Tips Penyusuan Berjaya


Salam semua..

Tempoh penyusuan ekslusif 2 tahun kepada baby adalah tanggungjawab asas untuk ibu diluar sana. Sekarang kemudahan penyusuan terlalu banyak. Pump yang sangat moden, baju untuk menyusu, beg penyimpanan susu, ais pack utk sejukkan susu dan macam macam lagi la. Semua ni, mmg sangat memudahkan ibu yang busy nak menguruskan misi penyusuan ini. So, dgn segala kemudahan, tiada lg masalah bukan? Cuma kadangkala, ibu mempunyai masalah dalam mengatur masa bermula dari awal pagi sampai la waktu tidur. 

Ibu Menyusu

 

Tips Menyusu Selama 2 tahun

Hari ni saya nak share sikit pengalaman saya dalam melaksanakan misi penyusuan secara ekslusif.
  1. Ilmu menyusu

  • Ilmu menyusu yang saya maksudkan adalah, si ibu perlu belaja tentang selok belok nak menyusu. Cara nak simpan susu, cara nak cairkan susu, berapa lama susu boleh bertahan, cara nak menyusukan baby, dan mcm2 lagi. Ibu jgn hanya ckp dimulut nak nyusu selama 2 tahun, tapi mcmana bentuk pump pun xtau!! So momies, plez timba ilmu!!

     2. Berjiwa kental

  • Ibu yang nak menyusu mesti kene ada jiwa yang sangat kental! Sekental kentalnya! Saya ingat pesan kawan saya, sekiranya kita decide utk menyusu kalau ada 10 org didepan kita, hanya 2 org yang akan support, selebihnya akan membangkang. Membangkang yg saya maksudkan bukan dengan cara seperti " tak yah ko breastfeed buat penat je" tetapi membangkang secara silent ni yang paling gerun contohnya " cukup ke susu ko ni eh?sempat ke nak cukup 2tahun. Org lain aku tgk kejap je, lps tu dah stop, sebab tak cukup susu"
  •  Jujur saya cakap, saya kalau berjumpa dengan org sebegini, sorry saya memang buat dgr tak dgr je. Ini adalah org yg sgt bahaya!! Orang ni boleh sebarkan viral yang sgt dahsyat dalam sessi penyusuan kita. Boleh nak kawan..tapi abaikan je semua yg dia ckp. Dalam meneruskan misi penyusuan ni, kita jangan dengar cakap org langsung! Dengar yang baik takpe, tapi kalau apa yg dia cakap negative mmg tak payah dgr.. Susu tak cukup? Nanti anak tak kenyang? Anak manja? Anak tak gemuk? Badan penat? Semua tu sbnrnya cara cara org utk gagalkan penyusuan kita je. Mana ada tak cukup susu? Allah dah buat cantik dah, besar mana budak tu, byk tu jugaklah susu mak dia ada.. (Saya bercakap dari segi ibu yang memang ada susu ye, kalau ada ibu yang lepas bersalin takde susu, itu nanti kita discuss) so sekiranya ada org ckp baby kita tak cukup susu tu, itu dongeng je.. Sebab tu saya kata hati ibu kene kental! Jangan mudah terpengaruh dengan cakap org! 
  • Jgn mudah down bila susu merudum. Tapi kene cool, dan ikhtiar utk bykkan susu. Ingat Allah dengan KITA tau

    3.  Memilih jenis pump yang sesuai dengan corak kerja kita

  • Pump susu kat pasaran memang sgt banyak. Sekarang pun dah pelbagai bentuk! Ada yang manual, ada yg elektrik. Ada yang boleh pump serentak, ada yang sebelah sebelah. Tepuk dada tanya selera! Kalau tanya saya, saya memang pilih yang Elektrik. Dual Pump. Ringan.Tak Bising. Cepat. So saya memilih Medela Freestyle!! Memang mahal, tapi saya memang tak banyak masa nak tunggu lama. Saya memang nak cari yang cepat pump dan hasil banyak. 

