Orang Selangor? Wajib Baca!


Salam..

Hi peeps.. Rindu nak bersiaran.. Last wekend, berkesempatan bawak Qistina berjalan jalan di Sabak Bernam, Selangor.. Hajatnya, hanya mahu teman my best friend melawat sepupunya di salah sebuah Politeknik di sekitar Sabak Bernam. Kesempatan itu memang saya gunakan sebaiknya untuk jalan jalan area Sabak Bernam dan Sungai Besar, yang ramai taktau keindahannya.

Perjalanan ke Sabak Bernam

 

Kami bergerak tengahari Sabtu. Untuk jimatkan masa, saya amik keputusan untuk menggunakan highway LATAR. So, sempatla kami singgah Cendol Bakar Kuala Selangor. Pada saya, rasa cendolnya biasa aje. Cuma, kepelbagaian makanan kat tempat kedainya ni, membuatkan saya rasa best. Lempeng pisang yang sangat sedap memang teringat sampai sekarang! 

Saya juga ada singgah beli karipap besar kat area situ. Bukan kat kedai Cendol Bakar tu, tapi kat tepi jalan sebelah kiri sebelum keluar smpi ke Kuala Selangor. Berdekatan dengan Cendol Bakar. Gerainya tepi jalan. Nak tau yang mana satu, depan gerai nya ada tag Jalan Jalan Cari Makan.  Karipap nye memang sangat besar! Sedap! Saya lupa la nak snap gambar..

Saya teruskan perjalanan, dan selamat sampai ke tempat penginapan kami pada pukul 4 petang. Tempat penginapan yang telah menjadi pilihan saya adalah Dorani Bayu Resort, Sungai Besar. Masuk je ketempat ni, memang rasa suasana kampung yang sangat real. Kami amik bilik yang memandang ke arah laut. Memang bilik yang sangat cantik, dan kelengkapan yang sempurna. Biliknya pun luas dan kami hanya membayar RM170 untuk satu malam. Saya rasa worth it la. Sebab biliknya boleh masuk dalam 7-8 orang. Kalau family besar, memang sangat berbaloi!

Dorani Bayu Resort

Ini adalah view dari bilik saya.Suasana malamnya sangat best, dengan mendengar deruan air laut yang hempas ke resort, pada saya, ini adalah satu pengalaman yang sangat best. Mungkin pada yang selalu ke Mabul, akan ada pengalaman yang lagi best, tapi pada saya, dengan kos yang tak seberapa, pengalaman ni sangat berbaloi.

Aktiviti di Sabak Bernam


Target datang sini memang nak lawat orang kan, so memang saya spend masa melawat sepupu my friend la. Then bawak dia berjalan area Sabak Bernam. Antara aktiviti kami adalah makan Mee Udang yang sangat sedap di Pantai Bagan Nakhoda Omar. Memang Mee Udang yang sangat best, dan udangnya yang sangat meriah! Berbaloi baloi!!Pantainya memang tak secantik pantai di Terengganu, tetapi cukup untuk orang disekeliling situ mencari hiburan di petang hari. Saya enjoy berada kat sini, walaupun sekejap je, tapi happening tengok keadaan sekitar. Suasana kampung yang sangat real, dan kawasan nya yang sangat bersih.

On the way balik, saya sempat menyinggah kat tempat orang menjual ikan fresh kat area situ. Memang ikan yang belum sentuh ais okey! Baru turun dari bot, dan terus jual. Ikannya pun sangat murah. Kawan saya sempat la beli ketam yang sangat banyak dan ikan bawal hitam yang sangat fresh. Memang saya pernah dengar citer pasal ikan yang murah kat Sabak Bernam ni, dan nyatanya memang betul murah dan banyak pilihan.

Jom Pulang


So, itulah aktiviti saya last wekend. Rasa sangat berbaloi untuk datang ke sini. Sesuai sangat, pada yang merancang untuk berehat yang sangat santai, simple dan murah. Pada sesiapa yang suka mencari remis, memang resort ni, sangat sesuai. Saya sempat terserempak dengan keluarga yang mencari remis kat bawah resort tu. Mak cik tu datang dari Gombak, semata mata mau cari remis hokey!

Kalau datang ke Sabak Bernam, jangan lupa makan Mee Udang kat Pantai Bagan Nakhoda Omar ye. Sorry saya tak banyak yang boleh share, sebab sibuk menjaga Qistina..

I wish to come here later!

Okey, bye..nti jumpe lagi ye :)


SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment