MIMPI NEGERI WANITA: MEROYAN DALAM PANTANG


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, saya rasa nak share satu ketakutan ataupun perkara yang paling mengerikan wanita yang dalam pantang iaitu MEROYAN!! Masa saya dalam pantang dulu, memang mak saya selalu sangat marah kalau saya menyendiri, tak bercakap atau cepat sangat nak sentap. Dalam pantang, memang perasaan wanita tak menentu dek kerana perubahan hormon selepas bersalin.Kadang perkara yang kecik pun, boleh jadi besar. Tambah lagi, sekiranya ada masalah yang mengganggu seperti susu tidak keluar, tiada sokongan dari suami, kepenatan, masalah sembelit dan memacam lagi la. Semua ni boleh menyumbang kepada gangguan perasaan si ibu dan seterusnya boleh terjadi MEROYAN!!


Apa itu Meroyan??

Meroyan atau dikenali juga sebagai sebagai POSNATUM merupakan satu kemurungan selepas ibu bersalin. Dari pembacaan saya, ada juga yang berpendapat bahawa meroyan itu adalah murung bayi, namun itu adalah tidak benar kerana meroyan merupakan satu masalah mental yang serius dan perlu mendapat rawatan untuk sembuh. Paling ditakuti, semua golongan berpotensi untuk mengalami masalah ini.

Punca Meroyan?

Antara punca meroyan mungkin disebabkan dari kimia otak ataupun reaksi badan pada perubahan hormon yang berlaku pada badan selepas seseorang ibu melahirkan anak. Mungkin juga, masalah gangguan perasaan itu bertambah kritikal, seandainya ada lagi keadaan yang boleh membebankan ibu seperti yang saya ceritkan di atas tadi. 



Cara Atasi Meroyan

Belum ada pendapat yang boleh meyakinkan tentang apa yang boleh dilakukan dalam mengelakkan terjadinya meroyan, namun apa yang dicadangkan banyak pakar perubatan:
  • Jaga nutrisi ketika berpantang
  • Elakkan stress
  • Sokongan dari suami
Boleh juga refer pelbagai lagi ilmu berkaitan meroyan disini : Meroyan dan murung

Apa yang perlu di ambil untuk elak stress??

Saya ada menulis tentang kepentingan menjaga nutrisi ketika pantang. Boleh refer disini ye : Berpantang untuk sihat. Saya ada menyentuh tentang apa yang ibu perlu amalkan untuk mengelakkan stress ketika berpantang. Stress memang akan membawa keadaan lagi kritikal ketika semasa berpantang. Kita memang seharusnya berhati hati dalam penjagaan pantang, dan jangan biarkan masalah stress seterusnya boleh membawa kepada MEROYAN!!

Far 0125716112

JAHITAN LUKA BERSALIN LAMBAT SEMBUH??


Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps..sihat ke?? Hehe..hari ni saya nak share pasal jahitan luka bersalin yang lambat sangat nak baik. Adui.. siapa yang pernah rasa, mesti akan rasa ngeri kan?? Saya dapat bayangkan, macamana rase yang sangat tak selesa pabila luka pada "mahkota kita" tu belum pulih selepas bersalin. Mesti rase down jugak, sebab satu hal kita susah nak bergerak, susah untuk membuang air, tambah lagi bila rase tempat tu, dah tak smooth seperti sebelum.



Kenali Jahitan Luka Bersalin

Nama jahitan ketika bersalin dinamakan Episotomi. Melalui pembacaan saya dalam blog Dr Zubaidi, Episotomi bermaksud teknik potongan yang dilakukan pada bahagaian kemaluan wanita yang dinamakan perineum terletak di antara miss V wanita dan dubur. Tujuannya hanya ingin memudahkan ibu-ibu terutamanya yang pertama kali bersalin. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa, potongan itu tidak perlu dilakukan kerana proses penjagaan nya amatlah sukar. Tapi, ramai juga yang berpendapat, kadangkala tanpa potongan itu kemungkinan pendarahan akibat bersalin itu adalah lagi teruk. Untuk pembacaan yang lagi detail, boleh la refer pada blog Dr Zubaidi berkaitan Penjagaan Luka Jahitan Bersalin .

Tips Menjaga Luka Jahitan Bersalin

Saya nak kongsikan antara tips yang boleh diamalkan untuk cepatkan proses pemulihan luka jahitan selepas bersalin. Tapi di sini, saya fokuskan pada bersalin secara normal.
  1. Boleh basuhkan dengan air suam pada ruangan jahitan. Ini bagi membolehkan bakteria bakteria tak mudah menyinggah disitu.
  2. Keringkan sebaik baiknya, dan sapu ubat yang disarankan Doktor.
  3. Rajinkan tukar pad
  4. Jangan banyakkan pergerakkan
  5. Elakkan sembelit
  6. Amalkan pemakanan yang sihat.
Itu antara amalan yang sering di amalkan dalam menjaga luka jahitan bersalin. Masa saya bersalin dulu, mak saya memang sangat jaga bab makan. Mak saya pun memang tak bagi bergerak banyak sangat. Katanya, badan baru nakpulih, so jangan banyakkan bergerak.

Makanan Yang Cepat Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin

Antara makanan yang boleh membantu proses pemulihan luka adalah:
  1. Protien
  2. Banyakkan makanan dari sumber Vitamin C
  3. Banyakkan makanan yang tinggi fiber dan boleh mengelakkan sembelit
  4. Amalkan minum air masak
  5. Amalkan supplement yang bersesuaian.
Bila bercerita tentang supplement, baru ni saya ada dengar kawan saya bercerita tentang lukanya berjaya sembuh dalam tempoh sebelum 10 hari. Masa hari ke 10 tu, dia tengok Miss V nya dah kembali normal dan macam tiada apa apa berlaku!! Memang dia sangat gembira, sebab masa dia bersalin anak pertama, memang lukanya sangat lambat baik.

Apa yang diamalkan?

Kawan saya ada amalkan Set Bersalin Shaklee. Disamping set bersalin ada lagi suppelement yang boleh mempercepatkan lagu kesembuhan semasa dalam pantang iaitu Vivix!!

Vivix yang terhasil dari khasiat tumbuhan dan buah buahan. membantu penyembuhan luka jahitan bersalin berlaku lebih cepat.







Sekiranya anda memerlukan Vivix :

Cara 1 - Anda boleh buat pembelian sendiri dengan klik pada link ESELL di bawah.

 Shaklee akan pos terus pada alamat anda menggunakan City Link atau GDEX Express.

Cara 2 - Sekiranya anda mahu penjimatan berganda, anda boleh mendaftar keahlian Shaklee dengan cara menghubungi saya http://www.wasap.my/60125716112


Cara 3 -  Sekiranya anda berada disekitar Port Dickson, Lukut, Seremban dan Senawang, boleh set kan temujanji dan saya akan hantar kan didepan pintu rumah anda!


FARHANAH
Call/ Whatapps: 0125716112

Nak senang just click kat sini:


Jom like dan Follow saya:
FB: Farhanah Omar
Fb Pages: Supplement Farqistina
Instagram: farqistina



SET BERPANTANG SELAMAT UNTUK TAMPIL SIHAT DAN SUSU BANYAK


Hai peeps, hari ni saya nak cerita sikit pasal set berpantang khas untuk ibu ibu yang masih tercari cari cari set berpantang yang sesuai. Dalam pemilihan set berpantang, kita memang kene pilih set berpantang yang sesuai bagi memberi penjagaan yang terbaik untuk kesihatan kita. Waktu berpantang adalah waktu yang sangat kritikal kerana, proses bersalin adalah proses yang sangat sakit. Sakit yang kedua selepas mati, ye itulah sakitnya sewaktu bersalin. Namun, kuasa Allah itu indah. Antara kuasa Allah yang besar kerana telah memberi satu kelebihan pada wanita dalam melahirkan seorang khalifah baru di muka bumi.



Dek sakit yang sangat hebat, haruslah, proses penyembuhan nya pun harus la sempurna. Waktu berpantang adalah waktu yang perlu digunakan oleh ibu sebaik baiknya dalam memastikan keadaan badan ibu itu kembali pulih seperti sediakala. Saya suka mengingatkan diri sendiri juga tentang kepentingan penjagaan semasa pantang. Dimana kegagalan dalam penjagaan yang sempurna, bakal memberi kesan besar dalam kesihatan wanita keseluruhannya.

Kenapa ibu perlu cepat sembuh?

Ibu perlu cepat sembuh kerana perlu menghasilkan susu yang berkhasiat pada anak. Tambahan pula, ibu perlu cepat sembuh supaya, keadaan badan ibu sihat dan cergas demi menjaga mental ibu daripada cepat terganggu. Semua tahu kan, apa akibat sekiranya ibu yang sering tertekan semasa dalam pantang??? Pandai pun.. kesannya boleh mengakibatkan ibu meroyan!

Igauan Ibu Dalam Pantang

Pada yang pernah bersalin, mesti tahu apa antara igauan ngeri ibu dalam pantang. Saya nak listkan dekat sini ye.
  1. Luka jahitan lambat sembuh
  2. Susu badan tidak keluar
  3. Badan lambat sihat
  4. Demam/ Bentan
  5. Meroyan
  6. Jangkitan pada badan
  7. Sembelit
Itu antara masalah paling top untuk wanita dalam pantang. Kalau mak saya dulu, dia mesti nak pastikan wajah saya kemerah merahan, itu tanda badan dan dalaman kita sangat sihat. Konsepnya satu aje, kenapa wajah kena nampak merah??? Itu tandanya darah berjaya mengalir keseluruh badan. So cepat la badan sihat, luka sembuh dan badan kembali normal.

Sewaktu berpantang juga, hormon badan kita adalah tidak menentu.Itu juga mampu memberikan impak pada struktur dalaman badan,dan juga perasaan ibu bersalin. Maka dengan itu, makanan dalam tempoh pantang itu harus dititik berat, supaya ibu tidak mengalami masalah meroyan. Hormon yang tak menentu juga boleh mengakibatkan badan mudah dijangkiti pelbagai infection. Macam saya dulula, saya diserang eczema yang sangat kritikal sewaktu dalam pantang. Hanya Allah je yang tahu masa tu.

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang alah pada jamu. Tapi, boleh je tau, nak pakai pilis, atau minum ape ape air kesihatan lain, yang penting jarakkan waktu pengambilannya.

Antara yang dicadangkan dalam set berpantang Shaklee adalah:

ESP

ESP adalah penting dalam membekalkan protien dalam badan. Apa pentingnya protien?? Protien umpamanya keperluan asas dalam penyerapan segala nutrien dalam badan. Protien juga boleh memberikan persediaan yang sempurna pada badan, dalam penghasilan susu yang berkualiti. Disamping tu jugak, protien boleh mempercepatkan proses pemulihan dalam badan. Antara bonus lain ESP?
  • Kulit cantik
  • Perut kenyang yang lama
  • Tenaga





Vitalea (Multivitamin) 

Waktu ini, badan sangat memerlukan nutrien yang mencukupi bagi membaik pulih sel badan, dan membantu menambah darah pada badan. Proses pemulihan juga sangat memerlukan vitamin yang secukupnya termasuklah dalam menghasilkan susu ibu yang berkualiti.
  • Penting dalam memberikan keperluan vitamin penting dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Kurangkan risiko anemia
  • Boleh membekalkan tenaga pada badan



BComplex

BComplex adalah salah satu vitamin yang membekalkan pelbagai jenis Vitamin B. Ingin kenali lebih lagi pasal Vitamin B, boleh refer disini ye: Kenali Vitamin B. Antara kepentingan Vitamin B:

  • Dapat meredakan stress
  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga. 
  • Membantu mengawal keseimbangan hormon


Sustained Released Vitamin C


Vitamin C adalah penting dalam penjagaan sistem kardivaskular. Ianya penting dalam memberikan saluran darah kita sentiasa baik, seterusnya dapat memberikan darah mengalir keseluruhan badan dengan sempurna. Ianya juga dapat membaik pulih sel, seterusnya dapat memberi kolagen pada kulit


Zinc Complex

  • Dapat sembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat
  • Membantu kecutkan rahim. Kalau rahim tak sembuh elok, memang cepatla nak jadi cyst aau fibriod. So please make sure, semua darah kotor keluar semasa dalam pantang!!
  • Mengelakkan rambut gugur(selalu kan dengar orang dalam pantang rambut gugur)
  • Boleh refer kesan zinc kat sini ye: Luka Sembuh Kurang 10 hari dengan Zinc

Ostematrix

Ostematrix adalah Kalsium dan mempunyai khasiat magnesium skali dalam kapsulnya. Sebab tu, Ostematrix adalah sangat penting untuk ibu berpantang untuk mengelakkan sembelit. Masalah sembelit, memang masalah yang sangat kritikal. Adui, sesiapa yang mengalami masalah ini, mesti rase serik nak mengandung!. Tapi alhamdulillah, ramai yang bebas sembelit pabila mengamalkan Ostematrix. Selain itu juga, Ostematrix penting dalam membekalkan kalsium pada tulang, kerana ibu yang dalam pantang sangat perlukan kalsium yang cukup dalam menghasilkan susu yang berkualiti.


Best kan?

Saya teruja, selepas study pasal Set Berpantang Shaklee. Terus rasa nak mengandung. Sebab, semasa saya berpantang dulu, saya kan mempunyai masalah eczema yang teruk. So, saya teringin nak cuba Set Berpantang Shaklee selepas ni :)

Nak tanya?

Contact saya: 

FAR 0125716112


CANTIK NYA KULIT DIA!!


Hi peeps!!

Hari ni, saya nak share lagi pasal kejayaan seorang pengguna Shaklee yang berjaya cantikkan wajahnya bersama supplement kesayangan dia. Asalnya, dia mcm kecewa sebab ada jerawat jerawat bertenggek diwajah nya. After consume beberapa supplement, wajahnya bertambah cantik dan flawless.

Ape yang dia gunakan??

Cik adik manis ni, hanya gunakan ESP, Vitamin E dan Vitamin C. Secara konsisten ye. Tak nak malas malas. Nak cantik kan? mesti kene rajin.. Asalnya dia juga mengalami healing krisis. Tetapi ianya hanya sementara sahaja. Sekarang, semuanya dah kembali normal. 

Testimonial Kulit Flawless



Kenapa Vitamin E penting dalam kecantikan kulit??

Vitamin E adalah vitamin yang mempunyai nilai antioksida yang sangat tinggi. Kita akan terdedah dengan pelbagai keadaan yang boleh membuatkan kulit kita kusam. Maka dengan itu, antioksida ini sangat penting dalam memastikan kulit kita sentiasa mampu menahan radikal radikal bebas yang akan menyerang kulit wajah kita yang jelita ni.

Tapi, badan kita tak mampu nak produce vitamin ni, dan ianya perlu diambil dalam diet harian. Macamna nak dapatkan? Ada orang sapu krim, ada orang makan pil, ada orang inject. Shaklee memang ada satu supplement yang dinamakan Vitamin E. Ianya dihasilkan daripada biji anggur. Itulah tujuan Vitamin E untuk kulit.

So, jangan biarkan wajah kita, tua sebelum usia. Tips nya, jgn stress, jaga kulit, dan jangan lupa amalkan supplement :)

Far


JUBAH BELLA AMMARA LAGI??


Assalamualaikum..

Hehe, tajuknye macam best kan? Siapa peminat jubah Bella Ammara? Saya suka tengok kain jubahnya. Saya pun dah pakai satu, memang selesa dan tak panas. Dorang gunakkan material shimmering lace yang high quality. So, saya lebih suka membeli color yang gelap.

AIRIS JUBAH

Melihat jubahnya yang terbaru namanya Airis,macam teruja jugak nak beli. Pricenye pun boleh tahan. RM130 include postage. Tapi nak mudah, pegi je kat kedai dia sendiri. Yang menariknya, Bella Ammara memang guna CASH tau. Beli la ribu riban pun, dorang tetap nak cash. Dorang sangat tak menggalakkan debit atau credit. 

Jom tengok jubah yang termasuk dalam my wish list  :)




ARABIC GUM SEBAGAI PELAWAS


Alhamdulillah, hari ni saya nak share berkaitan supplement yang saya berikan pada anak saya. Saya nekad untuk memberikan supplement selepas melihat seksanya anak saya setiap kali mahu membuang air besar. Ye, anak saya memang mengalami masalah sembelit yang sangat teruk. Supplement untuk anak tak perlu? Dibawah satu 2 tahun memang tak perlu. Tapi bila meningkat umur 2 tahun, saya merasakan saya perlu selesaikan masalah tu dengan segera. Lagipun, saya taknak la tiap kali sembelit perlu bagi ubat. Terfikir jugak saya, sampai bile saya nak bagi anak saya ubat lembut najis?


Hati ibu saya tersentuh

Memang saya sering kesian tengok dia buang air besar. Memang macam macam usaha yang saya buat. Boleh ikuti kisah saya sembuhkan sembelit Qistina disini. Cara saya pulihkan sembelit qistina. Alhamdulillah, selepas saya melalui fasa yang sangat genting menghadapi qistina yang sembelit, sekarang, saya tak perlu risau untuk hadapi masalah.

Mealshake Shaklee ada Arabic Gum?

Ape itu arabic gum @ acacia gum?Saya ada menulis tentang arabic gum disini Manna dan Salwa . Ye, arabic gum ataupun lebih dikenali sebagai Manna. Selepas Qistina berhenti breastfeed, saya memang berikan susu pada Qistina yang mempunyai khasiat Manna. Ini adalah susu yang dicadangkan oleh kawan ofis saya. Kebetulan, dia memang banyak jual produk keluaran muslim. Susu yang saya maksudkan adalah Annis Suffy.Tambah pula ,saya memang ada berikan supplement yang kebetulan ada juga kandunga manna! Ha, nama nya Mealshake!! Memang ternyata, after Qistina consume Mealshake, masalah sembelit dia pun dah takde. Tambah lagi dia minum susu  jenama  Annis Suffy ni,  so super duper la serat dalam diet harian nya!


Acacia Gum dalam Mealshake

Oh jangan risau pasal Maltodextrin yang ada dalam Mealshake, sebab ianya hanyalah serbuk jagung. Kajian tentang sesuatu produk Shaklee, memang sangat detail. Saya memang sentiasa membaca tentang sesuatu kandungan sebelum saya memilih makanan tersebut. Tanpa fakta dan research dari sumber yang tepat, memang susah sikit saya nak percaya.

Sebagai ibu yang bekerjaya, dan masih mencari vitamin bagi melengkapkan diet harian, Mealshake memang sangat sesuai. Ianya adalah tinggi serat dan lengkap dengan vitamin yang diperlukan badan. Jangan pula langsung tak makan makanan lain tau. supplement hanya pelengkap makanan. Bukan boleh digantikan dengan makanan. Lebih lebuh lagi, anak anak perlu makanan yang berkhasiat untuk membesar lebih sihat. Alhamdulillah, Qistina pun memang jarang demam sekarang, even berada di taska. Syukur, alhamdulillah.

Mami far
0125716112


MAKANAN DARI SYURGA!


Assalamualaikum..

Okey, hari ni saya nak share berkaitan satu makanan yang di gelar sebagai makanan dari syurga! MasyaAllah, memang makanan ini diketahui ramai, dan biasa didengari. Malahan dalam Al-Quran sendiri terdapat 3 kali disebut kan tentang makanan dari syurga ini. Saya rasa, ramai yang dah boleh teka dan makanan istimewa itu adalah Manna dan Salwa.


Manna @ Arabic Gum @ Acacia Gum

Saya sebenarnya, memang biasa dengar pasal manna dan salwa, tapi tak pernah pula terfikir nak membaca secara detail berkaitan makanan hebat ini. Hingga la, satu masa saya tengah memilih susu yang sesuai untuk Qistina, kawan saya ada cadangkan satu jenis susu produk tempatan dan mempunyai sijil IMP( Islamic Manufacturing Process) dan dalam kandungannya ada terdapat Manna. Dia kata pada saya, bagus ni, untuk sistem pencernaan kanak kanak, dan jugak boleh mengelak kanser. Oh masa tu, saya sangat naif tentang khasiat manna, terus membuat sedikit research pasal manna ni. Bila saya dah faham, alhamdulillah, saya memang berikan susu tu pada Qistina, sejak dia stop menyusu, hingga la sekarang dah 3 tahun.  So, saya nak share sikit apa output dari research saya ye..

Petikan Ayat Al-Quran berkaitan Manna dan Salwa

Dan Kami menaung kamu dengan awan, dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justru merekalah yang menzalimi diri sendiri.   
                                                                                                                                        Surah al-Baqarah:57
Dan Kami membagi mereka menjadi dua belas suku yang masing-masing berjumlah besar, dan Kami wahtukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya. "pukullah batu itu dengan tongkatmu!" Maka memancarlah dari batu itu duabelas mata air. Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami  berfirman), "Makanlah yang baik-baik dan rezeki yang telah Kami berikan kepadamu." Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi merekalah yang selalu menzalimi dirinya sendiri. 
                                                                                                                                                  Surah al-A'raf:160

Wahai Bani Israel! Sungguh kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sina) dan Kami telah menurunkan kepada kamu manna dan salwa. 
                                                                                                                                                    Surah Thaha:80

Berikut adalah ayat Al-Quran yang menceritakan pasal Manna & Salwa. Kalau kita fikirkan secara logik, semestinya makanan ini yang terbaik, kalau tidak masakan Allah boleh menyebutkan 3 kali di dalam kitab Al-Quran. Malahan ianya juga di akui didalam kitab Injil dan Taurat. 

Apa itu Manna?

Manna dikenali sebagai Gam Arab @ Arabic Gum dan juga dikenali sebagai Acacia Gum yang merupakan getah yang terhasil dari sejenis pokok yang bernama Akasia ataupun Acacia. Pokok ini banyak terdapat di negara Sudan. Ianya bahan seperti getah yang keluar pada awal pagi, dan akan mengeras terbentuk seperti kertas selepas terbenam matahari. Ianya boleh terus di makan ataupun diarutkan didalam air. 


Kajian Tentang Manna

Manna merupakan tumbuhan yang berbentuk fibre. Mempunyai 100% serat.Ianya sangat berguna dalam membuang bahan buangan dari dalam badan.

Manna banyak sangat digunakan dalam bidang perubatan. Antara kajian tentang Manna yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia adalah ianya boleh digunakan untuk mencegah masalah kanser kolon, masalah angin dan sembelit. Antara penyakit kritikal seperti Jantung dan Diabetis juga dapat dicegah dengan pengambilan Manna. Manna juga mempunyai khasiat serat yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan penggunanya akan merasa kenyang seterusnya boleh la nak kurus :)

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour Nutrition pada tahun 2008, Manna berjaya dibuktikan sebagai prebiotik semualajadi yang terbaik. Kajian yang dilakukan terhadap 10gram Inulin dan 10gram Manna dalam tempoh 4 minggu, telah menunjukkan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteriods dalam kumuhan najis sample Manna adalah lebih tinggi berbanding Inulin.

Lagi kajian perubatan..

Kajian membuktikan bahawa Manna mampu memberi kesan tentang penurunan darah tinggi dan boleh mengurangkan risiko kanser usus.

Ape pula Salwa??

Al-Salwa adalah seekor burung yang dikenali sebagai burung puyuh@ burung quil. Sejenis burung yang Allah jadikan berpindah randah pada musim tertentu. Pergabungan antara Manna dan Salwa adalah gabungan dua sumber makanan yang Allah turunkan kepada umat manusia.

Al-Salwa

Menarik bukan?

Itu adalah cerita tentang Manna dan Salwa. Khasiat Manna sebagai prebiotik memang dah terbukti dikajian antarabangsa. Alhamdulillah, lepas mengetahui segala khasiatnya, saya yakin, susu dan supplement yang saya bagi anak saya memang terbaik. Saya ada tambahkan supplement untuk Qistina dalam diet harian dia, bagi menyelesaikan masalah sembelit yang dia hadapi. Boleh refer disini ye: Cara saya hadapi sembelit Qistina


Salam sayang

Mami far :)
0125716112

Bye!

TIPS CERGAS DI PAGI HARI


Hi peeps.. semoga sihat-sihat ye. Sekarang musim hujan, dan memang sangat kene jaga kesihatan. Sana sini, saya pergi ada orang tak sihat. Sana sini pergi dengar orang batuk. So, jaga kesihatan sebab itu la, nilai paling berharga pada semua orang!!

Hari ni, saya nak share sikit je, pasal tips nak still fresh di awal pagi. Biasanya kita bangun pagi, memang akan ke ofis. Ramai jugak yang amik breakfast di rumah dulu, dan ada jugak yang breakfast di ofis. After breakfast memang kite akan rasa lemau kan. Mesti nak start keje tu slow sikit. lebih lagi kalau pekena big breakfast mcm nasi lemak ke atau roti canai 2 keping..Mesti biasa amik kan?? 

Lemau pagi hari

Memang kerap la, dengar masalah ni. Lebih lagi, kalau yang dah tak cukup tidur malam nya, mesti akan lagi rase tambah tambah la lemau!! Dulu, saya kerap jugak macam tu. Lepas breakfast mesti rase macam semacam je nak start buat kerja. Saya pun kadang confuse sangat. Sepatutnya, lepas makan la, badan jadik segar nak buat keje kan? Ha, tapi saya ada baca sikit pasal perlepasan tenaga pada badan selepas makan. Terutamanya pagi. Kita kan digalakkan untuk amik high protien dan low karbo untuk awal pagi. Kenapa?

Sarapan tinggi protien boleh kurus!

Kita kena ambil sarapan tinggi protien disebabkan kadar perlepasan tenaga dalam badan kita akan berlaku secara perlahan lahan. Sebenarnya, kenapa kita mengantuk selepas makan, adalah disebabkan kadar karbo yang tinggi, dan setererusnya akan menyebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Kandungan gula ini akan turun secara mendadak sebab tu badan kita akan jadi lemau! Berbeza pabila kita amik protien. Perlepasan tenaga oleh protien akan berlaku secara perlahan lahan dan membuatkan kita payah nak lapar dalam satu tempoh masa. 

Bila payah lapar, tak de la kita nak makan memacam kan? Seterusnya, jarak pengambilan antara breakfast dan lunch tu, mesti takde la snack snack yang tak sihat.  Kalau hari hari macam ni, mestilah boleh kurus!!

Sarapan tinggi protien?

Saya memang suka ambil ESP di awal pagi. Kenapa?? Satu nya, memang saya payah nak lapar. Keduanya itu adalah breakfast yang paling senang. Ketiganya, bonus utk saya, sebab protien dari ESP ni, memang sangat bagus dan ianya juga boleh jaga keadaan kulit saya :) 

Sangat sesuai untuk mereka yang diserang gastrik tau! Ramai yang ada gastrik, boleh kurang kan masalahnya dengan mengambil ESP.

ESP Shaklee

Itulah sarapan saya, tatkala saya busy. Kadang saya ambil awal pagi. Lepas tu, kalau saya lapar pun, saya tak rase nak amik makanan yang sangat berat. Sebab perut macam dah penuh!

Pilih Sarapan Yang Sihat

So, sesiapa yang selalu mengantuk after breakfast, kene la ubah corak breakfast anda, supaya pagi anda lebih cergas dan ceria! 

Bye!!bye!!

LUNCH FREE DI PULLMAN PUTRAJAYA!


Assalamualaikum w.b.t..

Semalam saya ada pergi hadirkan diri dalam satu majlis meraikan seorang Master dalam Shaklee. Nama majlis nya adalah Master Celebration, dan dibuat di Pullman Putrajaya Lakeside. Tempatnya sangatlah cantik. Ape yang paling saya tertarik nak share kat sini, Shaklee memang sentiasa meraikan semua ahli-ahli nya. Tak kira la, dari rank yang paling rendah iaitu Distributor hinggalah ke Master. Pada mereka yang mungkin belum tahu, dalam Shaklee, rank yang tertinggi adalah Master. Pada rank ni, income mereka memang dah confirm 6 angka!!Semalam Master yang diraikan adalah Master Kam Maria dan suaminya Master Firdaus. Mereka berjaya mencapai impian bersama Shaklee dalam hanya masa 9 bulan!!  




Event Shaklee TERBAIK!

Saya dah banyak kali ikut event Shaklee yang meraikan kejayaan ahli mereka yang berjaya naik rank. Ada National Conference, Motivation Rally dan latest adalah Master Celebration. Semua event ni, memang sangat best dan yang best skali, dapat hadiah yang dorang bg free :)

Macam event semalam saya dapat lunch free lagi kat Pullman Putrajaya tu. FREE eh, saya takde spend ape pun. Cuma spend, minyak kereta je nak pegi Putrajaya!!Pendek kata, bile kite serius berbisnes bersama Shaklee, mesti ada habuan untuk kita. Belum lagi saya cerita yang asas, macam bonus setiap bulan, car bonus dan jugak jejelan free yang Shaklee tanggung. Cuma sign up as member, pastu kita mampu dapat semua ni. Tapi kena la usaha. Mana ada kejayaan datang bergolek kan??

Satu perkara lagi yang saya suka sangat dengan Shaklee, event-event yang dianjurkan biasanya boleh bawak anak anak. Memang tak namanya program Shaklee, kalau tak disertai oleh bunyian dari kanak kanak bermain. Nampak best sangat suasana tu. Memang since kite join Shaklee, apa apa aktiviti kita adalah bersama family tau. Memang tak de isu la, nak fikir anak kene tinggal kat umah bila nak berbisnes.

Kenapa ramai memilih Shaklee

Itu adalah jawapan kenapa ramai antara mereka yang pilih Shaklee sebagai salah satu bisnes! Semua orang ada peluang dan ruang yang sama. Masa yang semua ada juga sama iaitu 24jam sehari. Cuma yang tinggal, mahu tak kita berkorban sikit untuk menjadi orang luar biasa?? 

Hasil yang luar biasa hanya boleh kita perolehi dari usaha yang luar biasa!! Kalau kita setakat buat benda sama hari hari, kita pun akan dapat hasil yang sama setiap hari..

Semua orang ada impian kan..

Jom, realisasikan impian kita..


PATUTLA BOLEH KURUS!!


Salam peeps!!

My busy day.. Student dah tamat exam. Selepas bergelut marking paper exam, kini bergelut dengan audit ISO. Masa memang sangat limited untuk berkarya di blog tersayang ni. Tapi hari ni, saya nak share sikit pasal apa yg berlaku masa lunch saya tadi.

Lunch

Alkisah, saya ada meeting pukul 2.30 ptg. So, after solat zuhur saya budget terus masuk meeting. Tapi, plan bertukar!! Tetiba perut mula keroncong lepas solat. Saya tak plan nak lunch, sebab saya breakfast agak berat. Saya target nanti after meeting, baru saya nak makan. Anyway, amalan skip meal ni sgt tak bagus tau. Kalau nak kurus, mesti meal kene complete! No skip skip..

 Okey, berbalik kisah tadi. Bila saya bile lapar, apa nak makan?? Takkan nak keluar kan dengan masa yang sangat limited. Saya teringat la, kat ESP yang berbaki sikit lagi kat ofis. Saya memang bawak ESP g ofis. Senang bile saya nak minum.  Apa lagi, saya bancuh la sebanyak 3 sudu, dengan segelas air. Alhamdulillah, masa tengah lapar tu.., lepas minum segelas tu dah rasa perut penuh. Boleh la pegi meeting. Meeting habis pukul 5. Selesaikan ape patut, saya pun balik,. Dalam pukul 6 lebih sampai rumah.Tapi masa ni, saya masih belum makan ape ape, kecuali air masak!! Dah hampir 4 jam!! Wah hebat kan?? Hanya segelas ESP, saya boleh bertahan hingga ke petang!! Tanpa sebarang kudapan. Dalam tempoh tu, saya rase perut saya penuh je. Ada orang citer dorang boleh tahan sampi 6 jam tau, minum ESP je.

Boleh Kurus Minum ESP!!


Saya memang selalu minum ESP masa bulan puasa. Memang saya boleh bertahan sampai berbuka. Tapi saya mix up dengan Cinch Shake.Tapi saya ni, kalau bulan puasa, memang boleh set kat kepala takbole makan. Tapi kalau tak puasa, memang nafsu gajah jee. Tapi hari ni, saya amik ESP semata,alhamdulillah memang boleh tahan. Yang lagi best, walaupun ada pilihan makanan didepan mata, saya takde rase nak makan. Sebab, perut dah tepu!!

Best kan?? terdetik dihati saya..Kalau macam ni la, patutla orang boleh kurus dengan minum ESP je.. 

Janji kene rajin minum ye.. Dah la minum ESP ni, kulit boleh jadi melecun!!  So, tak rugi kan,, Beli ESP. Sambil kursus, boleh la bercantik cantik.


PROTIEN YANG SELAMAT UNTUK PESAKIT DIABETES


Hi peeps..

Biasa kite dengar pesakit diabetis memang sangat teliti nak cari makanan. Kebiasaanya, makanan yang paling selamat untuk pesakit diabetes adalah yang bebas gula. Ataupun kurang gula. Tapi pernah dengar pasal makanan yang berglisemik tinggi? Apa akibat dari pemakanan yang berglisemik tinggi? Saya ada share pasal akibat terlalu banyak pengambilan makanan yang berglisemik tinggi. Bleh refer sini eh. Makanan berglisemik tinggi.

Tapi hari ni, saya nak cerita pasal protien glisemik rendah. Nak tahu ape??

Tadaa..

PROTIEN GLISEMIK RENDAH



Yes! ini sepatutnya jadi pilihan!!

CARA ATASI KULIT BERMINYAK??


Hai peeps..

Kulit berminyak memang sangat merimaskan!! Apa yang boleh kita buat??

Pencuci Muka

Antara salah satu yang sering kita gunakan, adalah mencari pencuci muka yang bersesuaian. Tapi kerap jugak jadi, dah beli pencuci muka, lepas tu kulit kering pulak. Ataupun, after guna pencuci muka, kulit naik jerawat. Memang kulit muka sangat sensitive tau!! So sampai bile nak try error je guna pencuci muka???

Cara Atasi Kulit Berminyak!

Kulit yang sihat, memang akan bermula dari dalam! Saya ingat pesan mak saya, nak nampak cantik, dalam badan kene sihat dulu. Banyak yang kita kene jaga supaya kulit nampak berseri dan sihat. Terutama sistem perkumuhan, tidur yang cukup, makan makanan yang sihat, dan last skali harus ada bantuan bekalan nutrien iaitu supplement. Penting sangat ke amik supplement??? Penting, sebab makanan harian kita, tak mampu nak penuhkan segala nutrien dalam badan kita. Sejauh mana kita tahu badan kita cukup nutrien?? So, untuk kulit yang tak berminyak aya suka amalkan Sustained Realeased Vitamin C dari Shaklee. Tapi saya memang pengguna tegar VIVIX sekarang. Tambah pula sesekali saya akan topup dengan Shaklee Collagen Powder.



Alhamdulillah, saya memang rasa, kulit saya berbeza!!Susah nak berminyak. Extra bonus???Rase moist lagi.!!



Ape tunggu lagi, taknak kulit berminyak kan?? Jom berukar!!

Nak sembang banyak lagi?? jom call saye :)

far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!

ATASI SAKIT SAKIT URAT HANYA 45 SEN!!


Hi peeps!!

Sebelum ni, saya ada kongsikan pasal jenis Vitamin B. Ada pelbagai jenis Vitamin B, dan sebaiknya Vitamin B  harus di ambil bersama-sama vitamin B yang lain. Sebab itu la, kita harus memilih Vitamin B Complex!!

Hari ni, saya nak share kebaikan Vitamin BComplex yang boleh legakan sakit urat. yeke?? Macamana??

Jom kita baca!!


Vitamin BComplex Shaklee

Saintis Shaklee, merupakan saintis pertama yang menciptakan asid folik secara semulajadi di dunia! Kadar serapan yang sangat tinggi menjadikan ianya sangat berkualiti.  Jangan taktahu, 99% asid folic yang ada di pasaran adalah sejenis vitamin sintetik. Nak tahu ape itu vitamin sintetik?? Boleh refer sini Vitamin Semulajadi vs. Vitamin Sintetik.

Vitamin BComplex Shaklee ada kesemua 8 komponen Vitamin B yang diperlukan pada badan. Termasuklah 100% Biotin dan Asid Folik!

Manfaat Utama

  1. Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  2. Melawan tekanan
  3. Memastikan kesihatan sistem saraf
  4. Meredakan sakit kepala
  5. Mengurangkan stress
  6. Membantu tumbesaran
  7. Membantu pembinaan DNA dan sel sel baru 
  8. Mengurangkan kecacatan otak pada bayi
  9. Membaiki masalah kulit kepala/ kelemumur/ rambut gugur/beruban
  10. Baik untuk mata: Lebih Fokus, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan
  11. Mencegah dan merawat anemia
  12. Membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi
  13. Meredakan senggugut(PMS), redakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman
  14. Menghalang nafas berbau
  15. Redakan alahan

Sakit Urat /Saraf  sembuh dengan Vitamin B Complex??

Dalam Vitamin BComplex terdapat satu vitamin yang dinamakan Vitamin B5. Vitamin B5 ini, akan meningkatkan fungsi kalenjar adrenal. Kalenjar ni boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fungsi ginjal dan boleh mengawal stress.

Vitamin ni juga, diperlukan dalam menghasilkan hormon untuk menjaga saraf yang sihat.  Maka dengan itu, sakit urat atau pun saraf, boleh dirawati, dengan mengamalkan Vitamin Bcomplex!

Kalau nak tahu, seluruh fungsi sistem saraf akan dikawal oleh Vitamin B1, B6 dan B12. So, kurang nya Vitamin ni, akan sebabkan kita akan stress, rasa cemas/berdebar dan cepat sangat sentap!

Nak tahu, pelbagai lagi fungsi Vitamin B??, Boleh refer entry saya kat sini Kenali Vitamin B

Indahnya Vitamin B complex

Apa yang saya suka kongsikan disini, setiap jenis Vitamin B memerlukan setiap satu dari mereka untuk mendapatkan hasil yang sangat optimum! Indahkan ciptaan Allah. Sebab tu la, kita digalakkan mengamalkan Vitamin Bcomplex yang semulajadi dan selamat supaya kita pun dapat hasil yang optimum!

So lepas ni, kalau sakit urat, cepat sentap..Better makan Vitamin BComplex eh. Cari yang semulajadi, seharusnya Shaklee




Bye!

far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!

Vitamin B or Vitamin B Complex??

 
Hi peeps!!

Pernah dengar pasal Vitamin B?. Sebaiknya vitamin B ini diambil bersama sama pelbagai vitamin B lain. Sebab tu, kita biasa nampak pasal Bcomplex. Saya selama ni tahu ada vitamin B, tapi saya tak pernah tahu kepentingan B complex pada badan.  Nak tahu?? Ayuh, jom baca!

Kenalpasti Vitamin B Complex yang baik?

Vitamin yang larut air dan mempunyai kesemua 8 vitamin B1, B2, B5, B6, B12, asid folik dan Biotin. Perlu juga mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. Kita juga harus memastikan jarak peratusan harian tidak terlalu besar diantara  B1, B2, B3 dan B12. ELAKKAN mengambil Vitamin B Complex yang mempunyai "sustained released". So, cepat check Vitamin Bcomplex u all eh!

