Sembuhkan Luka Bersalin Secara Tradisional.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, saya nak kongsikan beberapa tips penjagaan untuk proses penyembuhan selepas bersalin. Bersalin memang proses yang sangat istimewa dan sudah pasti menjadi pengalaman bermakna pada setiap ibu. Tetapi, jangan lupa ye ibu-ibu. Jangan sesekali mengabaikan proses penjagaan selepas bersalin, kerana itulah yang akan menjaminkan kesihatan si ibu untuk jangka masa panjang!

Antara faktor penting dalam tempoh berpantang yang sering diperkatakan adalah amalan-amalan kesihatan yang boleh mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Saya ada beberapa cara tradisional yang boleh dikongsikan berkaitan cara yang boleh dia amalkan oleh ibu ibu semasa dalam pantang.Jom kita baca!




Petua Untuk Pulihkan Luka Bersalin

Disamping mengamalkan pelbagai makanan kesihatan, boleh juga kita amalkan amalan turun temurun dalam menyembuhkan luka bersalin. Di sini saya ada nyatakan beberapa cara yang boleh di amalkan iaitu:

1. Ambil segenggam daun jambu. Bersihkan nya dan rebus didalam air. Biarkan ianya mendidih. Kemudian selepas mendidih, boleh dia sejukkan airnya dan boleh diminum. Boleh juga digunakan untuk membersihkan alat sulit si ibu.

2. Boleh rebus gamat bersama air sehingga mendidih dan sejukkan. Sesuai untuk diminum untuk pulihkan luka dalaman.

3. Gabungan manjakani, halia dan akar kayu boleh direbus bersama air. Air nya juga boleh diminum.

4. Digalakkan juga meminum air pegaga. Selain itu, pegaga juga sesuai di jadikan ulam. Lagi istimewa andainya ianya dimakan bersama lada hitam yang telah ditumbuk. Sangat sesuai untuk panaskan badan.  



Pemilihan Set Berpantang

Tadi saya dah ceritakan antara petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita. Namun pada yang ingin proses penyembuhan yang cepat dan mahu mengamalkan Set Berpantang yang lebih mudah, boleh baca di sini ye: Set Bersalin Mudah Dan Ringkas.

Kalau ingin baca pengalaman sahabat saya yang berjaya pulihkan jahitan selepas bersalin dengan cepat boleh refer di sini ye: Jahitan Luka Bersalin Cepat Sembuh


Selamat Berpantang ye ibu-ibu. Ada masalah, boleh hubungi saya:

Far 0125716112
Fb pages: Supplement Farqistina
Ig: Farqistina

Bye!!

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment