MAKANAN DARI SYURGA!


Assalamualaikum..

Okey, hari ni saya nak share berkaitan satu makanan yang di gelar sebagai makanan dari syurga! MasyaAllah, memang makanan ini diketahui ramai, dan biasa didengari. Malahan dalam Al-Quran sendiri terdapat 3 kali disebut kan tentang makanan dari syurga ini. Saya rasa, ramai yang dah boleh teka dan makanan istimewa itu adalah Manna dan Salwa.


Manna @ Arabic Gum @ Acacia Gum

Saya sebenarnya, memang biasa dengar pasal manna dan salwa, tapi tak pernah pula terfikir nak membaca secara detail berkaitan makanan hebat ini. Hingga la, satu masa saya tengah memilih susu yang sesuai untuk Qistina, kawan saya ada cadangkan satu jenis susu produk tempatan dan mempunyai sijil IMP( Islamic Manufacturing Process) dan dalam kandungannya ada terdapat Manna. Dia kata pada saya, bagus ni, untuk sistem pencernaan kanak kanak, dan jugak boleh mengelak kanser. Oh masa tu, saya sangat naif tentang khasiat manna, terus membuat sedikit research pasal manna ni. Bila saya dah faham, alhamdulillah, saya memang berikan susu tu pada Qistina, sejak dia stop menyusu, hingga la sekarang dah 3 tahun.  So, saya nak share sikit apa output dari research saya ye..

Petikan Ayat Al-Quran berkaitan Manna dan Salwa

Dan Kami menaung kamu dengan awan, dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justru merekalah yang menzalimi diri sendiri.   
                                                                                                                                        Surah al-Baqarah:57
Dan Kami membagi mereka menjadi dua belas suku yang masing-masing berjumlah besar, dan Kami wahtukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya. "pukullah batu itu dengan tongkatmu!" Maka memancarlah dari batu itu duabelas mata air. Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami  berfirman), "Makanlah yang baik-baik dan rezeki yang telah Kami berikan kepadamu." Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi merekalah yang selalu menzalimi dirinya sendiri. 
                                                                                                                                                  Surah al-A'raf:160

Wahai Bani Israel! Sungguh kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sina) dan Kami telah menurunkan kepada kamu manna dan salwa. 
                                                                                                                                                    Surah Thaha:80

Berikut adalah ayat Al-Quran yang menceritakan pasal Manna & Salwa. Kalau kita fikirkan secara logik, semestinya makanan ini yang terbaik, kalau tidak masakan Allah boleh menyebutkan 3 kali di dalam kitab Al-Quran. Malahan ianya juga di akui didalam kitab Injil dan Taurat. 

Apa itu Manna?

Manna dikenali sebagai Gam Arab @ Arabic Gum dan juga dikenali sebagai Acacia Gum yang merupakan getah yang terhasil dari sejenis pokok yang bernama Akasia ataupun Acacia. Pokok ini banyak terdapat di negara Sudan. Ianya bahan seperti getah yang keluar pada awal pagi, dan akan mengeras terbentuk seperti kertas selepas terbenam matahari. Ianya boleh terus di makan ataupun diarutkan didalam air. 


Kajian Tentang Manna

Manna merupakan tumbuhan yang berbentuk fibre. Mempunyai 100% serat.Ianya sangat berguna dalam membuang bahan buangan dari dalam badan.

Manna banyak sangat digunakan dalam bidang perubatan. Antara kajian tentang Manna yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia adalah ianya boleh digunakan untuk mencegah masalah kanser kolon, masalah angin dan sembelit. Antara penyakit kritikal seperti Jantung dan Diabetis juga dapat dicegah dengan pengambilan Manna. Manna juga mempunyai khasiat serat yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan penggunanya akan merasa kenyang seterusnya boleh la nak kurus :)

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour Nutrition pada tahun 2008, Manna berjaya dibuktikan sebagai prebiotik semualajadi yang terbaik. Kajian yang dilakukan terhadap 10gram Inulin dan 10gram Manna dalam tempoh 4 minggu, telah menunjukkan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteriods dalam kumuhan najis sample Manna adalah lebih tinggi berbanding Inulin.

Lagi kajian perubatan..

Kajian membuktikan bahawa Manna mampu memberi kesan tentang penurunan darah tinggi dan boleh mengurangkan risiko kanser usus.

Ape pula Salwa??

Al-Salwa adalah seekor burung yang dikenali sebagai burung puyuh@ burung quil. Sejenis burung yang Allah jadikan berpindah randah pada musim tertentu. Pergabungan antara Manna dan Salwa adalah gabungan dua sumber makanan yang Allah turunkan kepada umat manusia.

Al-Salwa

Menarik bukan?

Itu adalah cerita tentang Manna dan Salwa. Khasiat Manna sebagai prebiotik memang dah terbukti dikajian antarabangsa. Alhamdulillah, lepas mengetahui segala khasiatnya, saya yakin, susu dan supplement yang saya bagi anak saya memang terbaik. Saya ada tambahkan supplement untuk Qistina dalam diet harian dia, bagi menyelesaikan masalah sembelit yang dia hadapi. Boleh refer disini ye: Cara saya hadapi sembelit Qistina


Salam sayang

Mami far :)
0125716112

Bye!
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment