Cegah Kolestrol Boleh Elak Sakit Jantung


Assalamualaikum w.b.t

Kolestrol memang antara pembunuh senyap! Kehadirannya dalam badan memang takkan kita sedar. Namun, ianya boleh bertindak ganas secara tetiba. Caranya? Serangan jantung!



Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol sebenarnya adalah lemak yang diperlukan badan untuk bekerja. Namun terdapat dua jenis kolestrol yang perlu kita tahu. Jangan merasakan kolestrol itu langsung tidak penting kerana ada kolestrol yang boleh memberi kebaikan pada badan. Kolestrol boleh dihasilkan oleh badan, dan kebanyakkan kita perolehi daripada sumber makanan. Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu:

  1. Kolestrol LDL (Low Density Lipoprotien)
    • Kolestrol LDL lebih mendatangkan keburukkan dimana ianya akan membantu penyumbatan salur darah.
    • Ianya juga boleh meyebabkan risiko penyakit kardiovaskular

    2. Kolestrol HDL (High density Lipoprotien)
    • Kolestrol HDL boleh mencegah salur darah dari tersumbat dengan kolestrol jahat. 
    • Boleh kurangkan risiko penyakit jantung

Petanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Kadangkala, tak ramai yang sedar badan mereka mengalami masalah kolestrol tinggi. Jangan sangka badan yang kurus, kolestrol tak tinggi tau. Ha, ramai yang sangka, badan yang kurus itu sihat. Tapi ramai juga badan kurus yang mengalami masalah sakit jantung! Jom kenali petanda kolestrol banyak.
  • Stroke ataupun mini stroke. Iaitu keadaan dimana terdapat salur darah yang pecah
  • Sakit dada. Ataupun kerap sakit betis apabila berjalan pada jarak tertentu
  • Serangan jantung
  • Ketulan kuning disekitar mata. Ini adalah lemak yang berkumpul
Ini adalah tanda kolestrol tinggi dalam badan. Untuk mengelakkan situasi ini, kita perlu mencegah kolestrol ini daripada terus menerus berkumpul didalam badan. 

Cara Mencegah Kolestrol Dalam Badan

Ramai yang kata, keturunan memberi impak kepada kolestrol dalam darah. Ini diakibatkan oleh budaya makan dirumah. Logiknya, satu family mesti mengambil makanan yang sama bukan? Segalanya berkaitan diet harian. Semestinya diet yang tinggi lemak tepu, akan mengakibatkan kadar kolestrol LDL sangat tinggi. Namun, kita boleh merubah keadaan itu dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Antara pencegahan awal adalah:

  1. Makan makanan yang berserat tinggi. Oat, sayuran dan buah-buahan. Elakkan makan banyak sumber dari daging merah. Sebaiknya amalkanlah banyak makanan yang berkarbohidrat rendah. Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah, boleh mengelakakan berlakunya lambakkan kolestrol.
  2. Berhenti Merokok
  3. Makan banyak produk susu
  4. Kurangkan lemak diperut
  5. Makan ubat yang boleh kurangkan kolestrol

Kita kena pastikan keadaan tahap kolestrol kita adalah rendah, bagi mengelakkan banyak penyakit. Hindari makanan yang tinggikan kolestrol.Antara amalan saya untuk hindari kolestrol adalah Omega Guard, iaitu Minyak Ikan dari Shaklee.Terkenal diantara minyak ikan terbaik didunia. 



Boleh juga mengamalkan Phytocol-ST. Ianya memang makanan tambahan yang boleh menurunkan tahap kolestrol didalam darah.






Cegah kolestrol, amalkan cara hidup sihat.

Nak lebih ilmu pasal kolestrol? Boleh ke link ni ye: Kolestrol yang membunuh

Boleh refer saya, untuk penjelasan lebih lagi tau :)

 Far 0125716112
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment