Vivix Untuk Pesakit Stroke

Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.


Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.






1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.


4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..


Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.


Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.


Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.


Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.


Trusted Shaklee Distributor:
COD Area: Port Dickson, Lukut, Pasir Panjang
Far 
0125716112

Tudung Cantik Dan Murah di Benang Hijau.


Kalau semua nak tahu, saya baru je berjinak-jinak dengan koleksi tudung Benang Hijau. Memang sangat best dan yang penting MUDAH dan MURAH. Mula nya cerita, masa raya baru ni , tengok adik saya pakai, apa lagi try la kan.Memang sangat mudah dan tudungnya pun besar. Aksesori yang ada ditepi kepala pun, buat si pemakai nampak cantik!

Tudung Benang Hijau

Sebenarnya, banyak sangat jenis tudung keluaran Benang Hijau, tapi the most i like adalah Lily Glamorous.Ada juga Maira, Nadeera, Laura dan memacam lagi. Tudung Benang Hijau, jenis 2 muka. Maksudnya kita perlu sarungkannya sebanyak 2 kali.  So sangat mudah kan? Yang paling saya suka, adalah aksesori ditepi tudung yang memang lain dari yang lain. Material nya juga dari jenis crepe yang agak berat dan mudah digayakan. So, sangat mudah nak gayakan shawl sekarang!

Lily Glamorous

Lily

Ada jugak jenis yang printed dan ada jugak jenis tudang bawal dan shawl biasa yang ada kat pasaran. Yang pasti, harganya sangat memuaskan hati. Kalau u all jadi member, dapat 10% diskaun untuk setiap tudung. Baru ni, masa saya register member, saya dapat lagi 20% untuk beli jubah. Apa lagi saya terus grab Jubah Hana.  Jubah Benang Hijau pun mesra untuk pengguna yang berbadan "Chomel". Kenapa? sebab saya pun hanya pakai saiz XS. Padahal, kebanyakkan jubah dipasaran saya  pakai saiz  M atau L okey! Jubah nya pun, memenuhi muslimah attire. So, tak perlu risau ye.

Jom saya belanja gambar ye. Ada satu gambar tu, masa saya jumpa dengan mentor bisnes saya. Dan banyak jugak gambar, saya pakai tudung ni, masa saya pegi Motivation Rally

Saya paling kiri: Saya pakai Lily Galmorous 

Gambar yang ni pula masa saya ke kenduri:

My beloved princess

So, sesiapa nak cuba, boleh la pegi ke semua cawangan tudung Benang Hijau. Banyak cawangan nya.
Bangi, Shah Alam, Setiawangsa, Terengganu, Kota Bharu, Johor Bharu. Nak lagi senang, online aje

Disini: http://www.benanghijau.com.


Ok bye!

Saya Distributor Shaklee:

Far 0125716112

Bila Hati Dah Cinta...


Weekend lepas, jadual saya penuh sangat. Penuh tak dela pegi shopping, tapi dating bersama orang orang hebat. Seronok kot, happy semacam je saya rasa. Sebab, bila kita duduk dengan orang-orang positif, badan kita ni, automatik rasa fresh n tak sempat nak fikir bukan bukan. 

Hari Jumaat Malam

Saya drive dari Port Dickson menuju ke Shah Alam, untuk hadirkan diri dalam satu majlis ilmu bersama mentor-mentor bisnes saya. Masa tu, memang saya tak sihat sikit, tapi bila ingatkan pengisian yang hebat, memang rasa semangat tu lain macam sikit. Yang bestnya, macam biasa la, saya dengan seronoknya boleh bawak qistina sekali. Tempat tu pun ada playground. Takde la bosan si qistina. Okey saya belanja gambar eh.

Family bisnes saya :)
Great performance

Sabtu nya..

Plan ada appoinment dengan great mentor Master Shareeza a.k.a Kak Cery, tapi ditunda ke esok hari. So, hari tu saya tukar plan bawak qistina jejelan kat Taman Botani Putrajaya! Bawak dia naik bot, memang itu feberet qistina. Memang memanjang la, dia ucap terima kasih kat mami, sebab bawak dia naik bot. Mami belanja gambar. Masa ni kiteorang pergi sekali ngan family my sister.




Ahad nya..

Hari ni, jadual bermula seawal pagi. Sebab appoinment dengan kak cery 10.30am. Alhamdulillah sampai ke Faizworld Training Center di Bangi, tepat pada masanya. Berdebar-debar sebenarnya bila nak jumpa kak cery. Al maklum lah, she is the great mentor. Dalam Shaklee, siapa tak kenal dia. Jutawan muslimah yang asalnya adalah Jurutera Petronas, tapi berhenti kerja jual Shaklee. Tapi pendakian beliau nak sejauh ni, bukan setakat goyang kaki tau. Sebab tu la, kene dekatkan diri dengan orang berjaya, supaya boleh jadikan penanda aras untuk kita sendiri lagi maju!

Apapun,saya suka cara pendekatan yang beliau tekankan pada kiteorang. Simple, dan cool. Tapi sangat berilmu. Semua nasihat dan tunjuk ajar dia, saya memang akan simpan elok elok. Berbisnes adalah untuk Allah. Bukan semata nak duit. "Do what u love, money will follow"

jiha, Kak cery, juliya n me
me n kak cery (nak jugak letak walaupun gegar, mahal oo gambar ni)


Yey, dapat hadiah ni dari Kak Cery :) 


Habis je sessi kak cery di Bangi, terus drive ke Holiday Villa, Subang. Ada pula Motivation Rally. Untuk apa motivation rally ni? Shaklee buat khas untuk meraikan mereka yang berjaya berbisnes dengan jayanya. Ada pula, perkongsian ilmu bersama Master-master Shaklee yang hebat! Saya suka, sessi ilmu begitu. Bukan setakat untuk bisnes, tapi untuk kita kuatkan semangat dalam apa jua hal pun. Saya pernah kata, Shaklee bukan setakat supplement, ianya adalah ukhwah dan ilmu.

Dari kiri: Master to be jiha, saya, Master Lyna , Master Hadha, Ana,Master to be Ainul


Sharing masa tu..

Kisah Aunty Rohana

Dalam sessi ni juga, saya dengar satu kisah benar, perkongsian seorang aunty yang bernama Rohana. Usianya 61 tahun tau! Dah pencen dah pun. Dia baru 7 bulan jual Shaklee, tapi dah di rank yang tinggi dalam Shaklee. Asalnya, suami nya ada Kanser Hati dan dia mencuba merawati dengan amalkan Shaklee. Dan sekarang husband dia bebas Kanser setelah buang separuh hatinya dan konsisten makan Shaklee! Dari situ, dia start nak jual dan kongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang! Hebat kan? Aunty ni dah 61 tahun kot. Semangat nya hebat!Tak pernah ada title terlambat dalam KUASA Allah. Allah marah kalau kita menafikan Kuasa Nya. Rezeki Allah tak kira masa. DIA maha MEMBERI.

with Aunty Rohana

Kisah Master Dr Che Lah

Dr Che Lah bersama Shaklee dah 16 tahun! Tiada erti putus asa. Dia berkongsi Shaklee untuk semua orang tanpa jemu. Sekarang dah berjaya, dan dah dapat sponsor satu Maahad Tahfiz. best kan??

Kisah Master Lyna Noh

Master Lyna Noh, adalah asalnya Jurutera di Petronas. Buat Shaklee dan sekarang pun dah berhenti kerja. Katanya yang penting fokus dan kualiti. Apa saja yang kita buat, janji ada matlamat dan fokus!!



So, nak join saya bersama family Shaklee saya yang sangat best??

Jooommm!

Far 
0125716112

Anak Kerap Demam, Atasinya Dengan Bijak


Sesiapa yang jadi ibu, mesti sudah terbiasa dengan masalah anak demam. Anak demam itu perkara biasa. Tapi kalau, anak kerap kali demam itu memang agak luar biasa!

Anak demam, Mak pening

Saya nak cerita kisah yang berlaku kat saya. Sejak awal tahun ni, Qistina memang kerap sikit demam. Selang beberapa bulan, mesti demam. Saya memang agak susah hati, sebab situasi macam ni, dah lama tak berlaku. Sejak dia berusia 2-3 tahun, memang susah sangat tengok dia demam. Fenomena ke klinik tu, memang dah lama saya tak tempuh. Saya memang hantar qistina ke taska.Nak kata sebab taska,  since baby pun, memang dia dah kat taska. Tapi, masuk je 4 tahun, saya hantar ke tadika. Dan sebenarnya sejak tu lah dia kerap demam. 

Saya terfikir juga, mungkin dia demam sebab penat dengan rutin harian yang totally berubah sejak sekolah. Tapi after beberapa bulan still sama. Kalau selsema tu, payah sangat nak baik. 

Solusinya?

Pikir punya pikir.. Memang saya realize yang saya dah lama tak bagi dia apa apa supplement. Vitamin C ke, Mealshake or apa apa je perisai badan. Masa umur dia 2-3 tahun tu, saya memang bagi dia Mealshake sebab dia ada masalah sembelit yang teruk. Memang bleeding la setiap kali membuang.. So, lepas amalkan Mealshake tu, alhamdulillah memang dia dah bebas dari masalah sembelit. Demam pun tak de. Saya stop kan dia mealshake, masa dia nak cecah 4tahun. Masa tu, dia dah start meragam cakap tak nak minum. Banyak la alasan dia.. So, saya stop..

Keadaan tu berlarutan, dan dia langsung saya tak bagi apa apa supplement. Hingga lah satu masa tu, dia demam teruk. Dia sendiri yang offer, "lepas sihat nanti nina nak minum ubat Shaklee lah mami, mesti nina lepas ni akan lebih sihat" 

Huhu, dia memang panggil shaklee tu "ubat shaklee". So, start dari situ saya mulakan kembali amalkan Mealshake. Alhamdulillah, start balik raya baru ni, kesihatan dia masih terkawal. Walaupun ramai kawan-kawan tak sihat, dia masih ok. Memang rasa syukur sangat. Sebab mak mana tak risau kalau anak asik demam kan??



Selera Makan Bertambah

Ini pun satu hal juga, sejak saya amalkan kembali Mealshake, selera makan si princess saya ni juga amatlah membanggakan. Lapar je memanjang! 

Memang syukur sangat. Sekurang-kurangnya, kesihatan dia makin baik dan makan pun banyak. Sembelit dah tak de.Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan.


Penting Untuk Ibu

So, untuk ibu yang rungsing anak tak makan, anak asik demam, boleh la cuba ikhtiarkan dengan Mealshake. Memang dah ramai ibu-ibu berjaya sihatkan badan anak mereka dengan Mealshake. Anak tu, harta kita. Kalau anak sihat, hati kita pun girang gembira!


Jom, Mealshake!

Trusted Shaklee Distributor
Far 
0125716112
fb pages: Supplement Farqistina
Instagram: Farqistina

Atasi Masalah Gula Tinggi Jangan Sampai Terkena Diabetes

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak citer pasal mak saya yang jatuh cinta sangat dengan VIVIX Shaklee! Asalnya, saya bagi mak saya cuba Omega Guard. Memang dia suka sangat dengan Omega ni. Sebab badan dia jadi ringan dan mudah sangat nak membuang. Lenguh kaki dia pun dah mula hilang. Saya nak bagi cuba Ostematrix katanya besar sangat.Banyak pulak tu nak kene telan. So, dia konsisten la makan Omega Guard. 

Mula makan Vivix

Asalnya, saya dah lama pelawa dia cuba VIVIX. Saya kata mudah untuk dia, cuma perlu amik sesudu je setiap pagi. Dia cakap, takpe lah dulu. Nanti- nanti lah.. Hinggalah satu masa tu, dia bagitau saya, kawan dia ada makan VIVIX. Nak cuba jugaklah! Hehe, kelakar pulak saya cakap. Selama ni, saya bagitahu takde pulak mak saya tergoda kan! Pengaruh sahabat kuat betul my mummy nih!

Bermula dari situ lah, saya hadiahkan dia VIVIX. Kebetulan promo. Dia kata, badan dia ok. Perut dia jarang masuk angin.  Pendek kata SUKA la! Lepas habis sebotol, dia nak beli lagi. Saya tak jual pun! Bagi free je. Cuma saya cakap, doakan saya murah rezeki!! 

Sekarang di botol ke 2, kesihatan dia nampaknya stabil. 



Peristiwa Bulan Ramadhan

Bulan puasa baru ni, mak saya alhamdulillah dapat menunaikan umrah. Sebelum ke sana, dia memang nak jumpa doktor, pastikan badan dia sihat. Dia risau, tekanan darah n gula dia tinggi. Sebab pernah jadi darahnya mendadak naik. Dia risau, sebab tau je la, mak saya ni kuat sangat makan nasi. Kerap lapar katanya. Makan kuih memang super duper manis!!  Dia ada bagitau kiteorang, ikut pattern dia makan ni, confirm gula boleh naik...

Hasilnya??

Alhamdulillah, tekanan darahnya perfect! Gula pun perfect!

Segalanya terkawal!

Happy la dia.. Sejak itu gigih la dia konsisten amalkan VIVIX. Cuma masa nak ke umrah tu, dia tak nak bawa VIVIX. Dia risau, nanti susah nak simpan. So, saya bekalkan Omega sahaja. Memang itu je lah supplement yang dia bawak.

Vivix sesuai untuk semua peringkat umur

Memang VIVIX sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Cuma cara pengambilan nya saja berbeza. Sesuai untuk golongan warga emas yang kurang minum air dan senang untuk di makan. Apa tunggu lagi, moh la kita hadiahkan kat ibu atau ayah memasing. 



Trusted Shaklee Distributor:
Far 
0125716112


Air Isotonik TANPA GAS Mampu Memberi Kesegaran Semasa Puasa

Minuman isotonik memang sering menjadi pilihan pada mereka yang kerap bersukan Ini adalah kerana, minuman isotonik dipercayai dapat mengekalkan bendalir dalam badan setelah penat bersukan. Tak kurang dengan itu, minuman isotonik juga dikatakan sangat sinonim dengan demam denggi. Apakah kandungan air isotonik yang boleh memberi kebaikan pada atlet dan pesakit denggi?




 Air Isotonik

Air isotonik adalah air yang mempunyai gabungan air, gula dan elektrolit. Ianya sangat sesuai untuk sistem hidrasi manusia. Elektrolit adalah sejenis komponen yang mampu menjana tenaga dalam badan manusia. Lebih mudah lagi, elektrolit adalah hasil gabungan daripada sodium, pottasium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan juga air. Bila badan manusia mengeluarkan peluh yang sangat banyak, ataupun air yang sangat banyak, ini akan menyebabkan dehidrasi ataupun kekurangan air. Keadaan ni, sekiranya berlarutan boleh jadi pitam dan sangat lesu. Macam orang cirit-birit dan muntah-muntah. Dalam keadaan macam ni, minum air putih yang banyak sangat digalakkan. Maka air isotonik sangat sesuai kerana ia berperanan untuk mengekalkan bendalir dalam badan, walaupun tidak mampu meminum air yang banyak. Macam doktor bagi air perisa oren kalau kita cirit birit tu. Sama la tu konsep nya!




Air Isotonik Tanpa Gas

Ada ke air isotonik tanpa gas? Biasanya kita dikenal kan dengan air isotonik yang bergas kan. So, hari ni, saya nak cerita pasal air isotonik yang TIADA GAS! Ianya dikenali sebagai Performance Drink Shaklee. Performance Drink telah digunakan pertama kali pada tahun 1980 ketika membantu projek penerbangan Daedalus. Penerbangan yang berkuasa manusia  yang terjauh iaitu 72 batu.




Selain dari itu, Performance Drink banyak digunakan sebagai minuman oleh para altet di America Syarikat, angkawasan NASA dan ramai pengembara termasuk pendaki Everest! Performance Drink ini telah melalui ujian klinikal  dan berjaya membuktikan rumusan nya mampu meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda berbanding produk lain dipasaran! Performance Drink juga mempunyai 67% sumber tenaga dan memberikan 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Ini perkongsian mangsa gempa bumi di Nepal semasa pendakian ke Everest. Mereka adalah team UTM yang ingin mendaki ke sana. Alhamdulillah semua mereka terselamat. Mereka juga ada membekalkan Performance Drink semasa pendakian kesana.


Performance Drink Shaklee

Antara kebaikan Performance Drink, ianya adalah:
  • Tiada bikarbonat( tak bergas)
  • Kurang gula
  • Mempunyai kandungan elektrolit yang lebih tinggi berbanding produk lain. Lagi lama KURANG DAHAGA
  • Senang diserap kerana kadar kepekatannya sama dengan darah manusia.
  • Campuran OPTI-LTYE mampu memberi tenaga segera.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau sebarang pengawet tambahan


Siapa Lagi Yang Sesuai Minum Performance Drink

Selain daripada altet dan pesakit denggi, performance drink juga sesuai untuk:
  • Ibu menyusu
  • Puasa (Semasa bersahur dan berbuka)
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Pesakit Gout
  • Mereka yang kurang minum air
  • Sakit kepala dan migrain
  • Demam
  • Sesuai untuk kanak-kanak
Yang penting, Performance Drink dapat menggantikan minuman isotonik yang bergas seperti yang ada dipasaran.


Pengalaman Saya.

Saya pertama kali mencuba Performance Drink semasa menyusukan Qistina. Risau sangat rasa haus yang melampau akan menggangu aktiviti harian saya, saya mencuba Performance drink sebagai minuman semasa sahur dan berbuka. Pendek cerita, tak minum air lain pun takpe, janji saya dapat minum segelas performance drink masa tu. Memang perubahan sangat ketara, sebab saya mampu mengajar dalam jadual yang sangat-sangat padat dan kekal segar untuk lakukan sessi pum susu.  Tapi untuk menyusu saya ada amalkan ESP. Boleh baca pengalaman saya disini ye: Pengalaman Menyusu Semasa Puasa .Saya memang sangat bersyukur, dan terus berkongsi kebaikan itu dengan semua ahli keluarga saya. Alhamdulillah, semua mengalami pengalaman yang sama, iaitu bertambah segar dan tak lesu! 



So, takperlu tunggu lagi, jom dapatkan Performance Drink untuk kesegaran harian anda dan pastikan puasa anda akan lebih ceria!!


Far 
0125716112
Fbpages: Supplement Farqistina
Instagram: Farqistina


Cara Minum Air Secukupnya Semasa Bulan Puasa

Semua oarang faham, tentang kepentingan air dalam badan. Air memang perkara asas dalam mendapatkan badan yang sihat dan cergas. Apatah lagi kalau nak kurus. Air adalah komponen utama yang akan membantu anda untuk kurus! Tapi, kebanyakkan kita ada masalah untuk mengamalkan air sepanjang bulan puasa kan? Memandangkan beberapa hari lagi bulan puasa akan menjelma, so saya nak kongsikan cara meminum air yang betul sepanjang bulan puasa ni.  




Cara Minum Air Bulan Puasa

Kalau nak tahu, setiap 25kg badan kita perlukan 1 liter air. Maka, kalau berat anda 50 kg, harus minum 2 liter air. Namun, mengikut blog Dr Zubaidi digalakkan juga kita mengambil 2.5 liter air untuk pengambilan makanan 2500 kalori sehari. Bagaimana kita mahu cukupkan 2.5 liter, iaitu lebih kurang 8 gelas sehari semasa puasa? Mudah sahaja.




1. Ambil 1 gelas semasa awal berbuka. 
2. Ambil lagi 1 gelas selepas berbuka puasa. 
3. Selepas bersembahyang maghrib ambil lagi  1 gelas air.
4. Semasa terawih boleh amik 1 gelas  air.(boleh bawa botol air ke masjid)
5. Lepas solat terawih, ambil lagi  1 gelas air.
6. Sebelum tidur amalkan 1 gelas air
7. Bangun sahur, sebelum memakan apa apa makanan, mulakan dengan 1 gelas air
8. Selepas makan ambil lagi 1 gelas air.






Mudah bukan? Saya rasa, kalau amalkan nya mudah sangat untuk kita amalkan air sebanyak 8 gelas sehari. Boleh minum lebih dari ini. Contohnya macam saya, semasa terawih, saya akan bekal kan 500ml air. Biasanya saya berjaya habiskan. Untuk moreh, saya akan amalkan minum protien yang simple seperti ESP Shaklee.  Itu lebih baik, dari saya makan benda-benda yang tinggi kalori. Nak kurus la katakan :)

Masa nyusukan Qistina pun, saya risau tak cukup air dan akan lemau. Saya memang nak sangat elakkan penat dan nak pastikan susu tak drop. Masa ni, saya pertama kali cuba Performance Drink Shaklee. Memang sangat berbaloi, sebab saya tak lesu dan rasa lebih segar. Tipu kalau saya kata, saya tak haus langsung kan. Tapi rasa lesu dan haus itu tidaklah seteruk sepertimana sebelum saya amalkan minum Performance Drink tu. 

Biasanya saya akan amalkan semasa berbuka dan juga bersahur. Alhamdulillah, masa berterawih pun, badan lagi segar dan tak mengantuk. Dah la, teraawih setahun sekali, ralat la rasa, kalau asyik mengantuk kan.

Petua Minum Air Cara Kevin Zahri.

Saya nak share, pesan Kevin Zahri, tentang pengambilan air semasa sahur.




Selamat Bersahur semua. Pastikan Ramdhan ini terbaik buat kita. Aminn.


Far 
0125716112
Fb pages: Supplement Farqistina

5 Makanan Yang Boleh Kuruskan Badan Dengan Cepat!

Bercerita berkaitan kurus, saya yakin ramai yang sangat teruja. Ramai yang mahu kurus, tapi belum ramai yang tahu makanan yang boleh bantu anda untuk kurus! Mesti best kan, kalau kita boleh fokus untuk kuruskan badan dengan mengamalkan makanan yang boleh bantu kita kurus? Jom, saya kongsikan makanan yang boleh mudahkan anda untuk kuruskan badan!



Makanan Pembakar Lemak

Kata Tara Gidus, seorang ahli gizi makanan, makanan yang dapat membantu membakar lemak dan kalori dengan lebih banyak dinamakan "termogenik". Antara makanan termogenik adalah.

 a. Bijirin.

Sememangnya bijirin mempunyai serat yang sangat tinggi.Dengan itu badan anda boleh membakar 2 kali ganda lebih berbanding makanan yang diproses. Mulai sekarang boleh la, amalkan semangkuk oat ataupun bijirin sebagai sarapan berbanding sebungkus nasi lemak dan roti canai! Memang payah nak tolak makanan glamour dikalangan rakyat malaysia tu, namun jika anda ingin kurus dan langsing, kena la berkorban!




b. Daging yang tiada lemak

Macamana ye, daging tiada lemak?? Contohnya ayam dibahagian dada! Bila pilih ayam, pastikan anda memilih bahagian dada ye. Kalori nya akan mudah dibakar berbanding daging yang banyak lemak!




c. Teh hijau

Yang ni, memang sangat biasa kita amalkan. Teh hijau sememangnya akan memudahkan anda membakar lemak kerana terdapat bahan EGCG di dalam teh dimana ianya boleh meningkatkan kadar metabolisme badan! Lepas ni, boleh buat teh hijau satu bekas besar, dan bawak ke ofis ye. Saya suka minum Cinch Energy Tea Mix. Sebab ianya memang ada ekstrak pelbagai teh. Lepas minum teh ni, mata memang terbuntang dan badan akan cergas! Sangat sesuai untuk memandu jarak jauh, dan boleh gantikan kopi!

d. Lada

Yang ni pun bagus! Kita digalakkan untuk makan makanan yang lebih pedas supaya memudahkan kalori dibakar! Tapi jangan lah makan dengan kauntiti yang sangat melampau! Nanti kan sakit perut pulak.hehe.




e. Minyak Ikan

Yup, minyak ikan dikenalpasti dapat membakar lemak dan juga sesuai untuk mengawal kolestrol dan juga kesihatan jantung! Minyak ikan juga boleh betulkan tisu otot yang cedera akibat bersenam!


Jom Kurus!

Best kan ada makanan yang boleh tingkatkan metabolisme badan! Sekarang boleh la kita berdiet dengan mengambil makanan yang boleh bantu kita kuruskan badan yang chomel-chomel ni :) Yang penting, pelihara kesihatan badan menyeluruh, pastikan badan benar-benar sihat, supaya mudahlah anda berdiet. Penting badan ada cukup nutrisi, barulah badan dapat berkerja dengan baik. Rajin-rajin makan multivitamin ye!




Okeh, bye!

Far 
0125716112

Migrain Yang Teruk Boleh Membawa Serangan Jantung!


Arghhh, migrain lagi! Adui, mesti bila migrain datang itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut kan! Migrain memang masalah biasa dikalangan masyarakat kita sekarang. Betul ke ianya masalah biasa? Kalau nak tahu, migrain yang kritikal boleh menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan juga strok tau!! 



Apakah Migrain?

Migrain adalah perkataan yang berasal dari istilah Yunani iaitu Hemicrania. Hemi itu separuh dan crania itu dari perkataan cranium yang maksudnya tengkorak. So maksud nya separuh tengkorak. Sakit separuh tengkorak. Atau lebih mudah, kita tahu bahawa migrain adalah sakit di separuh bahagian kepala. Macam-macam punca boleh sebabkan migrain ni menjelma. Kadangkala tidak cukup tidur, stress, sakit semasa haid dan juga tabiat merokok!  Kebiasaanya sakit kepala disebelah kepala atau lagi dahsyat ianya boleh membawa kepada mual dan muntah-muntah yang teruk!

Punca Migrain


Bagaimana Mahu Meredakan Masalah Migrain

Kebanyakkan kita akan menelan ubat tahan sakit setiap kali di landa migrain kan? Kalau nak tahu, kita boleh kurangkan masalah migrain dengan mengamalkan beberapa pemakanan. So, selepas ini  anda tak perlu lah di belenggu masalah migrain lagi. Migrain biasanya melanda badan mereka yang kurang magnesium ! Apabila badan kekurangan magnesium, migrain akan mudah menjelma. Oleh itu, antara makanan yang boleh mengurangkan masalah migrain adalah:
  1. Brokoli: Brokoli adalah sayuran hijau yang sangat tinggi khasiat riboflovin. Riboflovin ini diketahui boleh mengimbangi badan yang mengalami masalah kekurangan magnesium.

  • Yogurt: Yogurt adalah susu masam yang kaya dengan Vitamin B. Vitamin B adalah vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya juga dikenalpasti ada banyak kandungan riboflavin yang boleh kurangkan sakit dan beri tenaga pada badan

  • Bayam: Bayam pun banyak khasiatnya. Biasanya, kalau orang period akan kehilangan magnesium yang banyak. Biasanya, kita digalakkan makan bayam. Begitu juga orang yang kurang darah dan mengandung. Bayam, sangat digalakkan. Bayam sangat tinggi magnesium dan kaya juga dengan mineral.

  • Susu Rendah Lemak: Semasa mengandung kita digalakkan minum susu kan. Kalau tak cukup dengan itu, Doktor akan tambah pula dengan pil kalsium. Ini kerana, susu sememangnya tinggi kandungan kalsium dimana ianya boleh mengatasi masalah ketegangan salur darah yang berkomunikasi dengan saraf .


  • Telur: Makan banyak telur memnag boleh bawa penyakit. Tapi kena tahu juga, telur boleh memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari tanpa ada sakit kepala. Telur juga dipercayai boleh kawal glokosa dalam darah.


Senaman Boleh Elak Migrain

Antara cara lain yang boleh mengawal migrain adalah melakukan senaman. Tak perlu terlalu lama, dalam 30 minit pun sehari pun dah ok sangat. Kenalpasti punca migrain anda. Ini penting supaya anda tahu, apa punca migrain itu dan boleh mengagak makanan atau keadaan yang boleh sumbangkan punca sakit kepala anda. Sebaiknya, jangan terlalu terdedah dengan cuaca yang terlampau panas dan kemudian berada dalam keadaan yang terlampau sejuk. Ini bakal, merangsang migrain anda!


Jaga diet harian anda! Ini memang sangat penting bagi memastikan badan sentiasa dalam keadaan sihat. Sebaiknya elakkan makanan yang boleh membuatkan anda sakit kepala. Jangan skip breakfast dan elakkan makan dalam kadar yang terlalu banyak dalam satu masa!

Cara lain boleh rawat migrain?

Anda boleh cuba amalkan makanan tambahan yang ada kalsium, magnesium dan vitamin b. Contonya, Ostematrix yang mengandungi tinggi khasiat kalsium dan magnesium. Begitu juga Vitamin BComplex. Ini boleh membantu fungsi badan bekerja dengan lebih baik dan juga membantu badan menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat. 

                                        


Semoga kita bebas dari masalah migrain. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan berkaitan Shaklee, boleh contact saya ye:

Far 0125716112
Shaklee Distributor

Kenali Ofis Yang Menggunakan Bahan Kitar Semula

Assalamualaikum..

Peeps!! Hari ni, saya nak sambung sikit lagi pasal sejarah Dr Shaklee. Tapi hari ni pasal perkembangan syarikat yang beliau dan anaknya usahakan. Bayangkan syarikat yang telah dibina pada tahun 1956 bertahan sehingga kini! Apa rahsia produk Shaklee boleh bertahan begitu lama??


Shaklee Corporation

Seperti yang saya kata tadi, Shaklee Corporation telah ditubuhkan pada 1 April 1956. Malahan produk pertama Dr Shaklee adalah pada tahun 1915. Maka, semasa saya menulis entry ini, produk pertama Dr Shaklee telah mencecah 100tahun!! Produk itu sekarang masih berada dipasaran dan masih mendapat sambutan hebat dikalangan pengguna.

Multivitamin pertama dunia: 1915
Shaklee Vitalea:2015


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Itu lah sebenarnya RAHSIA PRODUK SHAKLEE. Itu adalah tag line Shaklee dari dulu sampai la saat ini. Sememangnya ketika anda memilih untuk menjadikan Shaklee sebagai suplemen anda, sebenarnya anda telah memilih untuk sentiasa mendapatkan suplemen yang selamat, suplemen yang berkesan dan suplemen yang mesra alam. Anda adalah pengguna yang sangat BIJAK!!

Shaklee Sentiasa Selamat

Untuk memastikan produknya sentiasa selamat, Shaklee telah membuat lebih daripada 80,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun. Shaklee juga mendapat pengesahan dari pihak ketiga dalam memastikan ketulenan produknya. Mereka telah membuat usahasama bersama beberapa universiti seperti Yale University dan Harvard University untuk mengesahkan bahawa semua produk Shaklee mampu memberi impak positif pada tubuh manusia. Shaklee juga telah membuat 

  • 350 ujian pencemaran pada setiap ramuan mereka yang baru. 
  • 193 ujian racun perosak
  • 73 ujian racun tumbuhan
  • 56 ujian racun kulat
  • 57 ujian pelarut kimia 
  • Ujian terhadap logam berat seperti plumbum, cadmium, arsenic dan mercury. Sememangnya
Shaklee menjaminkan 100% kepuasan terhadap penggunanya.

Shaklee Sentiasa Berkesan

Untuk memastikan ianya sentiasa berkesan, Shaklee telah melaburkan 300juta USD untuk tujuan kajian penyelidikan dan juga pembangunan. Ratusan jurnal telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal nutrisi dan dalam bidang perubatan. Antaranya adalah:

  • The American Journal of Cardiology
  • The Journal of Applied Physiology
  • The Journal of Nutrition
  • The Journal of the American Dietetic Association.  