  4. Pengurusan masa dalam pump

Urus masa
  • Okey, disebabkan saya setiap hari bertolak dari rumah pukul 6.45 pagi dan sampai ke tempat kerja pukul 8.30, so sebelum pergi kerja saya akan pump dulu. Saya bangun seawal pukul 4.30 dan saya akan siapkan apa yang patut.
    • Packing susu yang nak dibawa ke taska/pengasuh
    • Packing barang tuk bawak ketempat kerja (pump, botol simpan susu, ice pack yang cukup)
    •  Pump susu
      • Saya akan pump dulu sebelum pergi kerja, dan sebelum anak saya bangun. So, saya dah dpt 5-4  oz untuk sebelum pegi kerja!!
  • Ibu kene la bkorban waktu tidur ya!
  • Ditempat kerja saya akan pump 3 kali. Pagi,  tengahari dan petang. Saya memang takkan skip jadual ni. Dan alhamdulillah biasanya sehari saya boleh bawak balik 20oz. Cukup la untuk qistina guna, dan boleh simpan buat stok jugak.  
  • Macamana kalau terskip? Takpe, tapi cuba buat untuk masa seterusnya. Janji jangan langsung tak pump dalam tempoh kite kerja. Kalau nak tau,  susu ibu ni teorinya adalah demand and supply. Caner nak supply kalau takde demand?? Demand tu mksdnye pump atau direct feed. So kalau ada proses pump atau baby menyusu, so selagi itulah susu akan ada! Pengang konsep ni ye ibu.. Yakin kan hati!!
  • Ibu jugak perlu blaja utk curi masa. Mana ada kejayaan kalau tak berusaha kan? Gunakan peluang dan ruang masa yang singkat tu, utk pump. Jangan waktu senggang tu digunakan utk buat kerja yg tak faedah. So ibu, ready yer.. plan ur jadual menyusu. Jgn skip!!
  5. Penyimpanan susu
  • Ibu kene cekap cara nak handle susu. Ada org memilih palstik utk simpankan susu, ada org suka botol. Mcm saya, saya suka guna plastik je. Jingle Jungle. Senang. So susu yang ibu bwak balik dr ofis, yg tu jadikan stok, so guna stok susu yang ada dlm fridge.  Susu tu yang dah cair sepenuhnya dah tak boleh nk bekukan balik tau. So biasanya saya akan amik susu yg beku, letak dlm fridge yg bahagian bawah. So esok pagi susu itu akan cair, so bwk g skol.
    Cara Simpan Susu Ibu

6. Amalkan makanan yang sihat
  • Amalan makanan yang sihat adalah terbaik sgt untuk pekembangan anak. Ibu kalau boleh, elakkan makanan yang boleh kurang kan susu. Jangan amik byk kaffien. Kurangkan ais. Sebab ada baby, mmg cepat sikit terkesan.
  • Ibu pula, jgn lupakan amalkan makan makanan yg kualiti, untuk menjaga kualiti susu
  • Pengambilan supplement juga penting untuk memberi tenaga kepada ibu untuk memastikan bdan ibu sentiasa cergas!
  • Antara supplement yang boleh diamalkan untuk ibu menyusu:
    • Set Penyusuan Shaklee ini adalah merangkumi segala keperluan seorang ibu ketika menyusu
    • Ibu kene ingat, makan supplement utk bagi badan sihat  dan hasil susu yang banyak
    • Jangan jadikan supplement sebagai ubat untuk banyakkan susu.
    • Badan sihat = susu banyak

Set Penyusuan Shaklee

Okey ibu semua, itu antara tips yang boleh saya kongsi selama saya menyusu qistina selama 2 tahun lebih..InsyaAllah, ibu kat luar sana mesti boleh!! Yang penting nekad dan usaha ya!!


Mahukan pendapat yg bagus berkaitan dengan breastfeeding?
Jangan malu contact saya ye:)

Far 0125716112



SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment