ada pergi ke butik baru nya di Bangi baru-baru ni, so saya sempat la membeli 2 helai dengan harga satu helai RM39. Saya rasa antara instant shawl termurah yang pernah saya ada. 

Material nya sangat selesa, dan mudah terbentuk. Senang sangat nak digayakan, pendek kata, saya sangatlah berpuas hati. 

Cara Pakai Yang Pertama



Cara Pakai Yang Kedua.


Macam-macam jenis cara boleh pakai. Selagi selesa, itu la fesyen yang paling sesuai. Saya memang suka adjust cara pakai bersesuaian dengan keselesaan saya. Kalau u all nak cuba, boleh ke butik Cala Qisya ye. Namanya Instant Zaraa Shawl


Ok bubbye :)

Your Fav Shaklee Independent Distributor

Far :)

Pulihkan Batuk Dengan Cara Semulajadi


Assalamualaikum.

Kalau batuk memang boleh datangkan ketidakselesaan. Lebih lebih lagi sekiranya ianya berkahak dan terlalu lama. Kalau ibu mengandung, batuk memang menjadi mimpi ngeri! Apatah lagi mereka yang dalam pantang! Bersalin operation pulak tu. Adui mesti tertekan kan??




Cara Pulihkan Batuk Secara Semulajadi

Banyak petua orang lama dalam memulihkan batuk. Memang ramai yang mencuba dan alhamdulillah nampak kesannya. Saya nak share beberapa cara untuk pulihkan batuk dengan semulajadi.


1. Limau Nipis dan Lemon
Perahkan air limau nipis, campurkan dengan lemon dan bancuh sekali dengan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga la batuk nya hilang.

2. Halia dan Lemon
Selepas kedua duanya di bersihkan, hiris halus halus dan letak dalam bekas yang ada madu. Perapnya selama 2-3 bulan. Masa batuk, amik sesudu dan larutkan dalam air. Ini la ubat batuk semulajadi :)





3. Halia, Madu dan Limau Nipis
Tumbuk halia, campurkan madu, selepas itu perahkan limau nipis. Boleh minum. Sama jugak, konsepnya dengan yang atas tadi. Tapi yang ni kita terus minum

4. Bawang Putih
Bakar bawang putih, dan amalkan memakannya setiap malam

5. Daun Pudina bersama Gula Batu
Rebus 8 helai daun pudina bersama gula batu. Minum la, sehingga pulih.

Cara Lain Yang Boleh Di Amalkan??

Boleh juga amalkan beberapa perkara seperti:

1. Makan sup ayam : Ini kerana,  ada kajian dibuktikan dimana kandungan sup ayam itu mengandungi anti-inflammasi

2. Pergi berurut : Bab ni, saya rasa betul la. Dulu saya kurang mempercayainya, selepas saya sendiri terkena, saya yakin, batuk jugak ada kaitan dengan keadaan urat atau pun saraf kita. Hari itu, saya ada terjatuh. tergelincir. Selang tak berapa lama, saya batuk-batuk. Masa tu belakang saya memang sangat sakit la. Lenguh-lenguh satu badan. Mak saya memang bising suruh pergi berurut. Keesokkannya memang saya rasa sangat berbeza. Alhamdulillah,

3. Tambahkan pengambilan air: Memang semua orang tahu kepentingan air dalam badan. Ianya akan mengangkut semua kotoran dalam badan. So, apa tunggu lagi. Minum air banyak banyak, supaya semua kotoran dalam badan dikeluarkan, so batuk hilang dan badan pun sihat


Selamat Mencuba ya!