Vitamin B Complex dan khasiatnya.

B1 atau Thiamine

Kegunaannya: 
  1. Untuk ceraikan karbohidrat, lemak dan protien
  2. Memelihara sistem saraf dan otot
  3. Memelihara fungsi jantung
  4. Membentuk bahan api untuk badan bekerja 
  5. Vitamin B1 akan bekerjasama bersama B2 dan B3(sebab tu elok amik Bcomplex rather than amik Vitamin B sahaja)
Kurangnya akan menjadikan:

Keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur. Cirit birit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

Sumbernya: Gandum, hasil gandum, kacang pis, ikan kacang tanah

B2 atau Riboflavin

Kegunaanya:
  1. Diperlukan badan untuk memetabolisme kan semua jenis makanan.
Kurangnya akan menjadikan:

Pecah pecah pada mulut, sakit pada mulut dan hidung.

Sumbernya: Hati, susu, bayam, mee, kulat atau cendawan

Vitamin B3 (Niasin)

Kegunannya:
  1. Diperlukan oleh enzim yang akan merubah makanan pada tenga
  2. Bantu kekalkan sistem perkumuhan dan saraf
  3. Untuk mengurangkan kolestrol, harus diambil pada dos yang tinggi. Tapi kene la jumpa doktor dulu ye 
Kurangnya akan jadikan:
  1. Ulser pada mulut.
  2. Kulit pecah pecah
Kalau Overdose pula boleh jadi masalah hati, asid urik yang tinggi dan masalah jantung

Sumbernya: Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah dan bijirin

Vitamin B5 atau Asid Pantotenik

Kegunaannya:

Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk keluarkan hormon adrenal dan bahan kimia untuk menjaga sistem saraf.

Kurangnya akan jadikan:
  1. Ulser
  2. Gangguan saraf
  3. Mendatangkan stress
 Piridoksin (Vitamin B6)

Kegunaanya:
  1. Untuk metabolisme karbohidrat
  2. Untuk metabolismekan protien
  3. Untuk membina sel darah merah
  4. Meningkatkan fungsi saraf dan otak
Kurangnya akan jadikan:
  1. Anemia,
  2. Gatal gatal
  3. Kulit Bersisik
  4. Sawan
Kalau overdose boleh jadi saraf yang rosak

Sumbernya: Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Vitamin B12 (Sianokobalamin)

Kegunaanya: 
  1. Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah
Kurangnya akan jadikan:
  1. Kurang darah
  2. Kerosakkan saraf
Sumbernya: Hasil haiwan

Ha, itulah segala jenis dan manfaat Vitamin B pada badan. Mungkin ini, boleh dijadikan panduan tentang kepentingan Vitamin B pada badan.

Shaklee memang ada satu Vitamin BComplex yang tinggi dengan Asid folic dan yang penting ianya vitamin semulajadi!!





Bye!

far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!


MERBAHAYA KE HB RENDAH UNTUK IBU HAMIL?


Assalamualaikum..

Mesti selalu dengar pasal masalah HB ibu rendah  masa preganant kan? HB ibu memang paling dijaga semasa pregnant. Tahu kenapa? Saya ada terbaca satu artikel yang menyebut tentang kemudaratan yang bakal di alami pada ibu yang kurang zat besi

Dalam artikel ni ada sentuh pasal kelemahan ibu yang memandang simptom seperti penat, gangguan emosi dan lemah badan adalah perkara biasa. Tanpa mereka sedari itu adalah simptom kurangnya zat besi dan juga boleh membawa kepada masalah anemia. Kalau nak tahu panjang lagi, boleh baca artikel ni ye. Mudarat kurang Zat Besi.

"Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. "

"Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.
 "

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.
 "

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu."

So mami mami kat luar sana, jom kita jaga HB semasa pregnant ye. Kalau ingin maintainkan HB sihat semasa mengandung, Shaklee ada satu produk namanya Vita-Lea

Vita-Lea Shaklee

Vita-Lea Shaklee ni multivitamin dalam Shaklee. Ada 30 nutrisi harian yang lengkap yang diekstrakkan daripada sayuran dan buah buahan. Ada 12 vitamin penting dan 7 mineral seperti yang telah ditetapkan oleh RDA. Pernah menang award THE BEST MULTIVITAMIN  dalam Public Interest tahun 2000.

Vita-Lea Shaklee

Kepentingannya Vita-Lea

  1. Penambahan tenaga segera:  Memberi tenaga, kecerdasan, dan kekuatan mental
  2. Pelengkap nutrisi: Melengkapkan segala nutrisi pada badan terutama orang yang mengamalkan vegeterian, mengamalkan diet atkins, pengidap anemia,
  3. Keupayaan sistem produktif: Sesuai untuk remaja yang sedang membesar
  4. Stimulasi Metabolisma
  5. Eleman penting pada sel tubuh
  6. Lindungi Organ: Jaga kesihatan buah pinggang, jantung dan hati

Pengalaman saya 

Saya ada seorang customer yang datang berjumpa dengan saya bercerita pasal HB nya yang sering rendah. Asik kene marah ngan nurse masa check up. Saya suruh dia amalkan Vita-Lea. After, dia consume, dia call saya cerita, HB nya dah cantik. Alhamdulillah.. Sebelum ni, dia memang ada amalkan Vita-Lea, tetapi HB nya masih sama. Tetapi, after konsultasi dengan saya, dan dia sudah dapat teknik makan yang betul, Barula, nampak kesan!!

Saya of course la sangat heppy!

Mahukan konsultasi terbaik dari saya?

pssstt..cara makan yang betul penting untuk dapatkan kesan yang meletops!!!

Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!