Assalamualaikum w.b.t
Risau saya tengok perkembangan banjir di Pantai Timur. Semoga semuanya dalam keadaan selamat. Saya sendiri orang pantai timur, dan alhamdulillah keluarga saya selamat. Cuma rumah adik saya yang di Kemaman antara salah sebuah rumah yang tenggelam. Belum lagi kita tengok mangsa mangsa banjir seperti gambar kat bawah ni. Memang meragut jiwa.
Ihsan Google |
Sedih bila kenangkan rumah-rumah tenggelam. Bayangkan kos kerugian. Namun,segalanya kena juga berserah pada Allah. Teringat saya kata kata Dr Azizan Osman:
Saya sangat setuju dengan kata katanya.. Semoga mangsa mangsa banjir redha dan di naikkan darjat disisi Allah. Amin.
Kenapa Fenomena Banjir Di Pantai Timur Sangat Teruk?
Saya ada membaca sedikit tentang apa kaitan banjir dan pergerakkan bulan. Segalanya adalah ujian Allah. Dari segi sains nya, saya akan kongsikan apa yang saya baca dibawah ni.
Jarak antara bulan dan bumi adalah lebih dekat
Menurut Jabatan Meteorologi, jarak antara bulan dan bumi adalah lebih dekat jika ingin dibandingkan pada bulan bulan sebelum ini. Disebabkan jarak yang dekat ini lah menyebabkan tekanan aruhan graviti adalah lebih kuat terhadap bumi. Aruhan graviti bulan terhadap bumi inilah sebenarnya membentuk cembungan air laut. Oleh kerana jarak bulan dan bumi lebih dekat, jadinya paras air laut akan lebih tinggi dari biasa.
Tambah pula hujan yang memang seperti biasa dibawa oleh Angin Monsun Timur Laut, iaitu musim Tenkujuh di pantai Timur, maka angin tersebut telah bertembung dengan Banjaran Titiwangsa dan akan menurunkan hujan lebat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kebetulan pula, air akan meningkat waktu penuh, maka aliran air hujan dari hulu sungai ke laut akan tersekat. Bayangkan, keadaan air sungai tak mampu nak di alirkan ke laut? Kemana air sungai itu perlu pergi???
Untuk kefahaman yang lagi details, boleh refer sini ye, inilah sumber bacaan saya:
Kredit: Mohd Salleh Mazukhi
sabar dan sangka baik :) kuatkan semangat semuaaaa,
ReplyDeletehanisamanina.com
Betul. Positive dengan semua.
ReplyDelete