Umur 2 Tahun Wajar Kah Hantar Sekolah?


Assalamualaikum w.b.t

Tajuk saya hari ni, agak hot!! Saya rasa, ramai ibu bapa di luar sana sekarang berlumba-lumba  untuk dapatkan pendidikan terbaik untuk anak anak. Ye la,  ibu bapa mana yang tak nak tengok anak mereka berjaya kan?? Malahan, di zaman sekarang, dah terdapat kanak kanak seusia 3 tahun sudah pandai membaca. Tak hairan la, ramai parents yang berkejar kejar nak anak mereka pandai membaca secepat yang boleh.


Tak terlalu kecilkah??

Ramai juga yang berpendapat usia 3 tahun, adalah terlalu awal. Malah untuk hantar anak ke sekolah seusia 4 tahun pun, ramai yang berkata ianya terlalu awal. Setiap parents ada pendapat tersendiri. Pabila masyarakat sekarang berlumba lumba ingin anak mereka maju kedepan, maka tumbuhla pelbagai pusat jagaan kanak kanak yang menawarkan khidmat menjaga dan mengajar anak anak seawal 2 tahun!! Seawal 2 tahun, anak telah di didik untuk bangun seawal pagi, untuk bersiap siap ke sekolah. Berpakaian lengkap dan bawa beg. Rasenya adilkah untuk anak anak itu membesar seperti anak anak lain. Bukan kah usia begitu mereka perlu lebih ke arah bermain, bebas mencuba apa yang mereka ingin buat??

Aktiviti yang santai

Saya banyak mendengar dan membaca tentang pendidikan awal kanak kanak. Mungkin sebab saya ada seorang anak kecil yang tengah membesar dan saya sangat ingin kan terbaik untuknya. Namun demikian, saya sangat puji kreativiti kebanyakkan taska dan tadika  yang banyak mengamalkan konsep "playskol" dimana pengajaran yang dibuat adalah berkonsep kan santai tapi berilmu. Saya rase, cara macam ni, sangat sesuai untuk kanak kanak yang sangat aktif dan cepat bosan. Sangat sesuai juga, untuk kanak kanak yang kecil seperti umur 2-3 tahun. Maka dengan itu, kanak kanak yang kecil tadi, tidaklah rase terlalu terbeban dengan aktiviti pusat jagaan mereka.

Umur berapa yang sesuai dihantar sekolah??

Namun, semua parents mempunyai pendapat sendiri. Jom parents kemukakan pendapat anda disini. Umur berapa yang patut hantar anak ke sekolah??

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. saya dulu penah mengajar di tadika...actually bnyk kelebihan hantar anak ke tadika lg2 bila umur baru 2 tahun...diorg akn exp0se dgn suasana pembelajaran & otak mereka akn lebih berkembang...

    ReplyDelete
  2. Pndapat saya ,bergantung pada kanak2 tersebut.2 tahun tu trlalu awal.sebab budak nie slalu nya nk enjoy puas2,bila tengok semua kawan ge skolah baru dia minat nak join.pengalaman sebagai sesorang kakak yg ada adik kecil.

    ReplyDelete
  3. Thanks semua. Saya rasa ramai parents yang hantar seawal 2 tahun, mungkin juga atas faktor "daripada duduk saja saja kat taska" . Sebab tu banyak konsep playskol dibuka kan sekarang. Saya pun tak tahu sangat pasal silibus atau penekanan dekat taska yang berkonsepkan play skol ni. Adakah memang ada silibus tertentu atau macamana.

    ReplyDelete