Masalah Kolestrol Tinggi, Punca Sebenar Sakit Jantung

Assalamualaikum w.b.t

Okey peeps! hari ni, saya nak share sikit berkaitan masalah kolestrol tinggi yang memang kerap sangat diceritakan. Ramai juga kawan saya yang rupa bentuk persis model, tetapi ada masalah kolestrol tinggi. Eh, boleh ke orang kurus, kolestrol tinggi? Boleh sangat! Sebab tu kena tahu, apa itu kolestrol, dan kenapa kolestrol adalah punca utama sakit jantung!



Apa itu Kolestrol?

Kolestrol merupakan sejenis lemak dikenali juga sebagai lipid. Ianya juga penting dalam keperluan badan manusia. Kolestrol boleh terhasil dari badan manusia, dan ianya juga boleh di perolehi dari sumber makanan lain. Kolestrol dipercayai digunakan untuk menghasilkan cecair hempedu.Proses ini berlaku didalam organ bernama hati. Ianya penting dalam memelihara saraf, membina sel baru dan penting juga dalam menghasilkan hormon tertentu.

Punca Sebenar Sakit Jantung?

Sakit jantung memang kerap sangat kita dengar. Malah kebelakangan ini, kita kerap dikejutkan dengan kematian mengejut akibat sakit jantung. Kenapa boleh jadi begitu? Sakit Jantung sebenarnya berpunca dari masalah penimbunan kolestrol dan lemak  di pembuluh darah manusia! Pembuluh darah yang juga dikenali sebagai arteri merupakan tempat pengaliran darah yang akan membawa oksigen ke seluruh badan termasuk lah jantung. Sekiranya, pengaliran oksigen ke jantung itu gagal, maka jantung tidak mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan akan bertambah kritikal sekiranya, penyumbatan di salur darah itu mencapai lebih daripada 75% maka otot pada jantung akan terhenti! Proses ini dinamakan ATEROSKLEROSIS.



Proses ini lah akan menyebabkan serangan jantung! Ianya lebih dikenali sebagai Penyakit Arteri Korinari. Jangan tak tahu, inilah pembunuh nombor satu dunia!!

Bagaimana Ianya Berlaku

Seperti yang kita tahu, arteri ataupun pembuluh darah akan bawa darah ke seluruh pelosok badan manusia! Kolestrol-kolestrol didalam pembuluh darah akan membuatkan pergerakkan darah itu terganggu. Arteri yang tersumbat ini juga boleh pecah! Kalau pecah di jantung jadilah serangan jantung. Sekiranya ada organ yang tidak dapat bekalan darah dan oksigen yang cukup, maka rosaklah organ tersebut. Kalau berlaku di otak, terjadilah pula STROK!

Faktor Risiko?

Seperti biasa, faktor utama sakit jantung ataupun kolestrol tinggi ini adalah:
  • Diet harian
  • Kurangnya bersenam
  • Merokok
Ini adalah antara faktor utama dimana punca asal bagaimana kolestrol boleh menimbun di arteri darah.  Lebih malang kerana, tanda kolestrol tinggi kadangkala tidak dapat dikesan. Namun, antara petanda kolestrol tinggi dan cara pencegahannya boleh baca disini: Petanda Kolestrol Tinggi

Mencegah Sakit Jantung

Sememangnya kolestrol tinggi boleh menjadi igauan semua golongan jantina. Sebaiknya uji lah tahap kolestrol anda bagi mengelakkan kejadian serangan jantung secara mengejut. Kalau usia menjengah 35 tahun, sebaiknya buatlah pemeriksaan sekali setiap tahun.




Disamping itu, boleh la amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi menjadikan kehidupan seharian kita bermakna. Amalan gaya hidup yang sihat, dan makanan yang berkhasiat mungkin boleh juga ditambah dengan amalan-amalan makanan tambahan yang bersesuaian boleh mengelakkan penimbunan kolestrol pada arteri darah kita. Untuk itu antara makanan tambahan yang sangat sesuai untuk pencegahan kolestrol boleh baca di sini: Makanan Tambahan  Untuk Cegah Kolestrol


Jom amalkan gaya hidup sihat!
Jauhi Kolestrol!
Elakkan Sakit Jantung!

Far 0125716112

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment