Kenali Ofis Yang Menggunakan Bahan Kitar Semula

Assalamualaikum..

Peeps!! Hari ni, saya nak sambung sikit lagi pasal sejarah Dr Shaklee. Tapi hari ni pasal perkembangan syarikat yang beliau dan anaknya usahakan. Bayangkan syarikat yang telah dibina pada tahun 1956 bertahan sehingga kini! Apa rahsia produk Shaklee boleh bertahan begitu lama??


Shaklee Corporation

Seperti yang saya kata tadi, Shaklee Corporation telah ditubuhkan pada 1 April 1956. Malahan produk pertama Dr Shaklee adalah pada tahun 1915. Maka, semasa saya menulis entry ini, produk pertama Dr Shaklee telah mencecah 100tahun!! Produk itu sekarang masih berada dipasaran dan masih mendapat sambutan hebat dikalangan pengguna.

Multivitamin pertama dunia: 1915
Shaklee Vitalea:2015


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Itu lah sebenarnya RAHSIA PRODUK SHAKLEE. Itu adalah tag line Shaklee dari dulu sampai la saat ini. Sememangnya ketika anda memilih untuk menjadikan Shaklee sebagai suplemen anda, sebenarnya anda telah memilih untuk sentiasa mendapatkan suplemen yang selamat, suplemen yang berkesan dan suplemen yang mesra alam. Anda adalah pengguna yang sangat BIJAK!!

Shaklee Sentiasa Selamat

Untuk memastikan produknya sentiasa selamat, Shaklee telah membuat lebih daripada 80,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun. Shaklee juga mendapat pengesahan dari pihak ketiga dalam memastikan ketulenan produknya. Mereka telah membuat usahasama bersama beberapa universiti seperti Yale University dan Harvard University untuk mengesahkan bahawa semua produk Shaklee mampu memberi impak positif pada tubuh manusia. Shaklee juga telah membuat 

  • 350 ujian pencemaran pada setiap ramuan mereka yang baru. 
  • 193 ujian racun perosak
  • 73 ujian racun tumbuhan
  • 56 ujian racun kulat
  • 57 ujian pelarut kimia 
  • Ujian terhadap logam berat seperti plumbum, cadmium, arsenic dan mercury. Sememangnya
Shaklee menjaminkan 100% kepuasan terhadap penggunanya.

Shaklee Sentiasa Berkesan

Untuk memastikan ianya sentiasa berkesan, Shaklee telah melaburkan 300juta USD untuk tujuan kajian penyelidikan dan juga pembangunan. Ratusan jurnal telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal nutrisi dan dalam bidang perubatan. Antaranya adalah:

  • The American Journal of Cardiology
  • The Journal of Applied Physiology
  • The Journal of Nutrition
  • The Journal of the American Dietetic Association.  

Shaklee juga mempunyai 2 makmal kajian yang terletak di California. Mereka juga telah bekerjasama bersama Stanford University dan mempunyai lebih daripada 60 saintis. Shaklee sememangnya mempunyai kilang mereka tersendiri, dan produknya adalah keluaran dari kilang mereka. Produk mereka BUKAN diambil dari pembekal dan hanya di letakkan nama mereka. 55 produk Shaklee berjaya dipatenkan dan terdapat lagi produk yang masih dalam proses paten.

Dalam ulangtahun mereka yang 50, kajian mereka telah menunjukkan pengguna makanan tambahan shaklee ternayata mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada yang mengambil multivitamin sahaja ataupun tiada makanan tambahan langsung.

Shaklee Sentiasa Mesra Alam.

Shaklee memang sangat mementingkan kualiti dan ternyata produk shaklee adalah:
  1. BEBAS perasa tiruan
  2. BEBAS pemanis tiruan
  3. BEBAS pewarna atau lemak trans
  4. BEBAS bendasing tersembunyi
  5. BEBAS ujian terhadap haiwan
  6. BEBAS bahan-bahan yang diharamkan
  7. BEBAS peluntur klorin


Shaklee Semakin Maju

Shaklee kini diterajui oleh Roger Barnett sejak tahun 2004.  Roger Barnett membuat keputusan untuk membeli Shaklee, setelah mendapati produk Shaklee memberi kesan baik pada anak beliau yang alah kepada bahan pencuci dirumah mereka. Banyak perubahan positif  telah dilakukan oleh Roger Barnett sehingga sekarang Shaklee semakin pesat membangun. 


Pusat pentadbiran Shaklee kini berada di Pleasanton, California. Pejabat pentadbiran ini sangat unik kerana ianya telah menjadi tanda simbolik Dr Shaklee yang sukakan alam semulajadi. Permaidani yang ada digunakan daripada bahan kitar semula, kerusi juga dibuat daripada bahan kitar semula. Mneggunakan sensor pergerakkan untuk kawal suis lampu. Ini dapat menjimatkan tenaga. Penggunaan "Low-E Glass" diseluruh bangunan. mempunyai peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih baik dan juga pdapat menjaga kualiti udara.

Terkini, mereka telah membuka Dr Forest C Shaklee Innovation Center sempena 100tahun multivitamin pertama Dr Shaklee. Kalau ingin lihat pelbagai kejayaan Shaklee, boleh dilihat di sini ye. : Shaklee 100 years


Saya Shaklee Independent Distributor:

Far 
0125716112
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment