Perlu ke makan supplement??


Hi peeps!!

Masih ada sesetengah orang yang kabur dengan kepentingan supplement. Masih ramai yang tak tahu kenapa kita perlu ambil supplement. Macam saya dulu. Tapi itu dulu la.. Sekarang ni, saya dah jadikan supplement perisai kesihatan. Memang dah banyak pakar perubatan terangkan kepentingan supplement pada badan kita. Bukan kata makan supplement tak payah makan ubat. Ubat kene jugak amik kalau dah kritikal. Tapi tuk mencegah dari jatuh sakit, elok sangat amik supplement.

Bila perlu nya supplement?

  • Bila badan dan menggunakan tenaga yang sangat banyak.
  • Bila badan dah start lesu, tak bermaya dan badan mula sakit sakit
  • Bila metabolisme badan dah tak stabil
  • Bila badan terdedah dengan banyak sangat pencemaran
  • Wanita Mengandung
  • Sepatutnya di ambil awal, untuk elakkan banyak penyakit

So watch out peeps!! Kalau ada simptom kat atas, please rajinkan diri amalkan supplement. Dan jangan lupa, dapatkan supplement yang semulajadi!



Inginkan konsultasi secara free??

Jom contact saya ye :)

 Far
Shaklee Distributor Terkenal di Port Dickson :)
0125716112

Cara tingkatkan cecair serviks!


Saya ada terbaca di sebuah majalah bahawa kebanyakkan cecair pelincir yang digunakan semasa hubungan intim boleh mengakibatkan kerosakkan pada sperma!! Apa yang dicadangkan adalah kita sepatutnya menambahkan cecair semulajadi bagi memastikan sperma boleh terus hidup. Cecair semulajadi adalah dinamakan cecair serviks!

Masalah keintiman: kekurangan cecair serviks

Ape itu cecair serviks??

Cecair serviks adalah cecair yang akan mengangkut sperma kedalam serviks dan seterusnya ke rahim wanita. Tanpa cecair yang dihasilkan wanita ini sperma tak mampu hidup lebih lama ok!!

Tips tingkatkan cecair serviks:

  • Elakkan tekanan: Hiburkan hati.Elakkan sentiasa berada dalam masalah
  • Menjaga makanan: Seharusnya elakkan untuk makan ikan yang ada merkuri tinggi. Tapi,pilih la ikan yang berkualiti untuk dapatkan protien, vitamin D dan asid lemak omega 3 yang baik
  • Elakkan minuman berkafien: Secawan kopi sehari cukup untuk ganggu  50% kesuburan wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan!!
  • Pengambilan Vitamin C: Vitamin C bagus sangat untuk tingkatkan cecair serviks, seterusnya akan membantu proses kehamilan!!. Ianya juga boleh memulihkan kualiti cecair serviks wanita! Tapi AWAS!! jangan overdose plak, nti boleh jadi sebaliknya!! Dos yang perlukan adalah 1000 mg sehari sahaja!!


Boleh amalkan Vitamin C Shaklee, yang mempunyai 1000mg untuk satu tablet. Tahan 6 bulan tau. Serius berbaloi baloi.

Untuk kesuburan  lelaki sesuai amalkan  Zinc Complex dan Vitamin E


For further information, jangan segan segan call saye ye!!

Far
Shaklee Distributor Terkenal di Port Dickson :)
0125716112

Malas bersenam boleh cepat lupa??


Salam peeps!

Hari ni saya nak share sikit pasal aktiviti yang boleh tajamkan minda. Nak tahu tak??


Exercise!

Yes, exercise sebenarnya boleh tajamkan minda kita. Takperlu nak buat berjam jam, cukupla hanya 6 MINIT sahaja sudah mampu tingkatkan daya memori!! Kalau nak lagi bagus, amalkan sejam, ramai pendapat berkata, keupayaan untuk mengingat tu adalah lebih tinggi!

Malas Bersenam??

Tapi sekiranya anda tiada kelapangan untuk bersenam, boleh juga amalkan pengambilan supplement. Untuk tajamkan daya ingatan,  kita kena rajin mengamalkan  pengambilan minyak ikan  dan Vitamin B yang mencukupi.

Omega Guard :Untuk tingkatkan daya ingatan

Bcomplex :Untuk tingkatkan daya ingatan
Boleh dapatkan konsultasi percuma daripada saya untuk cara makan yang terbaik!

Far
Shaklee Distributor Terkenal di Port Dickson :)
0125716112
see u ya!!

Polkadots oh polkadots!


Hi peeps!!

It is my polkadots. My polkadots background!

Hehe.. So i nak offer, sape nak dapat free membership with  shaklee cecepat ler contact saye ye!

Saya akan assist u all.



Photo Challenge: Polkadots


Far
Shaklee Distributor Terkenal di Port Dickson :)
0125716112
see u ya!!

Ini pilihan saya!


Hi!!

What i wore today??

Dah masuk hari ke 11 photo challenge. What i wore today? Ini cerita semalam..Semalam bawak Qistina jejalan. Sebab, Qistina tiap pagi kalau hari cuti, mesti akan tanya hari ni nak pergi mana. Walaupun keluar sekejap pada dia dah best sangat. Kebetulan saya dah janji dengan kawan nak jumpa, so amik kesempatan bawak Qistina jejelan sekali. Sebab minggu depan saya ada program dengan family shaklee saya. Tak sabar pulak nak jumpe  dorang semua. Lagi best kali ini, mak saya ada.So nampaknya saya akan hangkut mak saya g kelas Shaklee bersama saya. Jumpa plak mak shaklee saya..hehe. Boleh ke bawak org luar?? Itu yang best dalam group Shaklee ni, tak kisah la nak bawak sape pun. Yang penting semangat nak g kelas tu kene ada. Anak menangis dalam kelas perkara biasa. Dari situ la adanya ukhwah. Saya hepi sangat.Sebab sekurang kurang nya, saya jumpa ramai kawan baru!!

Photo Challenge: What i wore

Sape rase nak tambah duit poket, nak enjoy dalam group shaklee saya yang sangat sporting?? Jom cecepat contact saya ye!

Far
Shaklee Distributor Terkenal di Port Dickson :)
0125716112

Bila jatuh kene ingat...


Alhamdulillah..saya nak sambung lagi cabaran photo challenge. Hari ni pasal word of wisdom!

Penting juga kita ada words yg boleh buat kita rasa semangat setiap hari. Saya suka quote ni, yang sy jumpe di google:



Be Confident

Bukan ape, kadang kita selalu tengok bintang kat langit, hingga terlupa tengok rumput yang kita pijak.. Saya yakin, setiap orang ada rezeki masing masing. Kadang, kita teruja tengok kejayaan orang dan nak jadi macam dorang. Tapi, bila dah mula gagal..kita dah down..Dah tak nak bangun. Dah jatuh dan jatuh..Sebab, asas nya tadi kita tak kuat. Kita nak jadi macam orang, tapi kita TAK NAK ikut USAHA orang yang menjadi idola kita. Tiada kejayaan tanpa USAHA. Dan kite kene yakin dengan Kuasa yang MAHA BERKUASA.

Kunci utama nya hubungan dengan Allah. Rapatkan hubungan denganNYA, mesti kita akan nampak segala jalan keluar..

Coretan saya, untuk diri saya juga sebenarnya, Sebab manusia mana yang tak pernah rase kecewa kan??

Be confident!Never Give up

Far

Kurus ke dengan corak melintang??



Stripes!! tajuk Photo Challenge saya hari ni..

Ramai kata baju berjalur melintang sesuai  untuk si kurus dan baju yang berjalur menegak sesuai untuk si gempal. Kenapa ye??

Yang saya nampak..melintang itu nampak lagi serabut tapi, yang menegak itu nampak lagi kemas. Ape pendapat u all??

Tapi saya ada satu baju yang melintang. Berani habis masa beli baju ni...



Percubaan pertama saya yang berani. Takpe..Takpe..bila nampak gemuk, lagi semangat saya nak makan set kurus kesayangan saya..ahaks!!


Bye!

Black n White


Hi peeps..

Sambung kisah photo challenge.

BLACK n WHITE!




Salam Maal Hijrah dari saya. Jom kite tingkatkan amalan dan perbaiki diri..


Far
Shaklee Distributor Terkenal di Port Dickson :)
0125716112

Dah Lunch??


Hai peeps...

Tajuk photo challenge sambung lagi. Kisah hari ni  pasal LUNCH

Okey, saya hari ni lunch di tadaaa...

Nasi Kukus Ayam Panggang (Cowboy Style)

Kedainya ala ala koboi gitu. Semua ada barang koboi dan lagu lagunya pun oldies. 




Kalau u all ke PD memang tempat ni selalu akan penuh. Dekat sangat dengan ofis saya, so hari ni my friend ajak lunch kat sini. Saya suka sebab ayam panggangnya sangat sedap disertakan lagi dengan sos nya yang pedas pedas.. Memang terangkat habis!




Ini set nye. Ni set standard. Tapi semalam saya makan ayam nye saja. Pilihan air nye ada 3 jenis je, jus tembikai, jus epal dan air mineral.

U all, kalau g jejalan PD boleh singgah yer :)

Okey, itu la lunch saya hari ni (balik terus makan Lecithin)


Far, 
shaklee distributor glamer kat Port Dickson
0125716112 ;)

Makanan tambahan untuk saya..


Assalamualaikum..

Haii..jumpe lagi kite!! Hari ni saya nak  sambung lagi citer pasal photo challenge. Hari ni kisahnya pasal "Favourite Supplement".   

Kalau u all nak tahu, saya ni bukan lah org yang senang nak percaya dengan supplement.. Ntah..mungkin agaknya saya selalu di momok kan  makan supplement nanti dapat banyak penyakit! Apalagi,  mau tak takut!! Tapi..segalanya berubah lepas saya memberanikan diri mencari supplement masa saya menyusukan qistina. Ceritanya ada saya tulis kat sini Pengalaman Dengan Shaklee

Ihsan google

Supplement Saya

Sekarang fikiran saya dah totally berubah. Saya pun dah bertukar jadi distributor supplement terkenal. Ape? Mestila Shaklee. Saya guna tanpa rasa was was. Saya berpuas hati dengan kesannya, dan saya hepi, sebab saya dah boleh amalkan kehidupan lagi yakin. Kenapa?? Yelah, lebih yakin nak makan makanan berlemak,(sebab sy memang suka makan). Yang paling penting, alhamdulillah, saya lebih yakin dengan tahap kesihatan saya. Saya dah jarang g klinik. Susah dah nak telan ubat angin, atau ubat resdung. Cukup setakat saya amik Vitamin C dan Nutriferon. Tapi, mind setting saya,

"Supplement ni makanan tambahan, bukan UBAT!!Janganla ingat nak makan supplement hari ni, esok terus nampak kesan"

Supplement Untuk Qistina

Satu perkara lagi yg saya syukur sangat, sebab Allah dah temukan saya dengan Mealshake. . Serius, qistina memang suffer lama dengan sembelit. Saya memang dah usaha memacam nak handle masalah ni, last skali guna Mealshake, alhamdulillah masalah sembelit dah takde lagi... Kisahnye, ada saya tulis kan kt  sini Qistina bebas sembelit.

Supplement Favourite Saya

Antara sebab kenapa saya setia dengan Shaklee, sebab saya dah jumpe keserasian saya. berfaedah utk saya dan anak saya. Lagi la, sy dapat duit pocket lagi.Kiki, itu lagi la paling best. Dalam banyak banyak supplement yang paling saya suka?? Mestilah Vivix, Omega Guard, Herblax dan Cinch Energy Tea Mix. 

Banyak lagi yang best dan sy gunakan. Tapi yang ni saya bagi priority sebab saya sekarang tengah nak kurus.  Nak kurus, kene amik jugak Cinch Shake n ESP tau..Tapi u all, kalau dah makan banyak hari tu, janganla amik Cinch. Sebab Cinch tu meal replacement. U all boleh fokus kat nak bakar lemak untuk hari tu tau..Itu sedikit tips dari saya.Tapi alhamdulillah, menjak saya konsisten, ramai org dah tegur saya kurus! I liokee

My supplement: i love most!
Vivix tu haruslah untuk kesihatan saya yang menyeluruh. Boleh jadi anti kanser, boleh kawal gula, boleh bakar lemak. Saya suggest sangat kalau orang yang cari supplement tapi malas nak makan banyak banyak, Vivix adalah jawapan paling tepat!!! U all beli, dan anggap itu mcm pelaburan kesihatan. Memang agak mahal, tapi serius berbaloi. Dengan kesihatan tak boleh la nak berkira sangat kan?? 

Kalau nak berhenti merokok pun boleh juga dengan Vivix ni.,Orang yang sakit jantung pun sesuai.., Yang asas nya bile sebut Vivix adalah anti aging. Tapi bile sebut anti aging orang hanya pandang pada elak muka berkedut. Vivix give more n more. Vivix ni, kerjenye adalah perbetulkan sel sel rosak yang tak sihat di badan kita. Asal nye penyakit dari sel yang tak sihat. Jadi Vivix ni bukan saja dpt betulkan sel yang tak sihat tapi boleh bantu untuk hasilkan sel yang lebih sihat!

Sebab tu la, saya sayang sangat dengan Vivix ni. 

Cinch Energy Tea Mix pule saya sangat perlukan ia masa saya mengantuk. Sape kerap minum kafein utk hilangkan mengantuk?? Oh saya sangat cadangkan Cinch Tea ni. Dah la ada pelbagai campuran teh. Teh ni langsung tak berperisa. Original!! Tak de langsung manis. Kalau org nak diet, tetiap hari harus minum ni. Cinch Tea ni penggalak metabolisme badan. Agak sape ada masalah metabolisme badan slow, better la cuba ni.. Memang u all akan rase kelainannya.


Omega Guard juga untuk saya bakar lemak! Meh saya citer skit pasal Omega. Omega Guard ni sebenarnya minyak ikan dari Shaklee. Minyak ikan Shaklee antara minyak ikan terbaik kat dunia tau. Salah satu sebab, Shaklee ni gunakan proses penyulingan yang terbaik untuk pastikan minyak ikan yang diperolehi tu sangat tulen!Ape yang ada dalam minyak ikan?? Dalam nye ada asid lemak. Dan kenapa asid lemak yang baik boleh dpt kat ikan laut dalam???

Kita semua dh tahu, laut dalam tu sangat sejukkk.. Takat beku nye rendah. Bile takat beku rendah, semua benda senang nak beku. Maha Hebat Allah SWT telah kurniakan ikan ikan ini lemak yang boleh panaskan mereka. Lemak ini la, kita panggil asid lemak yang dikenali sebagai Omega 3.

So setelah ditapis atau disuling dengan kaedah terbaik, terjadi lah Omega Guard Shaklee. Sebab tu la, kita boleh gunakan Omega Guard untuk bakar lemak!!

Cantik dengan Shaklee!


Pencuci muka Shaklee yang best

Ini pulak pencuci muka baru saya. NutriWhite. First impression saya adalah??? Ianya sangat jimat. Takde bau langsung. Saya yakin ianya sangat semulajadi. Lepas basuh muka, memang TAKDE langsung muka kering or gatal gatal. Muka sangat selesa. Boleh sekatakan tona kulit. Saya  baru je pakai, tapi saya sangat puas hati!!

Ni Mealshake untuk Qistina. Saya pun bg dia Omega Guard. Minyak ikan untuk perkembangan otaknye..Semoga anak saya sihat bagai juara!!

Mealshake untuk anak


Okey, itu sahaja cerita saya pasal supplement saya. Cerita orang yang langsung tak pernah makan supplement, tapi kini penjual supplement!!

U all,  kalau nak carik supplement, contact saye ye :)


Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina


SKy?? Skyfall


Hai peeps!!

Hari ni, sambung lagi pasal photo challenge. Tajuk hari ni pasal THE SKY!!

Langit Allah yang sangat cantik

Ini view sky dari ofis saya..cantik kan langit Allah.. Tapi  bile bercerita pasal sky, saya teringat satu benda..Ape??

SKYFALL

Bile baca je tajuk, saya terbayang pasal lagu Skyfall from Adele.. Ntah, saya suke kot. Saya suka muzik nya, yg simple dan nampak berani.Haha..Itu dari sudut mata saya la..



So nak dengar lagunye??





far
shaklee distributor yang sah!
0125716112


Jom Breakfast!!


Hi peeps..

Hari ni tajuk seterusnya cabaran photo challenge saya adalah breakfast..Selalunya sebelum breakfast ape saja makanan, saya mesti akan amalkan segelas air masak. Lepas sembahyang subuh, saya akan amik ni...Tadaaaaaa..

Cara makan kolagen shaklee

Nak awet muda dan cantik, harus laa Shaklee Collagen Powder campur Sanquick. Ramai yang kata, makan kolagen ni loya la, hanyir la..Tapi bile korang try campur dua ni, confirm tak loya langsung!! Macam saya, saya suka mix dengan Vivix. Ni saya amik, time takde vivix...Hehe.. 

Breakfast sihat

So lepas amik semua yg kat atas tu..baru la amik breakfast. Saya suka amik breakfast yang simple je. Tapi yang paling favourite telur separuh masak. 

Breakfast sihat

Kalau tak pun, saya amik je ESP+ CINCH SHAKE. Kenyang n sedap!!


Okey, enjoy ur breakfast!!


Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina

Something blue..


Hi peeps!!

Hari ni saya nak cerita pasal BLUE!! Warna biru. Siapa suka biru??Saya ada sesuatu untuk peminat biru atau pasangan mereka yang suka biru.

Something special about blue

Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. 
Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. 
Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. 
Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini

Opps..part yang last macam tak best skit.. :P

We r in blue!!

Far n qistina in blue!


Hehe, itu gambar terbaru kami berdua. Tetiba bile ditengok.. eh we r in blue laa!! Gambar ni, masa kiteorg kat zoo..Suka sebab it is candid!! Saya pun tak sedar bila gmbr ni disnap!  Qistina tengah teruja tengok pak belang  masa ni, tapi dalam gambar ni, tak nampak la plak pak belang nye.

Okeh, jumpe lagi!


Handwriting..

Assalamualaikum..

Lama tak menulis..dek sibuk kerja kerja yang tak berkesudahan.. Hari ni, saya nak menyahut cabaran 16 hari photo challenge. So, tajuk first adalah Handwriting!



My Handwriting

Okey, bila bercerita pasal handwriting, frankly speaking..handwriting saya tak cantik! Tadaa.. Itu sahaja handwriting saya.

MyHandwriting

Ada orang kata, handwriting ni, boleh menunjukkan peribadi seseorang? Saya pun taktahu la kebenarannya. Sesiapa ada ilmu bab tu, share ngan saye ok..

Okey, jumpe lagi 


Woww!! My Photo Challenge


Okey, saya punya 30 hari cabaran blog dah berakhir.. Sekarang nak start dengan photo challenge pulak. Suke suke..

So nantikan entry saya ye..


Kenapa suke sangat tulis blog??


Horey!!!


Entry terakhir untuk cabaran blog iaitu KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG??



Ermm kenapa blog???

Saya tulis blog sebab:
  1. Cerita pasal apa yang saya baca
Saya suka cerita pasal ape yang pernah saya baca. Kadang taktau nak citer kat mana, so kat blog la tempatnye

     2.   Share ape yang saya tahu
Berkongsi ape yang sy tahu. pengalaman saye ke.. Pengalaman sendiri boleh bantu ramai orang tau.


     3.   Sumber cari duit jugak
Boleh cari sesiapa yang minat nak beli barang yg saya jual!

Ig saya @farqistina. 
Fb pages saya: Supplement Farqistina. 

     4.     Nak cari kawan baru
Saya nak cari kengkawan baru.Best tau  tambah kawan yg sama minat! 

Parents: Tips Jadi parents hebat!


Assalamualaikum w.b.t

Hi peeps!!

Hari ni saya memenuhi cabaran blog lagi iaitu PARENTS!! So saya nak buat beberapa sharing, pasal tanggungjawab parents pada seorang anak. Kadang kita terlepas pandang. Same goes to me..Sebab tu saya nak kene rajin cari ilmu didik anak dengan betul.


Tanggangjawab bila jadi parents

Selepas jadi ibu, saya nampak tanggungjawab menjaga amanah yang Allah berikan tu sangat besar! Teringat kata kata Ust Don Daniyal:

"Real job kita dekat rumah, jangan jadikan real job kita di ofis. Anak itu keutamaan kita. Kita cari rezeki untuk diberikan kepada anak. Kita cari duit untuk besarkan seorang Khalifah"

Lagi satu yang boleh saya share yang Ust Don Daniyal kata:

"Kadang kita terlepas pandang tentang perkataan wajib dan belanja. Hak seorang anak tu untuk dapatkan makanan, tempat tinggal, duit, bagi ilmu dan kasih sayang. Itu tanggungjawab WAJIB untuk seorang parents pada anak mereka. Tapi belanjakan itu, apa yang kita bagi tanpa anak minta! Malahan sebaik baik sedekah adalah belanja ahli keluarga kita"

So peeps!!  jom kite cuba perbaiki ape yg kite terkurang!!
Saya rase, lepas ni, saya kene minum Cinch Tea Mix Shaklee setiap petang. Supaya saya takla lemau je balik umah.. Tau je la kan, bile lemau mula lan nak marah marah!

Itu saya tau!!



 ok bye!


Movie Feberet?


Assalamualaikum..

Hi semua.. heppy to write again today. Sambung kisah cabaran blog saya . Hari ni bertajuk "movie yang paling saya suka"

Movie yang saya suka.. Dah lama tak tengok movie.. Tapi latest tengok Frozen! Hurm, banyak moral value dalamnya. Sesuai untuk build kasih sayang antara siblings.Untuk saya,saya suke teknik cartoonnya. So, boleh la layan Frozen!





Love,
far

My Big Dream!!


Hi peeeps!!

Hari ni jumpe lagi.. Cabaran Blog saya dah masuk hari ke 28! Tajuk hari ni adalah " Impian Saya"
Best nye tajuk. Boleh buat mami berangan angan.. Opppsss..jgn berangan mak jenin sudah eh..



Impian dan Cita Cita

Saya inginkan kehidupan yang dilimpahi kasih sayang dari yang Esa berserta nikmat kasih sayang dari semua orang sekeliling saya.  Kasih sayang Allah akan lebih menjuruskan hati kita untuk berusaha tanpa ada gusar akan gagal dan terima segala rezeki dengan jujur. Hak kita untuk mempunyai impian.., tapi yang mengizinkannya hanya lah Allah. Jadi paling asas, saya nak sangat betulkan kehidupan muslimah saya dan jadikan akhirat tu tujuan utama..

Impian saya dengan Shaklee?

Saya nak tengok ramai orang dpat income banyak dengan Shaklee. Tak mustahil tau, tak kisah sape pun kita, tukang paip ke, cleaner opis ke peluang sama je.. Jangan taktau, kadang yang gemilang terbilang dengan shaklee ni pun, bukan semua dari golongan kaya raye, cerdik pandai pun. Mulanya ada yang org yg biasa2.. tapi jadi LUAR BIASA bila dengan SHAKLEE.. so jom kite jadik LUAR BIASA!!

Bila masuk dalam keluarga besar Shaklee, kita akan nampak macamana mereka bersatu untuk capai cita cita. Masing masing ada cita cita sendiri. Tapi, semuanya bersatu, support each other untuk capai cita2..

Memasing ada target kan.Lagi la dalam hidup mesti ada matlamat sendiri..Macam saya, saya target sebelum 37 saya dah ke jadi PhD student. Saya pun bercita cita tak nak sentuh duit gaji saya..Saya nak sentuh duit gaji Shaklee saya je..Sampai tahap tu, saya akan plan kembali cita cita saya seterusnya..

Semoga saya berjaya!!!

Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina


Kids: My Chinta Hati


Okey, lagi tajuk cabaran blog adalah KIDS!

Kids saya buat masa ni, hanya ada sorang je!

Kalau ada rezeki dilain hari, kite terima la seadanya..

ANAK SAYA

Saya di izinkan ALLAH untuk merasai kasih sayang seorang anak. Alhamdulillah, itu adalah rezeki dan amanah ALLAH pada saya. Berat tu, Allah yang bagi amanah! Kalau manusia pun, kita buat bebetul, ni kan ALLAH! InsyaAllah, akan saya berikan semampu nya untuk dia. 

Kerap sangat saya cerita pasal anak saya ni. Tapi jarang citer detail kan??

Namanya Qistina Nur Zahrah. Hasil ilham saya memberi nama. Qistina itu maksudnya keadilan. Sebab dia sulung jadi saya memang nak dia tegas! Itu je dalam kepala saya masa saya bg nama dulu! Saya tanya ustaz, takde yang halang. Tapi bila keluar cakap tak elok bagi nama Qistina, saya akur..Cuma saya tak jadikan itu pangggilan nya dirumah.Nur bawak maksud cahaya dan Zahrah itu bunga, kecantikan. Digabungkan menjadi Keadilan Cahaya Yang Cantik!

Sekarang umur 3 tahun. Alhamdulillah, saya bahagia adanya dia bersama saya!!



Peneman saya jual Shaklee.Penenang saya, tatkala saya susah hati. Jangan tak tau, kalo saya buat muka, dia boleh datang kat saya.. Usap usap rambut saya, dan kata.."Mami kenapa ni..Mami jangan mcm ni ye..Nina sayang mami tau!"

Indah nya saya rasa.. 

Anak saya..Chinta Hati saya

Farqistina

Mami far
0125716112

Sumber Inspirasi ku..


Alhamdulillah.. masuk hari ni, dah 25 hari saya follow cabaran blog. Tajuk demi tajuk, dan hari ni, tajuk ke 25 iaitu Sumber Inspirasi




Sumber Inspirasi Saya

Semua org mesti ada sumber inspirasi kan? Sumber inspirasi ni penting jugakla untuk kite nak usaha dapatkan ape yg kita nak. Sumber inspirasi saya mestilah anak saya.. my qistina! Saya buat segalanya hanya untuk dia. Untuk tengok dia dapatkan hak dia sebagai seorang anak dalam dunia ni. 

Saya memang kerja keras untuk pastikan dia hepi, dan garang utk dia membesar as a normal person. Mungkin dia jarang bersama babah, tapi saya nak pastikan, dia tak pernah lekang dengan kasih sayang saya!

Us::FARQISTINA::


Yang penting, dia mewarnai hari saya. Dia buat saya rase special. Dia buat saya rasa hari2 saya adalah org bertuah sebab ada seorang anak seperti dia. Nakal tu biasa.. Budak sekecik dia, hanya nakal utk dpt perhatian. Alhamdulillah, saya perlu dan nak kerja kuat lagi untuk dia.

Dia anak SHAKLEE saya. Membesar bersama saya pergi kelas Shaklee, dan jumpa kawan kawan Shaklee saya. Teman saya COD barang, teman saya kira stok! Yang saya kagum, dia dah pandai promote kat org mami dia jual shaklee..

Itu tanggungjawab saya lagi besar. Saya nak tinggalkan delegasi bisnes saya untuk dia. Semoga satu hari nanti, Shaklee boleh jadi kenangan indah kami berdua!!

Mami sayang qistina macam air kat laut!!

Semoga impian mami tercapai..amin

Mami far

SOHO a.k.a ofis dirumah


Assalamualaikum w.b.t

Okey, hari ni topik cabaran blog adalah SOHO. Ape SOHO??

SOHO adalah dari singkatan Small Office Home Office

Senang kata, ofis yang ada dirumah.  So senang nak buat kerja kat umah. Lebih lagi, kalau ruang SOHO ni, nampak cantik dan kemas.


SOHO saya?

Alhamdulillah, saya adalah kecik je SOHO nye. So kalau dirumah, itu tempat saya simpan kelengkapan dan details pasal produk SHAKLEE. Kerja banyak buat bersama Qistina  dan kadang saja saya di SOHO saya. 

SOHO impian saya




Antara yang saya suka..Impian saya, senang nanti saya nak buat kerja dengan Qistina..

Go and Work for it!!


Far

Binatang paling saya takut


Salam

Tajuk cabaran blog saya seterusnya adalah: Binatang paling menakutkan.

Paling takut?? Harus la Harimau!!

Saya takut HARIMAU!!


Ngaummm..mau takut kan. Saya pernah tengok harimau dari jarak dekat tau. di Taman Safari Bogor.Boleh baca kat sini: Taman Safari Bogor.. Tiada ape ape penghalang antara Harimau tu dengan kita.. sebab tu org safari ni, tak bagi kita keluar dari kereta!

Kata orang tua tua.. kucing tu atuk harimau. ye ke eh???


mami far

Kereta Idaman: Banyak sangat!


Salam semua..

Cabaran blog hari ni pasal Kereta Idaman. Kereta idaman saya banyak sangat. Haha, tamak! Tapi takpe..idaman ni adalah impian. Takde impian mana nak ada usaha kan? Jadi saya ada dua dream car! Saya letakkan dua keadaan yang berbeza saya nak capai kedua nya..

Kereta Idaman Saya?

Saya target nak pakai kedua duanya dengan duit bisnes saya. Best kan..Jangan taktau, ada grand neny saya beli Vellfire cash tau dengan duit Shaklee..Ha..tapi kene la usaha lebih lebih..

1. Kereta Idaman No 1



Saya suka sangat kereta ni..Ramai yang dah mampu beli, tapi saya ada target saya sendiri la. So ni adalah kereta idaman saya yang terdekat!!

2. Kereta Idaman No 2

Tadaaa..



BMW ini dari saya zaman saya belajar kat U pun, saya dah minat. Masa tu, saya ada selalu tengok seorang ni bawak kete ni. Tapi dulu, design nye xde la macam ni. Masa tu, mesti saya berangan.. Nanti satu hari aku nak pakai kete macam ni jugak!!

InsyaAllah.. InsyaAllah.. 

mami far
0125716112

Subjek Kegemaran!


Peeps, jumpe lagi hari ni..

Cabaran blog saya yang seterusnya adalah Subjek Kegemaran. Cam comel plak tajuknya kan.. kikiki

Subjek Kegemaran

Saya suka subjek ape eh?? Jap seingat saya la, saya ni dulu zaman sekolah teringin nak jadi lawyer.. Huhu.. Pastu dengar plak org ckp nak jadik lawyer kene terror sejarah. Ntah ye ke?? Tu zaman sekolah la. So saya pun minat la SEJARAH!! Klaka kan.. Bila sekarang saya di bidang Engineering, majority subjek Sejarah adalah subjek paling kawan2 saya tak suke!  Saya suka sangat sejarah, sebab pada saya itu adalah cerita. Cerita yang berlaku zaman dulu. Zaman tu dah takde..So kalau kita tak belajar, tak suke, tak faham..Macamana kite nak tahu kan?? Sebab tu, text book sejarah tu, umpama story book kat saya. Saya boleh baca mcm buku cerita. Tanpa bosan, dan mengantuk..Huhu.. Sebab dah suka kan..


Tapi saya tak jadik pun lawyer. Masa di U, amik plak Engineering. Memang langsung takde dalam minat saya la. 

Bertukar Bidang

Bila dah bertukar bidang, saya suka pulak subjek Mobile, Wireless and Satellite.. Itu memang jadi faberet saya zaman saya di U. Macam satellite, memang sangat ineteresting! Sampai sekarang itulah bidang saya. Cuma sekarang more on computer networking plak..

Subjek sekarang?

Saya sekarang menjak jadi distributor shaklee, dah banyak berkawan dengan buku buku nutrition dan supplement. Saya memang suka kaji pengambilan yang betul, dan kepentingannya.. 

Kita boleh suka apa saja sekiranya kita minat!

Jangan limitkan ilmu kita..

Kejar ilmu banyak2..


Salam Sayang,
Mami Far
Shaklee Distributor
0125716112

Cikgu yang paling BEST!!


Hi peeps!

Hari ni, tajuk cabaran blog adalah Cikgu Yang Paling Best Di Sekolah!

Cikgu ni kadang penting jugak untuk buat kita rase seronok nak g sekolah. Seronok nak belaja subjek tu. Saya memang banyak cikgu yang best dan paling saya  ingati sampai sekarang. Maklum la..zaman sekolah kan zaman muda mudi yang paling gemilang!


Cikgu Faberet!

Zaman sekolah rendah cikgu feberet saya Cikgu Rohani di Sekolah Kebangsaan Gelugor, Kuala Terengganu. Dia cikgu kelas saya. Dia ajar saya BM masa tu. Dia sangat cantik!! Dan dia jugakla yang jebakkan saya dalam pertandingan bercerita masa saya Darjah 1. Itulah permulaan yang seterusnya membawa saya sangat aktif pada zaman sekolah rendah.

Masa sekolah menengah, saya di  Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Saya sekolah kat sekolah biasa biasa aje.. Tapi kat sini cikgu feberet saya adalah Teacher Rusini dan Teacher Yasmin. Persamaan mereka? Mereka ajar saya English. Sorang time saya Form 3 sorang time saya Form 5. Teacher Rusini tu, buat saya in love nak study dan improve English saya.  Saya suka cara pendekatan dia ajar English. Padahal English dari sekolah rendah dah belajar kan??Tapi dengan dia, takkan rase English tu susah. Tapi seronok! Teacher Yasmin pulak memang sangat cool dan relax. Sangat sempoi dan tegasnya ada dalam senyum nya. Saya rase, dia sangat komited dengan kerjanya...Suka tgk gayanya mengajar!!

Dah lama tak jumpa dorang.. Tapi saya gembira sangat bile saya jumpe dorang, mesti dorang still igt saya!!

Semoga Allah lindungi mereka!

Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina

Kenangan zaman kanak kanak...


Salam semua..

Cabaran blog hari ni bertajuk: Kenangan zaman kanak kanak!.. Hehe, so interesting!!

Zaman kanak kanak adalah zaman yang paling best kan!! Zaman yang semua benda kita boleh buat. Zaman yang hanya fikir tentang esok nak main ape..Cuma fikir, takut mak marah..Haha.


Cerita Kanak kanak saya..

Saya memang sangat panjang akal masa zaman kanak kanak..Semua benda saya nak buat, memang kalau setakat kene marah tu sangat lah biasa..Yang paling tak tahan, aktiviti saya banyak sangat aktiviti lelaki. Mau la, mak n ayah saya tak bising.. Tapi bila di ingatkan kembali, waktu waktu kene marah tu la, yang paling saya rindu yang paling saya ingat.

Hari ni saya nak citer kenangan zaman kanak kanak yang paling saya ingat dan antara cerita kenangan saya dengan arwah ayah saya.  Kisahnya, masa tu saya ikut kawan saya cari ikan kat bendang belakang umah. Punya la berani, balik pun dah dekat maghrib. Memang sahih la, sampai je rumah arwah ayah saya dah tunggu depan pintu!! Confirm kene marah kan.. Teruk giler kene masa tu..Huhuhu..

Tapi, the best moment, bila time makan malam, arwah ayah saya datang dekat saya dan cuba pujuk saya.  Moment tu, memang boleh buat hati kecik saya tersentuh. Sebab tu, kenangan tu  segar smpi sekarang. Walaupun dah berpuluh puluh tahun perkara tu berlaku. 

As a budak kecik time tu, memang saya sedih sangat sebab kene marah. Tapi, bila hanya sedikit saje arwah ayah saya tunjukkan rasa ambil berat, saya dah boleh gembira dan ingat peristiwa tu sampai sekarang!

Banyak yang saya boleh jadikan iktibar dari kenangan tu. Kadang, dengan hanya sedikit luahan kasih sayang, dah mampu nak ubah seluruh fikiran dan kehidupan orang. 

So peeps.. jangan lupa pujuk anak kita, selepas buat punishment. Terangkan tentang apa kesalahan dia, dan kenapa dia kene hukum begitu.. Mesti anak kita akan lebih rapat dengan kita..

Sekarang?

Saya kenal Shaklee pun, asalnya dari arwah ayah saya. Arwah ayah saya yang cuba supplement tu, untuk sakit jantung. Paling saya ingat dia amik Omega Guard.  Sekarang, saya dah jadi Distributor Shaklee. Share kebaikan Shaklee dengan semua orang..Kalau arwah ayah saya masih ada, saya yakin dia mesti kagum dengan saya!!

Sebab?? Arwah ayah saya, memang dari dulu penyokong segala aktiviti saya dr sekolah sampaila saya bekerja. Arwah la, suruh saya jadi pensyarah. Dan waktu saya dapat offer kerja pensyarah, arwah jugakla, yang beria ria suruh saya pergi walaupun masa tu arwah di hospital. Dan juga..dalam perjalanan untuk lapor diri jugalah..arwah dah pergi tinggalkan saya selama lamanya..

Semangat arwah ada dengan saya. Kasih sayang dia buat saya jadi bersungguh sungguh tiap kali berdepan dengan student saya. Semoga, saya juga berjaya Distributor Shaklee yang berjaya dan dapat tolong ramai lagi orang.

Al Fatihah untuk arwah ayah saya.





Salam Sayang
far


Gadget person??

 Assalamualaikum..

Peeps! hari ni saya nak share sikit pasal gadget! itulah tajuk cabaran blog saya. Seingat saya, saya menjadi gila gadget hanya zaman saya belajar u dulu. Sekarang, dah takde dah! Saya bukan gadget person. Gadget person?? Haha, saya bukan orang yang suka tukar gadget ikut trend dan keadaan semasa. Kenapa??

Gadget ikut keperluan

Saya rase, gadget kene beli ikut keperluan. Orang yang berbisnes macam saya, gadget yang paling penting smartphone! Masa saya beli smartphone spec pertama saya untuk bisnes! Smartphone yang ada sekarang pun mcm kerap hang je.. Tu yang sekarang, tengah cari smartphone yang lagi practical untuk kegunaan saya berbisnes. Smartphone yang menjadi pilihan saya mesti screen lebih besar, sebab senang nak tengok gambar. Lagi satu, lebih laju!! Yang paling penting susah nak hang.

So, saya memang takkan beli kalau tak de kegunaan yg penting. Kadang memang tak nafikan ada orang yang suka simpan gadget dan tukar gadget setiap ada keluaran baru. Itu kepuasan mereka kan. Memasing ada minat tersendiri. Minat saya mungkin bukan kearah tu.. Walaupun saya ni mengajar student pasal kemodenan arus telekomunikasi, dan saya adalah peminat tegar telekomunikasi, tapi saya bukanla orang yang follow arus kemodenan telekomunikasi dengan jayanya..

Tengok gambar kat bawah ni, ni adalah salah satu dream car orang yang suka sangat dengan gadget!

Enjoy ur gadget!!

Hebat kan?? Ihsan google

Salam Sayang

Mami far
Ur Faberet Shaklee Distibutor
0125716112

I Love Travelling!


Hi peeps!!

Hari ni, tajuk cabaran blog adalah travel! Saya memang kaki jejalan tau! Dari kecik, sampai la besar.. Tapi nak travel, harus kene banyak duit kan??So sekarang kene la cari duit banyak2 supaya satu hari nanti boleh jejalan tanpa fikir pasal duit lagi..


Tempat yang teringin nak pergi

Tempat pertama yang paling saya nak pergi mestilah Mekah. Tapi saya juga ada impian nak pergi semua tempat menarik dalam dunia ni. Pendek kata, travel seluruh dunia. Jangan tak tau, dulu masa saya kekecik bila tanya impian, saya akan cakap nak berjalan seluruh dunia. Memang itulah impian saya sampai sekarang. Impian saya jugak, untuk kesana tanpa berfikir berapa kos, namun yang penting saya enjoy! Macam mustahil kan?? Tapi saya teringat, grand neny saya dalam Shaklee pernah share cerita, yang dia pun suka travel. Dulu, dia kerap akan plan dan cari tiket murah untuk bercuti. Tapi sekarang, asal teringin, ada masa mesti dia pergi. MasyaAllah, itu memang impian saya. Dapat pulak bawak parents.. Lagi tambah tambah saya gembira.

Tak de yang mustahil kan?? Saya teruja dengan ceritanya. Dan saya jadikan inspirasi saya, untuk mengatur langkah berusaha, untuk bercuti tanpa berfikir pasal kos!!

InsyaAllah, semoga saya berjaya!! Doakan saya yer!!

Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina

Yang saya obsess sangat!


Assalamualaikum w.b.t..

Hi peeps, tajuk saya hari ni pasal obses! Ape tu obses?? Sesuatu yang kita terlampau suka, sampai semua benda kita hanya ingat perkara tu sahaja! Definasi yang paling senang!


Apa yang saya obsess sangat??

Kalau nak cerita pasal sekarang, paling saya obsess adalah pasal ILMU! Ilmu ape??  Pelbagai ilmu yang boleh keluarkan saya, dari zon selesa saya!! 

1. Ilmu Agama
2. Ilmu Parenting
3. Ilmu Bisnes

Ketiga tiga ilmu ini adalah yang paling saya obsess waktu ini. Setiap masa yang berlalu, saya sentiasa nak tambah ketiga tiga ilmu ni supaya saya lebih jadi orang yang lebih baik untuk hari esok. Ayat macam cliche, tapi itu la realiti nya. Ketiga tiga ni, hadir sekali. Serentak! 

Untuk saya jalankan bisnes yang hebat, tempat rujukan pertama adalah Allah. Allah yang memberi rezeki, Allah juga yang merezekikan saya idea untuk berbisnes, dan Allah jua memberi hidayah untuk saya mencariNya dalam berbisnes!! Masya Allah..Semakin saya mencari bisnes saya, tanpa saya sedar, saya juga mencariNya. Indah bukan??

Ilmu parenting adalah untuk saya lebih menghargai hadiah terindah Allah pada saya. Anak itu adalah amanah besar dari Allah. Allah bagi amanah pada kita hamba yang sangat hina ni?? Saya rasa, saya insan yang sangat terpilih! sebab tu, saya rasa memang dah jadi kewajipan untuk saya tambahkan ilmu untuk jadi pemegang amanah yang lebih hebat dan berjaya! InsyaAllah..

Bisness saya?

Saya jual apa yang saya guna. Bermula dari hanya ingin mencabar diri buat sesuatu yang diluar kemampuan saya..Hingga la sekarang saya dah obses dengannya. Obses nak orang tau ape yang baik dan perlu orang amik..Obses nak berusaha hingga saya mampu sentuh semua org sekeliling saya..

Shaklee bukan stakat supplement!!

Ape yg korang obsess??

Your trusted shaklee distributor
Far 0125716112
insta: Farqistina
fbpages: Supplement Farqistina