4 Tips Paling Sempoi Untuk Hadapi Anak Yang Akan Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t

Hai peeps!!

Bila tiba musim peperiksaan, semua ibu-bapa biasanya akan cuba sehabis baik untuk membantu anak mereka mengadapi peperiksaan. Saya tergerak hati nak share tentang TIPS SEMPOI yang mungkin ibu bapa boleh amalkan sekiranya anak ingin hadapi peperiksaan. Punca asal saya nak share sebabnya, hari ni adalah hari pertama anak saya exam. Berapa umur anak saya?? Baru 4tahun je! Tapi tadika sekarang 4 tahun pun ada buat exam juga. Rasa seronok juga nak share, sebab ini adalah pengalaman pertama saya hadapi anak exam,dan saya sehabis baik cuba nyata kan kepada Qistina, Exam is Interesting!!




Maklum la, dia baru 4 tahun okey! Saya tak nak la dia rasa, peperiksaan itu susah, dan sekolah itu bosan. Walaupun pada hakikat nya untuk 4 tahun, bukan la peperiksaan sehebat darjah satu, tapi saya ingin wujudkan suasana peperiksaan itu sangat santai dan relax!! Jadi, jom baca tips sempoi hadapi anak nak exam yang berjaya saya ringkaskan, mungkin boleh bantu u all hadapi anak yang ingin duduki peperiksaan.

Amalan Ibu Bapa Hadapi Anak Menduduki Peperiksaan

1. Pastikan Ibu-bapa Memberi Semangat
Semangat datangnya dari segi fizikal dan juga mental. Kalau untuk anak yang dah besar, boleh la sediakan barang-barang yang diperlukan oleh si anak. Ibu-bapa juga perlu luangkan masa untuk melayani anak. Bukan dorang exam hari-hari pun kan!Jangan sesekali membuat ugutan yang boleh membuatkan anak rasa tertekan. Ini sangat bahaya!! Kadangkala, anak akan sangat tertekan dan ini akan memberi impak negative pada anak.

2. Beri Keyakinan Pada Anak
Cara yang paling mudah adalah jangan "under estimate" kemampuan anak. Beri peluang dan ruang untuk mereka buktikan kemampuan mereka. Kalau markah mereka pernah rendah, jangan takutkan mereka dengan markah rendah yang pernah mereka terima, tetapi sentiasa ingatkan dia akan dapat markah jauh lebih baik dari sebelumnya!!

3. Beri Kerjasama 
Satu keluarga kena beri kerjasama pada mereka yang akan menghadapi peperiksaan. Caranya mudah, elakkan aktiviti di luar yang bakal mengganggu masa ulangkaji mereka. 

4. Banyakkan bertawakal Pada Allah.
Sebaiknya galakkan anak untuk lebih mengharap pada Allah, dan menyerahkan segala-segalanya pada yang Berkuasa. Tapi, tidaklah bermaksud membiarkan anak tanpa mengulangkaji pelajaran. Tetapi memberi penekanan bahawa kejayaan itu datangnya daripada kuasa Allah. Kita perlu berusaha sehabis baik, selebihnya berserah pada yang MAHA ESA.




Peperiksaan itu Menyeronokkan!

So, mak ayah semua, jangan sesekali memberi tekanan pada anak. Buat peperiksaan itu umpama perkara yang PERLU HADAPI bukan TERPAKSA HADAPI! Peranan ibu bapa memang sangat penting dalam memastikan kejayaan anak! Jangan tuding jari pada guru dulu tau, kalau anak tak cemerlang! 

Dapatkan  Tips Istimewa dari Dr Asmadi? Boleh refer kat sini ye: TIPS HADAPI ANAK EXAM

Ok, bye! 

Good Luck Mommies!!

Mami Far
Shaklee Independent Distributor
0125716112

((Kalau nak dapatkan supplement untuk menajamkan fikiran dan kurang mengurangkan keletihan anak, boleh contact saya ye :)))



SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment