Hi peeps!!
Saya rasa, semua mommy memang ada pengalaman potty training kan? Pada saya, untuk ibu bekerja dan selalu travel, potty training memang menjadi satu cabaran. Ramai juga yang bertuah kerana tugas ini berjaya dilaksana oleh taska atau pengasuh. Memang bertuah sekiranya owner taska itu sendiri ingin mem free kan anak kita dengan diaper. Saya pun puji langkah mereka yang sanggup menggalas tanggungjawab tu di taska. Kita pun faham kan, ada ramai kanak kanak. So tanpa usaha, semua tu takkan jadi.
Suddenly Potty Training!
Saya sebenarnya tak de plan pun nak potty training Qistina tahun ni. Sebab tu la saya cakap suddenly ! Entah kenapa tetiba malam tadi,masa nak pakaikan baju, Qistina inform saya, dia tak nak pakai pampers lagi. Saya cakap pada dia, boleh ke? Nanti boleh tak pergi toilet bila nak shi shi?? Dia yakin kan saya, "mami, percaya lah, nina boleh" haha. Saya tergelak dalam hati. Tergelak sebab bukan tak percaya, tapi cara dia yakin kan saya, buat saya rasa nak tergelak. Tapi itu dalam hati je. Riak muka saya berbeza.Saya tunjukkan muka yang confident dengan kehendak dia. Qistina ni, bila bercakap, memang gaya orang dewasa. Biasanya, saya perasan words yang dia gunakan adalah words yang saya selalu gunakan. Kalau perkataan, sepatutnya, contohnya, memang selalu sangat dia guna. Kadang sounds like kelakar, budak 3 tahun boleh cakap, sepatutnya mami bla bla bla. So, memang sangat terbukti, parents adalah role model terbesar untuk anak.
Okey berbalik pada kes potty training, so saya pun biarkan dia tanpa pampers. Alhamdulillah, memang dia nak terkucil, dia akan cepat cepat pergi ke toilet. So, takde masalah. Cuma masa nak tidur je la. Dia tetap tak nak pakai pampers!! Adui..So saya biarkan dia tidur tanpa pampers, tapi saya bersedia dengan lapikkan plastik pada tilam. Sepatutnya, saya kene kejutkan dia untuk ke toilet, pada malamnya. Tapi saya tak buat macam tu. So, memang basah la kan pagi nya. Tapi at least dia belajar, Dia cakap, malam ni dia cuba untuk tak ter shi shi di tilam. Semoga berjaya malam ni!!
Umur sesuai untuk potty training
Dulu saya memang target nak free kan Qistina masa umur 2 tahun. Tapi, atas keadaan yang tak berapa mengizinkan, so tertangguh je la.Pastu, cikgu kat tadika dia cakap, next year masa kelas dorang akan ajar. So saya target, nanti next year je la. Tapi bila dia sendiri yang offer, gembira ler mami. Apa yang saya nampak, berkaitan potty training ni, semua nya akan jadi mudah, bila si anak sendiri sudah faham, dia tak boleh selamanya ber diaper. So, untuk mommies, tugas hanya perlu pantau dan ingatkan si anak itu waktu bila dan bila dia perlu ke tandas.
Sweet Memories!!
Yes, saya rasa, pengalaman ni, memang sangat mahal. Sebagai seorang ibu, yang lihat perkembangan si anak sejak kecil hingga sekarang, segala moment begini memang sangat indah dan takkan di lupakan. Ayoo.. saya ni memang drama sikit. Masa Qistina wean off dulu pun,saya yg emo. Sedih.. Huhu, yelah dari baby setiap masa menyusu, tak kira masa dan tempat..Tetiba berhenti dan saya rasa macam ada satu yang kurang pulak jadual harian saya..
Ok la, kite jumpe lagi lenkali eh..
Good Luck, for mommies yang tengah potty training!!
Mami Far
saya mengalami pengalaman berbeza untuk anak sulung dan kedua. Yang sorang bukan main liat nak berpisah dengan diapers, yang sorang lagi tak sabar-sabar nak pakai spenda dan xmo pakai diapers dah. Dua-dua pengalaman tu amat kelakar... bila dorang dah besar nanti saya nak stori kat dorang biar dorang tersipu-sipu malu... huhu..
ReplyDeleteBetul kan? Pengalaman yang memang sangat manis untuk di ingati :)
Delete