Cara Minum Air Secukupnya Semasa Bulan Puasa

Semua oarang faham, tentang kepentingan air dalam badan. Air memang perkara asas dalam mendapatkan badan yang sihat dan cergas. Apatah lagi kalau nak kurus. Air adalah komponen utama yang akan membantu anda untuk kurus! Tapi, kebanyakkan kita ada masalah untuk mengamalkan air sepanjang bulan puasa kan? Memandangkan beberapa hari lagi bulan puasa akan menjelma, so saya nak kongsikan cara meminum air yang betul sepanjang bulan puasa ni.  




Cara Minum Air Bulan Puasa

Kalau nak tahu, setiap 25kg badan kita perlukan 1 liter air. Maka, kalau berat anda 50 kg, harus minum 2 liter air. Namun, mengikut blog Dr Zubaidi digalakkan juga kita mengambil 2.5 liter air untuk pengambilan makanan 2500 kalori sehari. Bagaimana kita mahu cukupkan 2.5 liter, iaitu lebih kurang 8 gelas sehari semasa puasa? Mudah sahaja.




1. Ambil 1 gelas semasa awal berbuka. 
2. Ambil lagi 1 gelas selepas berbuka puasa. 
3. Selepas bersembahyang maghrib ambil lagi  1 gelas air.
4. Semasa terawih boleh amik 1 gelas  air.(boleh bawa botol air ke masjid)
5. Lepas solat terawih, ambil lagi  1 gelas air.
6. Sebelum tidur amalkan 1 gelas air
7. Bangun sahur, sebelum memakan apa apa makanan, mulakan dengan 1 gelas air
8. Selepas makan ambil lagi 1 gelas air.






Mudah bukan? Saya rasa, kalau amalkan nya mudah sangat untuk kita amalkan air sebanyak 8 gelas sehari. Boleh minum lebih dari ini. Contohnya macam saya, semasa terawih, saya akan bekal kan 500ml air. Biasanya saya berjaya habiskan. Untuk moreh, saya akan amalkan minum protien yang simple seperti ESP Shaklee.  Itu lebih baik, dari saya makan benda-benda yang tinggi kalori. Nak kurus la katakan :)

Masa nyusukan Qistina pun, saya risau tak cukup air dan akan lemau. Saya memang nak sangat elakkan penat dan nak pastikan susu tak drop. Masa ni, saya pertama kali cuba Performance Drink Shaklee. Memang sangat berbaloi, sebab saya tak lesu dan rasa lebih segar. Tipu kalau saya kata, saya tak haus langsung kan. Tapi rasa lesu dan haus itu tidaklah seteruk sepertimana sebelum saya amalkan minum Performance Drink tu. 

Biasanya saya akan amalkan semasa berbuka dan juga bersahur. Alhamdulillah, masa berterawih pun, badan lagi segar dan tak mengantuk. Dah la, teraawih setahun sekali, ralat la rasa, kalau asyik mengantuk kan.

Petua Minum Air Cara Kevin Zahri.

Saya nak share, pesan Kevin Zahri, tentang pengambilan air semasa sahur.




Selamat Bersahur semua. Pastikan Ramdhan ini terbaik buat kita. Aminn.


Far 
0125716112
Fb pages: Supplement Farqistina
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment