5 Makanan Yang Boleh Kuruskan Badan Dengan Cepat!

Bercerita berkaitan kurus, saya yakin ramai yang sangat teruja. Ramai yang mahu kurus, tapi belum ramai yang tahu makanan yang boleh bantu anda untuk kurus! Mesti best kan, kalau kita boleh fokus untuk kuruskan badan dengan mengamalkan makanan yang boleh bantu kita kurus? Jom, saya kongsikan makanan yang boleh mudahkan anda untuk kuruskan badan!



Makanan Pembakar Lemak

Kata Tara Gidus, seorang ahli gizi makanan, makanan yang dapat membantu membakar lemak dan kalori dengan lebih banyak dinamakan "termogenik". Antara makanan termogenik adalah.

 a. Bijirin.

Sememangnya bijirin mempunyai serat yang sangat tinggi.Dengan itu badan anda boleh membakar 2 kali ganda lebih berbanding makanan yang diproses. Mulai sekarang boleh la, amalkan semangkuk oat ataupun bijirin sebagai sarapan berbanding sebungkus nasi lemak dan roti canai! Memang payah nak tolak makanan glamour dikalangan rakyat malaysia tu, namun jika anda ingin kurus dan langsing, kena la berkorban!




b. Daging yang tiada lemak

Macamana ye, daging tiada lemak?? Contohnya ayam dibahagian dada! Bila pilih ayam, pastikan anda memilih bahagian dada ye. Kalori nya akan mudah dibakar berbanding daging yang banyak lemak!




c. Teh hijau

Yang ni, memang sangat biasa kita amalkan. Teh hijau sememangnya akan memudahkan anda membakar lemak kerana terdapat bahan EGCG di dalam teh dimana ianya boleh meningkatkan kadar metabolisme badan! Lepas ni, boleh buat teh hijau satu bekas besar, dan bawak ke ofis ye. Saya suka minum Cinch Energy Tea Mix. Sebab ianya memang ada ekstrak pelbagai teh. Lepas minum teh ni, mata memang terbuntang dan badan akan cergas! Sangat sesuai untuk memandu jarak jauh, dan boleh gantikan kopi!

d. Lada

Yang ni pun bagus! Kita digalakkan untuk makan makanan yang lebih pedas supaya memudahkan kalori dibakar! Tapi jangan lah makan dengan kauntiti yang sangat melampau! Nanti kan sakit perut pulak.hehe.




e. Minyak Ikan

Yup, minyak ikan dikenalpasti dapat membakar lemak dan juga sesuai untuk mengawal kolestrol dan juga kesihatan jantung! Minyak ikan juga boleh betulkan tisu otot yang cedera akibat bersenam!


Jom Kurus!

Best kan ada makanan yang boleh tingkatkan metabolisme badan! Sekarang boleh la kita berdiet dengan mengambil makanan yang boleh bantu kita kuruskan badan yang chomel-chomel ni :) Yang penting, pelihara kesihatan badan menyeluruh, pastikan badan benar-benar sihat, supaya mudahlah anda berdiet. Penting badan ada cukup nutrisi, barulah badan dapat berkerja dengan baik. Rajin-rajin makan multivitamin ye!




Okeh, bye!

Far 
0125716112
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment