Isu Bulan Puasa: Bawa Anak Terawih

Salam Ramadhan untuk semua..

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat,kita semua masih di rezekikan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ni. Ini merupakan Ramadhan ke 4 saya bersama anakanda saya tersayang Qistina.. MasyaAllah sayu hati saya, tiapkali terpandang wajah Qistina bila tiba Ramadhan.  Saya dapat rasakan peningkatan usianya,setiap kali tiba Ramadhan. Kalau tahun lepas, dia hanya tahu kacau saya dimeja makan,berbeza pula tahun ini, dia boleh bersama sama saya bacakan doa berbuka puasa.Dia jugalah akan usik saya, jangan makan dulu sebelum azan.. Dialah ratu hati saya sepanjang hayat. Nyawa saya sepanjang masa.


Terawih bersama Qistina

Alhamdulillah tahun ini,saya berjaya membawanya kemasjid. Mulanya macam tak yakin, risau dia menangis minta nak balik. Tapi, bila kita yakin dan mungkin Allah mengetahui apa niat kita, alhamdulillah, dia sangat behave sepanjang saya kat masjid. Saya pakaikan dia telekung, dan dia turut serta bersama saya, tunaikan solat isyak, 4 rakaat. Tanpa bergerak..Tanpa berhenti..Tapi Qistina bgtau saya, dia dah penat nak ikut saya sembahyang lagi (meneruskan terawih). Rasa terharu. Anak saya yang baru berusia 3 tahun, telah berjaya menunaikan solat jemaah bersama saya. Dirumah memang saya ada buat aktiviti solat bersama, mengaji, berdoa..Tapi biasanya, dia akan berhenti separuh jalan. Berdoa pun mungkin sekejap, lepas tu dah berlari lari kesana sini.Tapi paling saya ingat, masa kehilangan MH370, dia adalah orang yang selalu berdoa. Tiap kali saya minta dia berdoa, ayatnya hanyalah "ya Allah jumpakanlah aeroplane yang  hilang". Itulah anak saya. Sampai sekarang tiapkali nampak kapalterbang, mesti bagtau saya aeroplane dah jumpa..Susah juga untuk saya terangkan pada dia, yang hilang nya bukan itu. Risau kan, nanti takut dia fobia naik kapal terbang.

Nostalgia Ramadhan

Bila saya kenangkan pengalaman saya mengikut ibu saya kemasjid dulu, membuat kan saya sikit susah hati sekiranya saya nak bawak Qistina kemasjid. Mungkin juga, saya terlalu risaukan keselamatan Qistina. Disebabkan saya pernah melalui pengalaman jatuh dari tangga masjid, semasa ibu saya menunaikan solat terawih! Huh, pengalaman yang memang saya tak dapat lupakan. Berjahit jugakla dahi saya, parut nya masih ada sampai sekarang! (tapi InsyaAllah, sekarang dah amik Collagen n VIVIX Shaklee, parut boleh go away!) Jadi, memangla, pengalaman itu menjadi igauan pada saya. Sebab tu, saya selalu terfikir fikir nak bawa Qistina ke masjid.  Huhu, sifat mak yang sentiasa risau tentang anaknya.

Bercerita tentang membawa anak ke masjid, memang isu ini menjadi sensitif pada sesetengah orang.Ada juga ibu yang merasakan anak kecil tak perlu la bawa pergi masjid. Nanti bising.. Betul, saya tak nafikan dulu saya ada fikir begitu. Sebab dikalangan orang melayu kita akan pandang serong bila ibu bawak anak kecil ke masjid.. Tapi pandangan saya totally berubah, selepas saya mengikuti Simposium Fiqh Wanita di Masjid Wilayah pada May lepas.

Intipati Simposium Fiqh Wanita

Apabila penceramah itu menerangkan perihal pendedahan awal pada masjid terhadap kanak kanak.. Cerita dia, tiada salah kita membawa anak kecil ke masjid, kerana niat kita untuk mendedahkan anak anak pada masjid dan secara tak langsung aktiviti sembahyang jemaah itu sendiri. Tentang bising, sememangnya anak itu harus diterangkan, dijelaskan bahawa sewaktu para jemaah sembahyang, semua orang tidak boleh bising. Mungkin kesalahan itu akan dilakukan beberapa kali, namun selepas tu, mesti mereka mulai faham. Sekurang kurangnya, kita berjaya mengajar mereka tentang adab di masjid.  Antara yang dijelaskan lagi oleh ustazah itu adalah, apabila kita mendekatkan anak anak ini dengan masjid, insyaallah, masjid tak dirasakan asing pada mereka tatkala mereka dewasa.  Maka, tiada lah lagi masalah masjid menjadi sunyi. 

Itu adalah antara perkongsian yang boleh saya share hari ini. Semoga kita, memberi sokongan kepada ibu atau bapa yang membawa anaknya kemasjid. Boleh menegur sekiranya mereka bising. Tetapi usah dimarahi mereka, disuruh mereka balik. Si bapa atau si ibu juga, harus pastikan anak anak itu tidak mengganggu saf saf orang dewasa. Sekiranya mereka masih kanak kanak, mereka harus kebelakang, atau ibunya itu perlu duduk dihujung saf..

Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya.
 Far

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment