Salam semua.. harap semua sihat ye. Hari ni saya pilih isu antara Jamu dan Supplement?? Saya nak kongsi sikit pasal berpantang menggunakan jamu dan supplement. Ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai untuk digabungkan. Sebenarnya saya rase, tiada masalah pun, kalau kita nak amalkan kedua dua nya. Cuma nya mestilah ada panduan dan cara yang betul.
Panduan Berpantang
Semua orang tahu tempoh berpantang adalah tempoh yang paling kritikal untuk ibu. Setelah melalui fasa bersalin yang sangat hebat, semestinya badan perlu dijaga sebaiknya. Saya sangat percaya pada berpantang yang sangat baik dan sempurna akan menjaminkan kesihatan yang berterusan. Wanita memang WAJIB menjaga segala kesihatan luar dan dalam, bagi memastikan badan fully recover dan bersedia untuk sihat dengan cepat.
Jangan amik mudah dengan tempoh berpantang! Ramai orang zaman moden sekarang amik pendekatan mudah, " dah makan ubat,so takpayah la nak berpantang sangat" Seriously saya rasa, itu salah. Tempoh 40 hari-60hari yang memang dah diberikan itu, sepatutnya digunakan sehabis baik.Mengurut, bertungku, jaga makanan, yes semua nya itu penting! Bukan ape, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Dalam tempoh berpantang, hormon sangat tidak stabil, badan perlu banyak rehat dan elakkan buat kerja berat.
Pemilihan Set Pantang
Saya rasa, ibu sangat alert bab ni. Start hari pertama pregnant, mesti dah plan nak berpantang guna set ape. Betul, ibu harus alert, sebab penggunaan set yang betul, bakal memberi impak yang besar pada kesihatan badan.
Jamu dan Supplement
Ada ibu yang nak berpantang, dan ingin menggunakan kedua dua produk jamu dan supplement. Sebenarnya tiada masalah pun. Lagi baik, seandainya ibu itu cuba dahulu, dan tengok perkembangan pada badan. Macam saya dulu, saya alah pada herba dan jamu. Pengalaman saya berpantang memang sedih sikit, sebab saya dapat Eczema yang sangat teruk!! Saya nak menyusu pun, saya terpaksa pakai glove, sebab tangan saya membengkak dengan biji-biji air. Muka saya membengkak. Saya pakai bengkung dan sapu beberapa herba. Tapi hasilnya?? Perut saya mengalami melecet yang sangat terukkkk!!! Keseluruhan badan saya mengelupas. Sebab panas!Saya refer pakar kulit, dan dia kata, saya alah pada jamu dan herba. Eczema yang saya alami dulu-dulu makin kritikal semasa pantang, sebab time ni hormon kite tak menentu. Itu kata doktor pada saya.
Dia suruh saya stop kan semua jamu yang saya amik secara luar. Alhamdulillah, badan saya saya semakin sihat selepas tu. So, ibu kene cuba yang mana sesuai. Avoid kalau badan tak sesuai untuk consume jamu.
Tapi, pada ibu yang boleh consume ke dua duanya, boleh pilih jamu dan supplement yang mana nak di amik. Yang perlu tahu, kena jarakkan pengambilan antara jamu dan supplement. Sama juga sebenarnya kalau kita makan ubat yang hospital bagi dan supplement. Kena jarakkan masa pengambilannya. So ibu, perlu amik tahu jenis dan kegunaan setiap supplement dan jamu yang di ambil. Dengan itu mudah la, ibu ingin memilih supplement dan jamu yang diperlukan.
Supplement Untuk Berpantang
Sekiranya ibu-ibu ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal Set Berpantang yang menggunakan supplement, boleh refer di sini ye: Berpantang dengan Supplement
So, ibu..pilih la set berpantang yang sesuai dengan badan kita. Jangan pertaruhkan kesihatan dengan salah pilih set pantang yang tak sesuai ye.
Selamat Berpantang!!
Mami Far
0125716112
0 comments:
Post a Comment