Menyusu Bulan Puasa: Cara Saya Kekalkan Susu Dibulan Puasa

Salam semua..kejap je masa kan, sekarang dah nak habis pun bulan Rejab!
Bagi yang tak sempat nak gantikan puasa awal awal dulu, mesti sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk menggantikan puasa! dapat jugak pahala sunat Rejab kan. Bila citer bab puasa, saya memang suka nak share pengalaman saya masa nyusukan Qistina di bulan puasa. Bukan mudah tau, nak menyusu dan berpuasa, sebab tu la dalam Islam sendiri ada kelonggaran  untuk wanita yang berpuasa dan menyusu ni..

Jom  baca sharing saya pasal:
  1. Pengalaman saya menyusu di bulan puasa
  2. Cara saya handle susu drop sebelum bulan puasa


1. Kisah Penyusuan Saya

  Pengalaman menyusu bulan puasa

Puasa pertama saya bersama Qistina adalah tahun 2011, masa tu Qistina baru dlm lingkungan 5-6 bulan. Saya memang tak banyak stok susu macam org lain tau. Saya pun start simpan stok tinggal bper minggu je nak masuk kerja. Tapi,saya memang sangat positif, dan yakin dengan rezeki Qistina. Saya teringat pesan nurse, masa saya dalam pantang.. Dia pesan kat saya, "jangan stress kalau susu tak banyak, kena yakin dengan kemampuan diri, dan terus usaha". Entah kenapa, nasihat yang simple itu memberi saya nafas baru dalam proses fully breastfeed Qistina. Saya memang nekad nak fully breastfeed Qistina, semenjak doktor sahkan saya pregnant. Hari hari okey, selama 9 bulan, saya akan bercakap sendiri dengan Qistina..Saya akan sedaya upaya menyusukan Qistina, walau sesukar mana pun keadaannya. Atas janji itulah, saya semampu nya akan mengatasi segala masalah yang ada dalam menyelesaikan proses penyusuan eksklusif ni. Saya serius nak 2 thn fully breastfeed! Saya nak Qistina dpt susu saya sepenuhnya!

Puasa pertama, 2011

Jadi, atas keinginan yang mengatasi segalanya, saya memang cuba sedaya upaya berusaha untuk cukupkan susu Qistina.  Masa puasa pertama tu, alhamdulillah..saya berjaya menghadapi sebulan puasa dengan hari hari membawa balik bekalan susu 20 oz sehari! Masa ni,memang saya tak pernah miss,  pump susu sebanyak 3 kali dlm tempoh 8 jam saya kerja. Saya akan pump pagi, tengahari dan petang sebelum balik kerja.  Mungkin jugak, masa ni Qistina baru 5-6 bulan, so susu saya tak de masalah. Saya tak makan apa apa supplement, just konsisten sahur, minum air banyak time sahur dan sepanjang berbuka dan sahur.

Puasa ke 2, 2012

Okey, masa nak menghadapi puasa  ke dua, Qistina dah setahun lebih. Masa ni saya agak risau, sebab susu pun dah tak banyak sgt. Sehari saya mampu bawak balik 10oz sehari atau 15oz sehari. Sedangkan Qistina guna 15oz sehari. Saya nak bagi tips eh, sepatutnya, kalau anak kita minum 15oz, sepatutnya hasil pump kita di ofis kenalah lebih atau sama dengan keperluan anak, baru la susu kita tak habis stok! Kalau la,cukup cukup, cuba bayangkan, kita di ketegori kan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kan?Sebab kita tak sempat nak simpan.  Masa ni, saya memang risau! Saya tak nak la, time puasa susu lagi drop, dan saya tak dapat nak supply saya terputus untuk Qistina. 

2. Hasil pump drop lepas setahun

Susu Drop

Okey, susu saya start drop masa saya first period tau.Saya dapat rasakan saya pump memang tottally drop compare dengan sebelum period. Bukan start hari yang period, a week before pun, dah dpt rasa susu kurang. Serius saya takut. Saya besyukurla, saya lambat period. Saya period Qistina dah setahun. So sebelum setahun tu, susu saya tak de masalah.Cantik je.. 20 oz sehari.. Start je period, terus lain..Masa ni saya dah kerap baca tips tips utk membanyak kan susu time period. Saya banyakkan membaca kat internet. Saya pulak taknak la makan apa apa supplement. Sebab saya rasa, saya ni susah sikit bab supplement ni. Tak suka pun ada, saya pun rasa saya takut tak konsisten. So saya pun, cari la alternatif lain. 

Antara nya saya amalkan:
  • Minum air longan n kurma
Masa tu, pantang jumpa air tu, saya akan beli banyak banyak. Simpan kat umah. Airnya manis, tapi demi anak kan, telan jugak la.. Tapi hasilnya macam tak de sangat. Macam biasa je
  • Minum air halba
MasyaAllah, air halba ni mmg tak best. hukhuk..Tapi saya minum jugak la..Tapi, after beberapa kali minum, macam tak de kesan sangat. Saya stop lagi
  • Makan kurma
Saya cuba makan kurma, 7 biji sehari. Minum air banyak.. Tapi hasilnya pun takde beza.. 

Lepas tu, saya pun taktau lagi nak try apa.. Tanya kawan kawan semuanya cam cakap suruh try supplement. Saya masih ragu ragu. So saya pun baca la sikit, pasal supplement. Masa ni, paling glamer Shaklee la
  • Makan supplement
Saya pun, nekad dan cuba trail set penyusuan Shaklee. Masa tu saya amik set yang ada ESP, Vitamin C, B-complex, Vita-lea dan Ostematrix. Sebab susu saya drop time period. Jadi, penting saya amik Ostematrix sebab Ostematrix ni kalsium. Masa period, darah kita kurang, so kalsium boleh membantu pembentukan darah. 

Saya paling konsisten makan ESP dan Alfalfa. Alhamdulillah,susu saya memang nampak pekat sangat. Tak la cair je kan. Yang lain tu saya on off.. Hahaha.. Teruk kan?? Spend duit banyak2, tapi tak konsisten. huhu! 

After amik supplement ni, saya takde la nampak susu saya terus melompat naik banyak! Tapi yang nyata, susu saya TAK kurang, dan badan saya lebih cergas. Dulu saya ni travel dari Shah Alam ke Banting everyday!Balik rumah dh gelap tau. Kalau asik lemau, caner saya nak buat kerja rumah kan. Menyusu lagi. Orang menyusu ni, kene la rajin. Sebab, botol nak basuh, susu nak kene packing. Sebab tu, tak ramai org berjaya fully breastfeed, salah satu cabaran handle peralatan dan ilmu simpan stok susu. Tengok simple,tapi kalo tak bersungguh, mmg tersekat tengah jalan laa..


Antara perbezaan amalan saya minum longan, makan kurma dan saya makan Shaklee, susu saya nampak lain. Pekat pun ye, warna nya pun lain. Tapi kalau makan Shaklee, pastu tak minum banyak air pun, saya rasa hasilnya sama. Rahsia amalkan Shaklee, PLZ MINUM AIR BANYAK! susu mesti lagi best!

Bulan puasa dah tiba!

Okey, masuk je bulan puasa saya memang konsisten dengan supplement saya. Saya amik semua Vitalea, Vitamin C dan BComplex dan Ostematrix. Saya tambah lagi Performance Drink tak lupa ESP.Katanya, performance drink boleh buat kita kurang haus di siang hari. Ok, saya cuba, dan memang saya tak nyesal!!

Kalau biasa saya akan haus sangat lepas pump, tapi lepas minum PD ni, memang saya boleh still ok dan tak rasa lesu!! Saya kan mengajar, 5-6 jam sehari. Bayangkanlah, banyak mana saya nak jerit setiap hari.. Tapi PD ni memang buat saya puas hati giler. Ya Allah, gembiranya saya.. Susu saya pun maintain dan tak drop. Kalau saya tak sempat nak sahur, cukuplah setakat ESP n PD, insyaallah saya boleh kekal segar dan boleh lagi hasilkan susu!! Best kan???

Puasa ke 3, 2013

Puasa ke tiga saya bersama Qistina, saya dah takde masalah nak risau pasal susu lagi.. Sejak saya kenal supplement Shaklee, saya memang konsisten makan Shaklee, dan susu saya pun, mantain n tak drop. Saya boleh la, kekalkan menyusu even Qistina dah hampir nak 2tahun. Saya pun dah suggest kat seluruh family saya pasal kebaikan PD semasa puasa. Alhamdulillah, ramai yang dah dapat kesannya. Semua nya dah bagi feedback positive!!

3. Tips penting Menyusu Bulan Puasa

Alhamdulillah, saya pun nak share ngan u all, saya dh berjaya menamatkan  sessi penyusuan  Qistina selama 2 tahun 7 bulan. Memang berkat izin Allah saya berjaya! dan  tempoh penyusuan ini, adalah pengalaman yang paling indah untuk saya. Antara tips terpenting yang boleh saya share untuk mommies yang nak menyusu dan berpuasa, PLZZZ:

  1. Jangan skip sahur
  2. Makan makanan berkhasiat
  3. Minum 3 liter air sehari
  4. Amalkan supplement
Ini yang saya buat la.. Kalau mommies rase, nak kekal susukan anak cukup 2 tahun, Plz berusaha..Sebab tak de kejayaan tanpa usaha. Jangan mengalah. Jangan dengar cakap orang. Kita nak susukan anak kita kan, so, kita tak payah ikut cakap org. Kalau kita sihat, susu banyak, yang untung keluarga kita, anak kita kan.  Tanya la, semua ibu yang berjaya menyusu kat luar sana, mesti semua ada pengalaman tersendiri.. Jangan pula, mengharapkan makan supplement hari ni, harap susu meriahnya esok. Kesalahan besar tu. Sebab, kesan supplement terhadap badan seseorg tu berbeza.. Janji kita yakin, dh keep berusaha!!

Inginkan nasihat peribadi dari saya, saya sudi berkongsi

Far 0125716112

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment