Ceritera Bella Ammara


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hujung minggu lepas, sempena cuti merdeka, saya sempat menghabiskan masa bersama family.Tiada aktiviti khas untuk kami, cuma ada menghadiri kenduri kawin di Shah Alam, seterusnya saya menghadiri jemputan rumah terbuka yg masih ada. Kebetulan mak dan adik saya yang ada datang kesini, saya spend masa berjalan jalan di sekitar Seksyen 7 Shah Alam yang kini dah macam jadi pusat fesyen pulak saya rasa!

Paris di Shah Alam! 

Kiki..nama baru untuk Shah Alam! Dah namanya sampai disitu, saya sempat la jelajah beberapa butik pakaian yang ada disekitar situ. Antara butik yang saya sempat masuk adalah Cala Qisya, Habibi by AlKenali, Zawara dan Bazaar-bazaar yang ada disekitar situ. Kebetulan masa ni, butik butik ni ada buat sale merdeka, memang harganya sangat murah! Saya suka sangat baju-baju muslimah di butik butik ni terutamanya Cala Qisya. Susun atur butiknya yang sangat cantik, memang saya sangat berpuas hati. Item yang dijual pun cantik, dan harganye mampu milik! Kalau ke Seksyen 7 Shah Alam, jangan lupa ke sini tau! Berbaloi!!

Bella Ammara

Cantik namanya kan? Saya yakin, namanya dah meniti kat bibir ramai orang kat luar sana. Pada yang baru tahu, ianya sebenarnya nama sebuah butik pakaian yang sangat glamour masa sekarang ni. Kebetulan masa merdeka baru ni, dorang ada buat perasmian butik barunya di Seksyen 7 Shah Alam. Pada awalnya memang saya tak nak masuk, sebab siap kene amik no bagai!. Ramai sangat orang yang tunggu untuk masuk. Jujur cakap, sebelum ni saya tak tau langsung pasal butik ni. So, saya takde pun bersungguh sangat. Cuma my sister la, beria ria ajak saya masuk. So, saya pun layan je la..

Setiap customer diberi masa dalam 15 minit pilih pakaian. Untuk yang first timer macam saya, memang blur la kan..Nak pilih apa, dalam masa sesingkat tu! Tapi saya tengok, majoriti mereka yang masuk, memang dah ada list pakaian yang mereka nak beli. Ha!! hebat kan?? Oh lupa nak cakap, Bella Ammara ni, sebenarnya jual jubah, dan tudung. Ada jugak telekung yang sangat cantik.Usaha sama owner dengan Neelofa. So nama telekungnya Bellalofa! Ada juga baju kurung, skirt labuh dan blouse yang cantik. Design nya memang lain dari yang lain. Kualiti materialnya pun terserlah!  Jubahnya sangat lembut. No wonder la, ada peminat butik ni yang sanggup beli berhelai-helai jubahnya!

Dek terpengaruh dengan jubah yang dipakai oleh sale assistant yang entertain kami hari tu, saya pun terjebak sama membeli sepasang jubah yang sama dengan sale assistant yang pakai tu! huhu.. Nice jubah. Saya amik peluang untuk beli sebab tengah sale :)

OSRA by Bella Ammara

Inspirasi Bella Ammara


Bercerita tentang Bella Ammara yang sangat ramai peminatnya, buat saya rasa nak tahu banyak pasal butik ni. Saya sempat google pasal butik ni, dan tak sangka ada cerita disebalik nama Bella Ammara ni. Kisah owner nya pada saya memang boleh inspirasi baru buat saya dan buat semua yang ingin memulakan bisnes!  Coretan ni , adalah coretan dari Co founder Bella Ammara: Carl Samsudin. Ditulis olehnya ketika anniversary butiknya yang pertama. Perasmian butiknya yang baru di Shah Alam tu sempena anniversary mereka  yang kedua! Jom baca kisahnya. Mungkin boleh jadikan inspirasi baru buat kita :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.
Aku bermula dengan aku mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa aku bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Aku berhenti.
Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.
July 2012.


Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu maha berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.
Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:

" Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara."
AKU AMALKAN - JUJUR & SEDEKAH.
Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kawin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan aku.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
* Carl Samsudin (Co-founder Bella Ammara)
-------------------

"Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. "


Dalam bisnes, Allah adalah CEO kita. Dia yang beri kita rezeki. Jadi nak rezeki lebat, kena berbaik-baik dgn CEO, kena buat semua yg Dia suka, kena pandai 'ambil hati' Dia.
Sesungguhnya, kejayaan tidak datang bergolek! Nak keluar dari 'comfort zone' bukan sesuatu yang mudah. Ia perlukan keazaman yang kuat! Jom ambil langkah pertama itu. Masa depan anda, anda yg tentukan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah untuk mereka! Saya suka dengan kata-katanya, Rezeki itu datang, bukan dari bos atau customer, tapi ianya datang dari Allah. 


Semoga kita semua berjaya gapai impian kita ya!


Far, 
Ur Favourite Shaklee Independent Distributor :)
0125716112

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment