Masalah Kolestrol Tinggi, Punca Sebenar Sakit Jantung

Assalamualaikum w.b.t

Okey peeps! hari ni, saya nak share sikit berkaitan masalah kolestrol tinggi yang memang kerap sangat diceritakan. Ramai juga kawan saya yang rupa bentuk persis model, tetapi ada masalah kolestrol tinggi. Eh, boleh ke orang kurus, kolestrol tinggi? Boleh sangat! Sebab tu kena tahu, apa itu kolestrol, dan kenapa kolestrol adalah punca utama sakit jantung!



Apa itu Kolestrol?

Kolestrol merupakan sejenis lemak dikenali juga sebagai lipid. Ianya juga penting dalam keperluan badan manusia. Kolestrol boleh terhasil dari badan manusia, dan ianya juga boleh di perolehi dari sumber makanan lain. Kolestrol dipercayai digunakan untuk menghasilkan cecair hempedu.Proses ini berlaku didalam organ bernama hati. Ianya penting dalam memelihara saraf, membina sel baru dan penting juga dalam menghasilkan hormon tertentu.

Punca Sebenar Sakit Jantung?

Sakit jantung memang kerap sangat kita dengar. Malah kebelakangan ini, kita kerap dikejutkan dengan kematian mengejut akibat sakit jantung. Kenapa boleh jadi begitu? Sakit Jantung sebenarnya berpunca dari masalah penimbunan kolestrol dan lemak  di pembuluh darah manusia! Pembuluh darah yang juga dikenali sebagai arteri merupakan tempat pengaliran darah yang akan membawa oksigen ke seluruh badan termasuk lah jantung. Sekiranya, pengaliran oksigen ke jantung itu gagal, maka jantung tidak mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan akan bertambah kritikal sekiranya, penyumbatan di salur darah itu mencapai lebih daripada 75% maka otot pada jantung akan terhenti! Proses ini dinamakan ATEROSKLEROSIS.



Proses ini lah akan menyebabkan serangan jantung! Ianya lebih dikenali sebagai Penyakit Arteri Korinari. Jangan tak tahu, inilah pembunuh nombor satu dunia!!

Bagaimana Ianya Berlaku

Seperti yang kita tahu, arteri ataupun pembuluh darah akan bawa darah ke seluruh pelosok badan manusia! Kolestrol-kolestrol didalam pembuluh darah akan membuatkan pergerakkan darah itu terganggu. Arteri yang tersumbat ini juga boleh pecah! Kalau pecah di jantung jadilah serangan jantung. Sekiranya ada organ yang tidak dapat bekalan darah dan oksigen yang cukup, maka rosaklah organ tersebut. Kalau berlaku di otak, terjadilah pula STROK!

Faktor Risiko?

Seperti biasa, faktor utama sakit jantung ataupun kolestrol tinggi ini adalah:
  • Diet harian
  • Kurangnya bersenam
  • Merokok
Ini adalah antara faktor utama dimana punca asal bagaimana kolestrol boleh menimbun di arteri darah.  Lebih malang kerana, tanda kolestrol tinggi kadangkala tidak dapat dikesan. Namun, antara petanda kolestrol tinggi dan cara pencegahannya boleh baca disini: Petanda Kolestrol Tinggi

Mencegah Sakit Jantung

Sememangnya kolestrol tinggi boleh menjadi igauan semua golongan jantina. Sebaiknya uji lah tahap kolestrol anda bagi mengelakkan kejadian serangan jantung secara mengejut. Kalau usia menjengah 35 tahun, sebaiknya buatlah pemeriksaan sekali setiap tahun.




Disamping itu, boleh la amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi menjadikan kehidupan seharian kita bermakna. Amalan gaya hidup yang sihat, dan makanan yang berkhasiat mungkin boleh juga ditambah dengan amalan-amalan makanan tambahan yang bersesuaian boleh mengelakkan penimbunan kolestrol pada arteri darah kita. Untuk itu antara makanan tambahan yang sangat sesuai untuk pencegahan kolestrol boleh baca di sini: Makanan Tambahan  Untuk Cegah Kolestrol


Jom amalkan gaya hidup sihat!
Jauhi Kolestrol!
Elakkan Sakit Jantung!

Far 0125716112

4 Tips Paling Sempoi Untuk Hadapi Anak Yang Akan Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t

Hai peeps!!

Bila tiba musim peperiksaan, semua ibu-bapa biasanya akan cuba sehabis baik untuk membantu anak mereka mengadapi peperiksaan. Saya tergerak hati nak share tentang TIPS SEMPOI yang mungkin ibu bapa boleh amalkan sekiranya anak ingin hadapi peperiksaan. Punca asal saya nak share sebabnya, hari ni adalah hari pertama anak saya exam. Berapa umur anak saya?? Baru 4tahun je! Tapi tadika sekarang 4 tahun pun ada buat exam juga. Rasa seronok juga nak share, sebab ini adalah pengalaman pertama saya hadapi anak exam,dan saya sehabis baik cuba nyata kan kepada Qistina, Exam is Interesting!!




Maklum la, dia baru 4 tahun okey! Saya tak nak la dia rasa, peperiksaan itu susah, dan sekolah itu bosan. Walaupun pada hakikat nya untuk 4 tahun, bukan la peperiksaan sehebat darjah satu, tapi saya ingin wujudkan suasana peperiksaan itu sangat santai dan relax!! Jadi, jom baca tips sempoi hadapi anak nak exam yang berjaya saya ringkaskan, mungkin boleh bantu u all hadapi anak yang ingin duduki peperiksaan.

Amalan Ibu Bapa Hadapi Anak Menduduki Peperiksaan

1. Pastikan Ibu-bapa Memberi Semangat
Semangat datangnya dari segi fizikal dan juga mental. Kalau untuk anak yang dah besar, boleh la sediakan barang-barang yang diperlukan oleh si anak. Ibu-bapa juga perlu luangkan masa untuk melayani anak. Bukan dorang exam hari-hari pun kan!Jangan sesekali membuat ugutan yang boleh membuatkan anak rasa tertekan. Ini sangat bahaya!! Kadangkala, anak akan sangat tertekan dan ini akan memberi impak negative pada anak.

2. Beri Keyakinan Pada Anak
Cara yang paling mudah adalah jangan "under estimate" kemampuan anak. Beri peluang dan ruang untuk mereka buktikan kemampuan mereka. Kalau markah mereka pernah rendah, jangan takutkan mereka dengan markah rendah yang pernah mereka terima, tetapi sentiasa ingatkan dia akan dapat markah jauh lebih baik dari sebelumnya!!

3. Beri Kerjasama 
Satu keluarga kena beri kerjasama pada mereka yang akan menghadapi peperiksaan. Caranya mudah, elakkan aktiviti di luar yang bakal mengganggu masa ulangkaji mereka. 

4. Banyakkan bertawakal Pada Allah.
Sebaiknya galakkan anak untuk lebih mengharap pada Allah, dan menyerahkan segala-segalanya pada yang Berkuasa. Tapi, tidaklah bermaksud membiarkan anak tanpa mengulangkaji pelajaran. Tetapi memberi penekanan bahawa kejayaan itu datangnya daripada kuasa Allah. Kita perlu berusaha sehabis baik, selebihnya berserah pada yang MAHA ESA.




Peperiksaan itu Menyeronokkan!

So, mak ayah semua, jangan sesekali memberi tekanan pada anak. Buat peperiksaan itu umpama perkara yang PERLU HADAPI bukan TERPAKSA HADAPI! Peranan ibu bapa memang sangat penting dalam memastikan kejayaan anak! Jangan tuding jari pada guru dulu tau, kalau anak tak cemerlang! 

Dapatkan  Tips Istimewa dari Dr Asmadi? Boleh refer kat sini ye: TIPS HADAPI ANAK EXAM

Ok, bye! 

Good Luck Mommies!!

Mami Far
Shaklee Independent Distributor
0125716112

((Kalau nak dapatkan supplement untuk menajamkan fikiran dan kurang mengurangkan keletihan anak, boleh contact saya ye :)))



Pengedar Shaklee Port Dickson Dan Seremban


Assalamualaikum w.b.t

Hai peeps! Hari ni, saya nak isytiharkan bahawa saya adalah Pengedar Shaklee yang SAH di sekitar Port Dickson, Seremban, Lukut, Pasir Panjang dan kawasan yang terdekat dengannya. Saya pun bersedia untuk COD barang disekitar tempat yang saya nyatakan tadi.  Kalau hujung minggu pula,  saya boleh COD disekitar Selayang dan Shah Alam. So, Kalau nak dapatkan Shaklee dengan cepat, boleh la contact saya ya!



Enjoy Jadi Shaklee Distributor 

Alhamdulillah, gambar ni, saya ambil ketika dapat award pencapaian saya dalam Shaklee. Saya suka sangat masa ni, sebab dapat kongsikan kegembiraan saya bersama dengan orang yang saya sayang. Saya buat Shaklee untuk share kebaikan yang saya dapat, sebab saya rasa kehidupan saya bertambah sihat setelah mengamalkan Shaklee sekian lama. Rasa macam tak best pulak kan tak share perkara yang baik. Supplement Shaklee, memang sangat berbaloi dan sebenarnya tak mahal pun ANDAINYA kita kira-kira kan kos pakar-pakar nutrisi yang hebat-hebat dari Shaklee. Banyak tau, produk Shaklee yang telah dipatenkan dan memang dikagumi seluruh dunia, contoh yang paling saya ingat adalah Nutriferon! Produk yang memang dipatenkan atas nama Shaklee. 

So, sekiranya anda diantara mereka yang berada dikawasan yang terdekat dengan saya, teringin nak cuba Shaklee, nak tahu banyak lagi pasal Shaklee, ada banyak persoalan pasal Shaklee, boleh je, contact saya dan kita boleh jumpa!

Kalau teringin nak jana duit seperti saya pun boleh juga. Just PM me okey. So, pada yang inginkan Shaklee dengan cepat, dan perkhidmatan yang tip top, jangan lupa contact saya. Saya akan bantu customer saya, amalkan Shaklee dengan betul dan berjaya dapatkan kesan. InsyaAllah


Saya Distributor Shaklee Yang Best!

Far
0125716112

Instagram:
Farqistina

Fb Pages:
Supplement Farqistina





Masalah Luka Yang Lambat Pulih

Assalamualaikum.

Luka yang lambat sembuh memang sangat menakutkan dan membataskan kita dengan banyak perkara. Kalau si ibu yang baru bersalin, luka yang lambat sembuh akan menambahkan lagi kegusaran hati si ibu, manakala kalau yang melalui pembedahan, samaada bersalin atau apa sahaja jenis pembedahan, masalah luka yang lambat sembuh akan menambahkan lagi beban sakit yang sudah sedia ada.




Apakah Faktor Luka Lambat Sembuh?

Luka menunjukkan tisu badan kita terkoyak, dan memerlukan masa untuk kembali pulih dan bercantum. Proses pemulihan ini lah, kadang kadang boleh memberi impak besar kepada si pesakit kerana, tempoh penyembuhan setiap individu itu berbeza! Antara faktor yang menyebabkan luka sesorang itu lambat sembuh adalah kerana:

1. Warga Emas. 

2. Pesakit kronik seperti (Diabetes, SLE, Kanser)

3. Penghisap Rokok

4. Kurang makan Protien dan 

5. Makanan yang mempunyai kurang elemen Zinc

6. Pesakit yang pernah mengalami proses penurunan berat yang disebabkan oleh malnourishment.

7. Kurangnya Pengambilan Vitamin C


Ini adalah faktor yang mungkin menyebabkan luka lambat sembuh. Untuk penjelasan yang lebih jelas, boleh refer disini ye : MERAWAT LUKA. Sekiranya kita tidak mempunyai masalah kesihatan kritikal seperti saya nyatakan di atas,  anda mungkin boleh mengamalkan pemakanan yang tinggi protien, vitamin c dan kaya kandungan zink untuk memudahkan lagi proses pemyembuhan.

Antara yang saya kerap amalkan adalah Shaklee Sustained Released Vitamin C, Shaklee Zinc Complex dan juga ESP.  Pada yang mempunyai luka semasa bersalin, Ketiga tiga vitamin ini sememangnya sudah ada dalam Set Berpantang Shaklee. Begitu juga untuk mereka yang mengalami apa-apa proses pembedahan, pengambilan Zinc, Vitamin C dan ESP amatlah digalakkan. ESP Shaklee adalah Non-GMO. Prosesnya juga sangat teliti bersama pakar pakar yang bertauliah.

Disini saya ada selitkan cerita dimana sahabat saya dapat pulihkan luka dalam tempoh 10 hari. Ubati Luka Dengan Cepat.

Ada kemusykilan, boleh terus refer saya ye:

Feel free to entertain u all.

Far 0125716112

Sembuhkan Luka Bersalin Secara Tradisional.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, saya nak kongsikan beberapa tips penjagaan untuk proses penyembuhan selepas bersalin. Bersalin memang proses yang sangat istimewa dan sudah pasti menjadi pengalaman bermakna pada setiap ibu. Tetapi, jangan lupa ye ibu-ibu. Jangan sesekali mengabaikan proses penjagaan selepas bersalin, kerana itulah yang akan menjaminkan kesihatan si ibu untuk jangka masa panjang!

Antara faktor penting dalam tempoh berpantang yang sering diperkatakan adalah amalan-amalan kesihatan yang boleh mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Saya ada beberapa cara tradisional yang boleh dikongsikan berkaitan cara yang boleh dia amalkan oleh ibu ibu semasa dalam pantang.Jom kita baca!




Petua Untuk Pulihkan Luka Bersalin

Disamping mengamalkan pelbagai makanan kesihatan, boleh juga kita amalkan amalan turun temurun dalam menyembuhkan luka bersalin. Di sini saya ada nyatakan beberapa cara yang boleh di amalkan iaitu:

1. Ambil segenggam daun jambu. Bersihkan nya dan rebus didalam air. Biarkan ianya mendidih. Kemudian selepas mendidih, boleh dia sejukkan airnya dan boleh diminum. Boleh juga digunakan untuk membersihkan alat sulit si ibu.

2. Boleh rebus gamat bersama air sehingga mendidih dan sejukkan. Sesuai untuk diminum untuk pulihkan luka dalaman.

3. Gabungan manjakani, halia dan akar kayu boleh direbus bersama air. Air nya juga boleh diminum.

4. Digalakkan juga meminum air pegaga. Selain itu, pegaga juga sesuai di jadikan ulam. Lagi istimewa andainya ianya dimakan bersama lada hitam yang telah ditumbuk. Sangat sesuai untuk panaskan badan.  



Pemilihan Set Berpantang

Tadi saya dah ceritakan antara petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita. Namun pada yang ingin proses penyembuhan yang cepat dan mahu mengamalkan Set Berpantang yang lebih mudah, boleh baca di sini ye: Set Bersalin Mudah Dan Ringkas.

Kalau ingin baca pengalaman sahabat saya yang berjaya pulihkan jahitan selepas bersalin dengan cepat boleh refer di sini ye: Jahitan Luka Bersalin Cepat Sembuh


Selamat Berpantang ye ibu-ibu. Ada masalah, boleh hubungi saya:

Far 0125716112
Fb pages: Supplement Farqistina
Ig: Farqistina

Bye!!

Penghalang Kolestrol Untuk Elakkan Strok


Assalamualaikum.

Saya ingin kongsikan makanan tambahan yang boleh membantu anda mengawal kolestrol dan juga membantu anda menghalang kolestrol dari bertamu dalam salur darah. Shaklee ada mencadangkan beberapa makanan tambahan yang boleh membantu anda iaitu Phytocol-ST dan juga Omega Guard.

Apakah Phytocol-ST

Phytocol-ST memang mengalami proses kajian terperinci dan diyakini dapat mengawal kolestrol di dalam darah. Ini disebabkan kerana kandungan Phytocol-ST ada mengandungi fitosterol dimana ianya adalah sejenis tumbuhan yang dalamnya ada stenol dan sterols. 

Stenol dan sterols pula merupakan sejenis komponen dan tumbuhan dimana dapat dibuktikan boleh menyerap kolestrol dalam usus. Jadinya, tak dapatlah kolestrol masuk dalam badan kita. 

Ianya boleh merendahkan kolestrol jahat (LDL) dan menghalang kolestrol jahat ni sumbatkan salur darah. 

Cara lain boleh dapatkan Stenols dan Sterols?

Boleh. Cara untuk dapatkan stenols dan sterols adalah dengan makan:

200 batang lobak merah 

ATAU

70 keping roti gandum

ATAU

425 biji tomato 

dalam satu hari.

Mampu kah kita? Atau lebih mudah kita amalkan Phytocol-ST sahaja setiap hari.


Jom kenali lebih lagi pasal PHYTOCOL-ST.






Dapatkan Set Mengawal Kolestrol Anda:




Love

Far 0125716112

Cegah Strok, Rendahkan Kolestrol


Assalamualaikum..

Masalah kolestrol tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira siapa pun si empunya badan. Memang semua orang dah tahu tentang bahayanya kolestrol tinggi. Namun sejauh mana tahap kesedaran kita? Apa yang sudah kita lakukan untuk atasi masalah ni??

Kolestrol Pembunuh!

Kejam kan?? Memang betul pun, kolestrol tu pembunuh! Paling menyedihkan, lambakan kolestrol yang terlampau tinggi pada peringkat awal memang tidak dapat dikesan.. Tiada tanda awal, memang biasanya penghujungnya adalah strok atau pun mini strok!

Fakta Tentang Kolestrol

Ada kolestrol baik dan ada yang jahat. Yang baik namanya HDL (High Density Lipoprotien) yang baik namanya LDL(Low Density Lipoprotien). Ada juga lagi satu VLDL(Very Low Density Lipoprotien).




Kenapa kita panggil dia kolestrol jahat? Sebab ianya suka menempek di salur darah. Lambakan nya pada salur darah akan buat salur darah kita tersumbat! Kalau yang baik ni, dia boleh keluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan bawa ke hati. Nampak tak, kontra nya mereka. Satu suka menempek pada salur darah. Satu lagi tolong bawak kolestrol yang bertempek tadi keluar dari situ.

Cegah Kolestrol Tinggi

1. Diet

Diet adalah cara yang paling tepat! Kita mengawal makanan yang kita ambil dan pastikan makanan yang diambil adalah lebih berkhasiat dan kurang berlemak serta berminyak. Macam klise kan?Sebab, tiap kali nak sihat, memang kena kawal jenis makanan. Tapi memang itu lah nyata dan kenyataannya. Makanan yang sihat, akan bawa kepada kesihatan yang lebih baik.




2. Turunkan berat badan

Lagi satu kena la turunkan berat badan untuk mengawal kolestrol. Sebaiknya lemak yang berada dikawasan perut harus di buang. Cara yang selalu dicadangkan senaman. Tapi saya ada beberapa tips untuk kempiskan perut. Boleh refer sini ye: Perut Kempis Macam Model



3. Berhenti merokok.

4. Amalkan makanan tinggi protien, rendah lemak, tinggi serat seperti sayur, buah-buahan.

5. Kurangkan mengambil banyak sangat daging merah dan kuning telur.




 Cadangan Lain Untuk Kawal Kolestrol?


Antara makanan yang boleh mengawal kolestrol adalah karot dan tomato. Sebanyak mana mahu ambil? Boleh baca kat sini eh: Cegah Kolestrol

Mulai sekarang, jom kita amalkan cara hidup yang sihat. Kurangkan  makanan yang boleh menambah risiko penyakit merbahaya. Peliharalah jumlah kolestrol LDL dan HDL bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

Love,

Far 0125716112