Shaklee juga mempunyai 2 makmal kajian yang terletak di California. Mereka juga telah bekerjasama bersama Stanford University dan mempunyai lebih daripada 60 saintis. Shaklee sememangnya mempunyai kilang mereka tersendiri, dan produknya adalah keluaran dari kilang mereka. Produk mereka BUKAN diambil dari pembekal dan hanya di letakkan nama mereka. 55 produk Shaklee berjaya dipatenkan dan terdapat lagi produk yang masih dalam proses paten.

Dalam ulangtahun mereka yang 50, kajian mereka telah menunjukkan pengguna makanan tambahan shaklee ternayata mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada yang mengambil multivitamin sahaja ataupun tiada makanan tambahan langsung.

Shaklee Sentiasa Mesra Alam.

Shaklee memang sangat mementingkan kualiti dan ternyata produk shaklee adalah:
  1. BEBAS perasa tiruan
  2. BEBAS pemanis tiruan
  3. BEBAS pewarna atau lemak trans
  4. BEBAS bendasing tersembunyi
  5. BEBAS ujian terhadap haiwan
  6. BEBAS bahan-bahan yang diharamkan
  7. BEBAS peluntur klorin


Shaklee Semakin Maju

Shaklee kini diterajui oleh Roger Barnett sejak tahun 2004.  Roger Barnett membuat keputusan untuk membeli Shaklee, setelah mendapati produk Shaklee memberi kesan baik pada anak beliau yang alah kepada bahan pencuci dirumah mereka. Banyak perubahan positif  telah dilakukan oleh Roger Barnett sehingga sekarang Shaklee semakin pesat membangun. 


Pusat pentadbiran Shaklee kini berada di Pleasanton, California. Pejabat pentadbiran ini sangat unik kerana ianya telah menjadi tanda simbolik Dr Shaklee yang sukakan alam semulajadi. Permaidani yang ada digunakan daripada bahan kitar semula, kerusi juga dibuat daripada bahan kitar semula. Mneggunakan sensor pergerakkan untuk kawal suis lampu. Ini dapat menjimatkan tenaga. Penggunaan "Low-E Glass" diseluruh bangunan. mempunyai peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih baik dan juga pdapat menjaga kualiti udara.

Terkini, mereka telah membuka Dr Forest C Shaklee Innovation Center sempena 100tahun multivitamin pertama Dr Shaklee. Kalau ingin lihat pelbagai kejayaan Shaklee, boleh dilihat di sini ye. : Shaklee 100 years


Saya Shaklee Independent Distributor:

Far 
0125716112

Pengasas Makanan Tambahan Yang Pernah Mengidap Kanser

Assalamualaikum w.b.t

Hi peeps, hari ni entry saya cuma nak kongsikan sedikit kisah berkaitan pengasas suplemen yang sangat terkenal zaman ini, iaitu Dr Forest C Shaklee. Saya memang suka sejarah! Sejak sekolah hinggalah sekarang pun. Kisah sejarah Dr Shaklee, adalah sejarah yang sangat menyentuh hati saya. Sejak beliau lahir, hinggalah ke zaman kegemilangan beliau, beliau sering mendapat cabaran dan rintangan yang sangat hebat. Isu kesihatan adalah isu yang sangat penting buat beliau. Bayangkan, sejak lahir beliau hanya dijangka hidup selama 8 tahun, dan saat beliau menikmati zaman mudanya, beliau disahkan pula mengidap kanser! Dek kerana sangat percayakan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat,mampu merubah kesihatan, beliau telah mencipta satu fenomana baru yang kekal sehingga abad ini!!


Sejarah Dr Forest C Shaklee

Dr Shaklee telah dilahirkan pada 1894. Pada kelahirannya,  beliau telah di sahkan mengidap penyakit batuk kering atau nama saintifiknya "tuberculosis". Doktor telah menjangka kan hayat beliau hanya boleh bertahan sehingga 8 tahun. Namun, ibu bapa beliau telah membuat keputusan untuk berpindah dari kawasan arang batu yang beliau diami ke kawasan pendalaman yang udaranya lebih sihat dan segar. Di situ, bermula lah kehidupan baru mereka sekeluarga. Ibu nya, mengambil langkah untuk menanam sendiri segala sayuran dan buah-buahan. Sehingga satu masa, Doktor telah mengesahkan bahawa kesihatan beliau semakin baik, dan masalah batuk kering beliau terkawal. Namun begitu, kesihatan beliau tidak lah sama seperti ramai remaja seusia dengannya.

Pada zaman itu, memang ramai yang mengagumi perkembangan kesihatan beliau, dan beliau sangat percaya bahawa, kesihatan adalah bermula dari mengamalkan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang berkhasiat dan berkualiti.

Diusia Mudanya..

Beliau sangat mempercayai bahawa manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Atas kesedaran itulah, beliau menceburkan diri di dalam bidang "chiropractic".  Sewaktu beliau mengamalkan chiropractic minat beliau terhadap bidang nutrisi semakin mendalam. Bermula dari situ, beliau membuat pelbagai kajian berkaitan biokimia dan nutrisi. Dr Shaklee juga mempunyai ijazah dalam bidang nutrisi,biokimia dan juga bidang kerohanian. 

Pada tahun 1915, Dr Shaklee telah mencipta vitamin pertama dunia yag dinamakan sebagai "Vitalized Minerals". Ianya di hasilkan dengan melalui proses pengasingan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran.  Beliau juga telah berkolabarasi bersama ahli biokimia dr Poland yang bernama Casimir Funk. Casimir Funk inilah yang telah bertanggungjawab menamakan hasil ciptaan Dr Shaklee sebagai "VITAMIN"

Terkini, produk ini dinamakan Shaklee Vita-Lea. Selepas itu, beliau telah membuka pusat rawatan alternatif . Pusat rawatan itu terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Semua pesakit telah diberikan diet yang kaya vitamin sebagai satu proses penyembuhan. 

Apabila ditanya, adakah beliau menentang perubatan. Inilah jawapan beliau:


Dr Forest C Shaklee Mengidap Kanser

Mendung kembali lagi dalam hidup beliau. Tahun 1921, beliau telah di sahkan mengidap kanser. Untuk membantu beliau hidup lebih lama, pakar mencadangkan untuk memotong tangan dan kakinya! Demi melihatkan isteri yang sedang mengandung dan seorang anak yang sedang membesar, Dr Shaklee membuat keputusan untuk TIDAK memotong tangan dan kakinya dan yakin beliau akan pulih. Beliau nekad untuk untuk menutup pusat rawatan yang beliau ada, dan fokus pada proses penyembuhan penyakit beliau.

Selepas  itu, beliau konsisten mengamalkan cara hidup sihat. Mengambil ujian darah dengan kerap dan juga berpuasa. Yakin dengan proses penyembuhan secara semulajadi yang telah diamalkan oleh ibunya sewaktu menyembuhkan masalah batuk kering beliau semasa kecil, Dr Shaklee meneruskan pengambilan sayuran dan buahan yang segar disamping pengambilan suplemen dengan kuantiti yang tinggi.


Namun demkian, pada awal usahanya, sel kanser beliau masih belum menunjukkan kesan positif. Tanpa berputus asa beliau meneruskan usahanya sehinggalah pada penghujung tahun 1922, kesihatannya semakin pulih. Bermula dari situ, Dr Shaklee bertambah yakin bahawa pengambilan nutrisi yang baik dapat melawan kanser!! Di situ, Dr Shaklee mulai yakin bahawa kebaikan nutrisi mampu membantu orang lain dalam menyembuhkan penyakit.


Dr Forest C Shaklee Bangkit Kembali.

Pada tahun 1924, Dr Shaklee bangkit kembali dengan membuka pusat rawatan. Namun begitu, beliau diuji sekali kerana pusat rawatan nya terbakar. Tanpa berputus asa, beliau masih meneruskan minat beliau terhadap nutrisi yang sihat dengan memberi ceramah dan syarahan umum. Minat beliau lebih kepada mendapatkan badan yang sihat berbanding merawat badan yang sakit.


Atas minat dan kajian yang mendalam, beliau telah mendapat aungerah Professor Of Chiropractic dan Doctor of Naturopathy. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di California Chiropractic College. Selepas bersara, beliau masih meneruskan minat beliau dengan menulis pelbagai artikel dan kebanyakkan berkaitan kuasa minda yang boleh merawat penyakit dan kuasa alam.

Tahun 1947, beliau telah menubuhkan The Shaklee Foundation dengan falsafah"Thoughtmanship". Selepas itu beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University.

Bermulanya Empayar Shaklee.



Pada tahun 1956, bertarikh 1 April, Shaklee Corporation telah berjaya ditubuhkan. Ini adalah kerana Dr Shaklee merasakan pentingnya masyarakat mengetahui kepentingan suplemen dan nutrisi yang baik dalam membina tubuh badan yang sihat. Beliau ingin mengedarkannya sendiri dari rumah ke rumah. Ini adalah kerana beliau ingin masyarakat faham dan sedar dengan kepentingan suplemen.

Dr Shaklee juga berkata kepada anak-anaknya: " Kita akan ajar beberapa orang , dan orang inilah yang akan ajar kepada orang lain"

Atas komitmen Dr Shaklee dan anak-anaknya, beliau telah berjaya memasarkan suplemen Shaklee dan sehingga sekarang konsep "direct selling" yang telah diamalkan Dr Shaklee dulu menjadi trend dalam pasaran zaman sekarang. Dr Shaklee, sangat menyayangi hasil-hasil kajian beliau, dengan itu, beliau ingin semua masyarakat faham dan mengerti sebelum menggunakannya. Kajian-kajian beliau adalah datang dari pengalaman beliau dalam merawat penyakit yang beliau alami. Alam semulajadi, buah-buahan yang segar, sayuran yang sihat adalah sangat penting dalam kehidupan harian.

Sehingga kini, Shaklee Corporation masih mengekalkan semua kualiti produk mereka. Mereka mempunyai kilang pengeluaran suplemen mereka sendiri. Mereka juga mempunyai ladang untuk hasilkan produk mereka sendiri seperti soya. Kesungguhan Dr Shaklee mengutamakan bahan semulajadi masih dititik beratkan sehingga lah sekarang. Itulah sedikit sejarah berkaitan Dr Forest C Shaklee yang mungkin boleh memberi inspirasi pada anak muda zaman sekarang. Tidak pernah mengaku kalah, walaupun telah beberapa ditimpa masalah. Tidak pernah putus harapan, walaupun pernah disahkan kanser!!


Dan kini, saya adalah salah seorang distributor yang akan berkongsi kebaikan shaklee dengan anda diluar sana!

Shaklee Independent Distributor:
Far 
0125716112