Bila Hati Dah Cinta...


Weekend lepas, jadual saya penuh sangat. Penuh tak dela pegi shopping, tapi dating bersama orang orang hebat. Seronok kot, happy semacam je saya rasa. Sebab, bila kita duduk dengan orang-orang positif, badan kita ni, automatik rasa fresh n tak sempat nak fikir bukan bukan. 

Hari Jumaat Malam

Saya drive dari Port Dickson menuju ke Shah Alam, untuk hadirkan diri dalam satu majlis ilmu bersama mentor-mentor bisnes saya. Masa tu, memang saya tak sihat sikit, tapi bila ingatkan pengisian yang hebat, memang rasa semangat tu lain macam sikit. Yang bestnya, macam biasa la, saya dengan seronoknya boleh bawak qistina sekali. Tempat tu pun ada playground. Takde la bosan si qistina. Okey saya belanja gambar eh.

Family bisnes saya :)
Great performance

Sabtu nya..

Plan ada appoinment dengan great mentor Master Shareeza a.k.a Kak Cery, tapi ditunda ke esok hari. So, hari tu saya tukar plan bawak qistina jejelan kat Taman Botani Putrajaya! Bawak dia naik bot, memang itu feberet qistina. Memang memanjang la, dia ucap terima kasih kat mami, sebab bawak dia naik bot. Mami belanja gambar. Masa ni kiteorang pergi sekali ngan family my sister.




Ahad nya..

Hari ni, jadual bermula seawal pagi. Sebab appoinment dengan kak cery 10.30am. Alhamdulillah sampai ke Faizworld Training Center di Bangi, tepat pada masanya. Berdebar-debar sebenarnya bila nak jumpa kak cery. Al maklum lah, she is the great mentor. Dalam Shaklee, siapa tak kenal dia. Jutawan muslimah yang asalnya adalah Jurutera Petronas, tapi berhenti kerja jual Shaklee. Tapi pendakian beliau nak sejauh ni, bukan setakat goyang kaki tau. Sebab tu la, kene dekatkan diri dengan orang berjaya, supaya boleh jadikan penanda aras untuk kita sendiri lagi maju!

Apapun,saya suka cara pendekatan yang beliau tekankan pada kiteorang. Simple, dan cool. Tapi sangat berilmu. Semua nasihat dan tunjuk ajar dia, saya memang akan simpan elok elok. Berbisnes adalah untuk Allah. Bukan semata nak duit. "Do what u love, money will follow"

jiha, Kak cery, juliya n me
me n kak cery (nak jugak letak walaupun gegar, mahal oo gambar ni)


Yey, dapat hadiah ni dari Kak Cery :) 


Habis je sessi kak cery di Bangi, terus drive ke Holiday Villa, Subang. Ada pula Motivation Rally. Untuk apa motivation rally ni? Shaklee buat khas untuk meraikan mereka yang berjaya berbisnes dengan jayanya. Ada pula, perkongsian ilmu bersama Master-master Shaklee yang hebat! Saya suka, sessi ilmu begitu. Bukan setakat untuk bisnes, tapi untuk kita kuatkan semangat dalam apa jua hal pun. Saya pernah kata, Shaklee bukan setakat supplement, ianya adalah ukhwah dan ilmu.

Dari kiri: Master to be jiha, saya, Master Lyna , Master Hadha, Ana,Master to be Ainul


Sharing masa tu..

Kisah Aunty Rohana

Dalam sessi ni juga, saya dengar satu kisah benar, perkongsian seorang aunty yang bernama Rohana. Usianya 61 tahun tau! Dah pencen dah pun. Dia baru 7 bulan jual Shaklee, tapi dah di rank yang tinggi dalam Shaklee. Asalnya, suami nya ada Kanser Hati dan dia mencuba merawati dengan amalkan Shaklee. Dan sekarang husband dia bebas Kanser setelah buang separuh hatinya dan konsisten makan Shaklee! Dari situ, dia start nak jual dan kongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang! Hebat kan? Aunty ni dah 61 tahun kot. Semangat nya hebat!Tak pernah ada title terlambat dalam KUASA Allah. Allah marah kalau kita menafikan Kuasa Nya. Rezeki Allah tak kira masa. DIA maha MEMBERI.

with Aunty Rohana

Kisah Master Dr Che Lah

Dr Che Lah bersama Shaklee dah 16 tahun! Tiada erti putus asa. Dia berkongsi Shaklee untuk semua orang tanpa jemu. Sekarang dah berjaya, dan dah dapat sponsor satu Maahad Tahfiz. best kan??

Kisah Master Lyna Noh

Master Lyna Noh, adalah asalnya Jurutera di Petronas. Buat Shaklee dan sekarang pun dah berhenti kerja. Katanya yang penting fokus dan kualiti. Apa saja yang kita buat, janji ada matlamat dan fokus!!



So, nak join saya bersama family Shaklee saya yang sangat best??

Jooommm!

Far 
0125716112

Anak Kerap Demam, Atasinya Dengan Bijak


Sesiapa yang jadi ibu, mesti sudah terbiasa dengan masalah anak demam. Anak demam itu perkara biasa. Tapi kalau, anak kerap kali demam itu memang agak luar biasa!

Anak demam, Mak pening

Saya nak cerita kisah yang berlaku kat saya. Sejak awal tahun ni, Qistina memang kerap sikit demam. Selang beberapa bulan, mesti demam. Saya memang agak susah hati, sebab situasi macam ni, dah lama tak berlaku. Sejak dia berusia 2-3 tahun, memang susah sangat tengok dia demam. Fenomena ke klinik tu, memang dah lama saya tak tempuh. Saya memang hantar qistina ke taska.Nak kata sebab taska,  since baby pun, memang dia dah kat taska. Tapi, masuk je 4 tahun, saya hantar ke tadika. Dan sebenarnya sejak tu lah dia kerap demam. 

Saya terfikir juga, mungkin dia demam sebab penat dengan rutin harian yang totally berubah sejak sekolah. Tapi after beberapa bulan still sama. Kalau selsema tu, payah sangat nak baik. 

Solusinya?

Pikir punya pikir.. Memang saya realize yang saya dah lama tak bagi dia apa apa supplement. Vitamin C ke, Mealshake or apa apa je perisai badan. Masa umur dia 2-3 tahun tu, saya memang bagi dia Mealshake sebab dia ada masalah sembelit yang teruk. Memang bleeding la setiap kali membuang.. So, lepas amalkan Mealshake tu, alhamdulillah memang dia dah bebas dari masalah sembelit. Demam pun tak de. Saya stop kan dia mealshake, masa dia nak cecah 4tahun. Masa tu, dia dah start meragam cakap tak nak minum. Banyak la alasan dia.. So, saya stop..

Keadaan tu berlarutan, dan dia langsung saya tak bagi apa apa supplement. Hingga lah satu masa tu, dia demam teruk. Dia sendiri yang offer, "lepas sihat nanti nina nak minum ubat Shaklee lah mami, mesti nina lepas ni akan lebih sihat" 

Huhu, dia memang panggil shaklee tu "ubat shaklee". So, start dari situ saya mulakan kembali amalkan Mealshake. Alhamdulillah, start balik raya baru ni, kesihatan dia masih terkawal. Walaupun ramai kawan-kawan tak sihat, dia masih ok. Memang rasa syukur sangat. Sebab mak mana tak risau kalau anak asik demam kan??



Selera Makan Bertambah

Ini pun satu hal juga, sejak saya amalkan kembali Mealshake, selera makan si princess saya ni juga amatlah membanggakan. Lapar je memanjang! 

Memang syukur sangat. Sekurang-kurangnya, kesihatan dia makin baik dan makan pun banyak. Sembelit dah tak de.Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan.


Penting Untuk Ibu

So, untuk ibu yang rungsing anak tak makan, anak asik demam, boleh la cuba ikhtiarkan dengan Mealshake. Memang dah ramai ibu-ibu berjaya sihatkan badan anak mereka dengan Mealshake. Anak tu, harta kita. Kalau anak sihat, hati kita pun girang gembira!


Jom, Mealshake!

Trusted Shaklee Distributor
Far 
0125716112
fb pages: Supplement Farqistina
Instagram: Farqistina

Atasi Masalah Gula Tinggi Jangan Sampai Terkena Diabetes

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak citer pasal mak saya yang jatuh cinta sangat dengan VIVIX Shaklee! Asalnya, saya bagi mak saya cuba Omega Guard. Memang dia suka sangat dengan Omega ni. Sebab badan dia jadi ringan dan mudah sangat nak membuang. Lenguh kaki dia pun dah mula hilang. Saya nak bagi cuba Ostematrix katanya besar sangat.Banyak pulak tu nak kene telan. So, dia konsisten la makan Omega Guard. 

Mula makan Vivix

Asalnya, saya dah lama pelawa dia cuba VIVIX. Saya kata mudah untuk dia, cuma perlu amik sesudu je setiap pagi. Dia cakap, takpe lah dulu. Nanti- nanti lah.. Hinggalah satu masa tu, dia bagitau saya, kawan dia ada makan VIVIX. Nak cuba jugaklah! Hehe, kelakar pulak saya cakap. Selama ni, saya bagitahu takde pulak mak saya tergoda kan! Pengaruh sahabat kuat betul my mummy nih!

Bermula dari situ lah, saya hadiahkan dia VIVIX. Kebetulan promo. Dia kata, badan dia ok. Perut dia jarang masuk angin.  Pendek kata SUKA la! Lepas habis sebotol, dia nak beli lagi. Saya tak jual pun! Bagi free je. Cuma saya cakap, doakan saya murah rezeki!! 

Sekarang di botol ke 2, kesihatan dia nampaknya stabil. 



Peristiwa Bulan Ramadhan

Bulan puasa baru ni, mak saya alhamdulillah dapat menunaikan umrah. Sebelum ke sana, dia memang nak jumpa doktor, pastikan badan dia sihat. Dia risau, tekanan darah n gula dia tinggi. Sebab pernah jadi darahnya mendadak naik. Dia risau, sebab tau je la, mak saya ni kuat sangat makan nasi. Kerap lapar katanya. Makan kuih memang super duper manis!!  Dia ada bagitau kiteorang, ikut pattern dia makan ni, confirm gula boleh naik...

Hasilnya??

Alhamdulillah, tekanan darahnya perfect! Gula pun perfect!

Segalanya terkawal!

Happy la dia.. Sejak itu gigih la dia konsisten amalkan VIVIX. Cuma masa nak ke umrah tu, dia tak nak bawa VIVIX. Dia risau, nanti susah nak simpan. So, saya bekalkan Omega sahaja. Memang itu je lah supplement yang dia bawak.

Vivix sesuai untuk semua peringkat umur

Memang VIVIX sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Cuma cara pengambilan nya saja berbeza. Sesuai untuk golongan warga emas yang kurang minum air dan senang untuk di makan. Apa tunggu lagi, moh la kita hadiahkan kat ibu atau ayah memasing. 



Trusted Shaklee Distributor:
Far 
0125716112