Pengasas Makanan Tambahan Yang Pernah Mengidap Kanser

Assalamualaikum w.b.t

Hi peeps, hari ni entry saya cuma nak kongsikan sedikit kisah berkaitan pengasas suplemen yang sangat terkenal zaman ini, iaitu Dr Forest C Shaklee. Saya memang suka sejarah! Sejak sekolah hinggalah sekarang pun. Kisah sejarah Dr Shaklee, adalah sejarah yang sangat menyentuh hati saya. Sejak beliau lahir, hinggalah ke zaman kegemilangan beliau, beliau sering mendapat cabaran dan rintangan yang sangat hebat. Isu kesihatan adalah isu yang sangat penting buat beliau. Bayangkan, sejak lahir beliau hanya dijangka hidup selama 8 tahun, dan saat beliau menikmati zaman mudanya, beliau disahkan pula mengidap kanser! Dek kerana sangat percayakan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat,mampu merubah kesihatan, beliau telah mencipta satu fenomana baru yang kekal sehingga abad ini!!


Sejarah Dr Forest C Shaklee

Dr Shaklee telah dilahirkan pada 1894. Pada kelahirannya,  beliau telah di sahkan mengidap penyakit batuk kering atau nama saintifiknya "tuberculosis". Doktor telah menjangka kan hayat beliau hanya boleh bertahan sehingga 8 tahun. Namun, ibu bapa beliau telah membuat keputusan untuk berpindah dari kawasan arang batu yang beliau diami ke kawasan pendalaman yang udaranya lebih sihat dan segar. Di situ, bermula lah kehidupan baru mereka sekeluarga. Ibu nya, mengambil langkah untuk menanam sendiri segala sayuran dan buah-buahan. Sehingga satu masa, Doktor telah mengesahkan bahawa kesihatan beliau semakin baik, dan masalah batuk kering beliau terkawal. Namun begitu, kesihatan beliau tidak lah sama seperti ramai remaja seusia dengannya.

Pada zaman itu, memang ramai yang mengagumi perkembangan kesihatan beliau, dan beliau sangat percaya bahawa, kesihatan adalah bermula dari mengamalkan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang berkhasiat dan berkualiti.

Diusia Mudanya..

Beliau sangat mempercayai bahawa manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Atas kesedaran itulah, beliau menceburkan diri di dalam bidang "chiropractic".  Sewaktu beliau mengamalkan chiropractic minat beliau terhadap bidang nutrisi semakin mendalam. Bermula dari situ, beliau membuat pelbagai kajian berkaitan biokimia dan nutrisi. Dr Shaklee juga mempunyai ijazah dalam bidang nutrisi,biokimia dan juga bidang kerohanian. 

Pada tahun 1915, Dr Shaklee telah mencipta vitamin pertama dunia yag dinamakan sebagai "Vitalized Minerals". Ianya di hasilkan dengan melalui proses pengasingan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran.  Beliau juga telah berkolabarasi bersama ahli biokimia dr Poland yang bernama Casimir Funk. Casimir Funk inilah yang telah bertanggungjawab menamakan hasil ciptaan Dr Shaklee sebagai "VITAMIN"

Terkini, produk ini dinamakan Shaklee Vita-Lea. Selepas itu, beliau telah membuka pusat rawatan alternatif . Pusat rawatan itu terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Semua pesakit telah diberikan diet yang kaya vitamin sebagai satu proses penyembuhan. 

Apabila ditanya, adakah beliau menentang perubatan. Inilah jawapan beliau:


Dr Forest C Shaklee Mengidap Kanser

Mendung kembali lagi dalam hidup beliau. Tahun 1921, beliau telah di sahkan mengidap kanser. Untuk membantu beliau hidup lebih lama, pakar mencadangkan untuk memotong tangan dan kakinya! Demi melihatkan isteri yang sedang mengandung dan seorang anak yang sedang membesar, Dr Shaklee membuat keputusan untuk TIDAK memotong tangan dan kakinya dan yakin beliau akan pulih. Beliau nekad untuk untuk menutup pusat rawatan yang beliau ada, dan fokus pada proses penyembuhan penyakit beliau.

Selepas  itu, beliau konsisten mengamalkan cara hidup sihat. Mengambil ujian darah dengan kerap dan juga berpuasa. Yakin dengan proses penyembuhan secara semulajadi yang telah diamalkan oleh ibunya sewaktu menyembuhkan masalah batuk kering beliau semasa kecil, Dr Shaklee meneruskan pengambilan sayuran dan buahan yang segar disamping pengambilan suplemen dengan kuantiti yang tinggi.


Namun demkian, pada awal usahanya, sel kanser beliau masih belum menunjukkan kesan positif. Tanpa berputus asa beliau meneruskan usahanya sehinggalah pada penghujung tahun 1922, kesihatannya semakin pulih. Bermula dari situ, Dr Shaklee bertambah yakin bahawa pengambilan nutrisi yang baik dapat melawan kanser!! Di situ, Dr Shaklee mulai yakin bahawa kebaikan nutrisi mampu membantu orang lain dalam menyembuhkan penyakit.


Dr Forest C Shaklee Bangkit Kembali.

Pada tahun 1924, Dr Shaklee bangkit kembali dengan membuka pusat rawatan. Namun begitu, beliau diuji sekali kerana pusat rawatan nya terbakar. Tanpa berputus asa, beliau masih meneruskan minat beliau terhadap nutrisi yang sihat dengan memberi ceramah dan syarahan umum. Minat beliau lebih kepada mendapatkan badan yang sihat berbanding merawat badan yang sakit.


Atas minat dan kajian yang mendalam, beliau telah mendapat aungerah Professor Of Chiropractic dan Doctor of Naturopathy. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di California Chiropractic College. Selepas bersara, beliau masih meneruskan minat beliau dengan menulis pelbagai artikel dan kebanyakkan berkaitan kuasa minda yang boleh merawat penyakit dan kuasa alam.

Tahun 1947, beliau telah menubuhkan The Shaklee Foundation dengan falsafah"Thoughtmanship". Selepas itu beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University.

Bermulanya Empayar Shaklee.



Pada tahun 1956, bertarikh 1 April, Shaklee Corporation telah berjaya ditubuhkan. Ini adalah kerana Dr Shaklee merasakan pentingnya masyarakat mengetahui kepentingan suplemen dan nutrisi yang baik dalam membina tubuh badan yang sihat. Beliau ingin mengedarkannya sendiri dari rumah ke rumah. Ini adalah kerana beliau ingin masyarakat faham dan sedar dengan kepentingan suplemen.

Dr Shaklee juga berkata kepada anak-anaknya: " Kita akan ajar beberapa orang , dan orang inilah yang akan ajar kepada orang lain"

Atas komitmen Dr Shaklee dan anak-anaknya, beliau telah berjaya memasarkan suplemen Shaklee dan sehingga sekarang konsep "direct selling" yang telah diamalkan Dr Shaklee dulu menjadi trend dalam pasaran zaman sekarang. Dr Shaklee, sangat menyayangi hasil-hasil kajian beliau, dengan itu, beliau ingin semua masyarakat faham dan mengerti sebelum menggunakannya. Kajian-kajian beliau adalah datang dari pengalaman beliau dalam merawat penyakit yang beliau alami. Alam semulajadi, buah-buahan yang segar, sayuran yang sihat adalah sangat penting dalam kehidupan harian.

Sehingga kini, Shaklee Corporation masih mengekalkan semua kualiti produk mereka. Mereka mempunyai kilang pengeluaran suplemen mereka sendiri. Mereka juga mempunyai ladang untuk hasilkan produk mereka sendiri seperti soya. Kesungguhan Dr Shaklee mengutamakan bahan semulajadi masih dititik beratkan sehingga lah sekarang. Itulah sedikit sejarah berkaitan Dr Forest C Shaklee yang mungkin boleh memberi inspirasi pada anak muda zaman sekarang. Tidak pernah mengaku kalah, walaupun telah beberapa ditimpa masalah. Tidak pernah putus harapan, walaupun pernah disahkan kanser!!


Dan kini, saya adalah salah seorang distributor yang akan berkongsi kebaikan shaklee dengan anda diluar sana!

Shaklee Independent Distributor:
Far 
0125716112


SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment