Tempat Makan Best: Celop Tepung Pok Nong!


Assalamualaikum..
Saya memang suka makan! yang penting, saya suka cuba makanan baru yang belum pernah saya makan! Okey hari ni, cerita bab makan, saya nak citer satu tempat makan  best kat negeri kelahiran saya iaitu Terengganu.

Warung Pok Nong

Sesimple nama warung nye, begitu simple la jugak rupa bentuk kedainya. Simple je, Warong Pok Nong ni, jual pelbagai jenis celup tepung macam sotong, udang, ikan dan keropok lekor. Makanan sampingan lain ada mee goreng basah ala terengganu dan  bee hoon goreng.  Apa yang paling menarik tentang kedai ni, celup tepung nya memang sangat superb. Kalau kat Terengganu, setakat nak cari celup tepung ni, merata tempat pun ada. Tapi, as anak terengganu, saya memang boleh nobatkan Warong Pok Nong ni the best ever la.


Warong Pok Nong

Murah dan Sedap!

Yang menjadi kegemaran saya, celup tepung kat sini semua la sotong dan udangnya adalah sangat FRESH! Kata Pok Nong tu sendiri, kalau tak fresh biasanya dia akan tutup. Lagi satu, kita dapat nikmati rasa sotong dan pelbagai lagi tu, dalam keadaan yang masih panas! Saya ni, dah lama jadikan aktiviti minum petang saya kat sini. Tiap kali balik kampung, tempat wajib saya makan, kat sini la. So, saya kenal Pok Nong ni, dari warong dia tak glamer, sampai sekarang dah masuk Jalan Jalan Cari Makan!

Pernah dilawati Jalan jalan cari makan
Jangan risau pasal harga, sebab bila u all makan kat sini, of course akan terkejut dengan total harganya. Biasanya, bile makan kat sini kiteorg akan amik je sebanyak mungkin. Sotong tu dalam 5-7 ekor. Bukan yang saiz yang kecik tau, tapi besar! Pastu udang pun dlam 15 ekor. Ikan celop tepung dalam 3-4 ekor. Ikan kembung yang saiz besar. Normally totalnya dalam 70-90 dah termasuk air tau! Ha berbaloi tak?? Memang takkan dapat kat tempat lain la. 

Antara sotong kat warong ni

Kecur saya tengok!!
Air yang ada disediakan kat sini pun sedap. Paling saya suka air jagung dengan aiskrim. Ada air kelapa dan mcm2 lagi la. Dari makanan hinggalah ke airnya, semuanya sangat puas hati

Lokasi

Warong Pok Nong ni, terletak dekat Mengabang Telipot. Berdekatan dengan UnisZa dan UMT. Kalau nak kesini, u all kene cari UMT tu dulu. So dari UMT tu,dah tak jauh la. Dari Bandar Kuala Terengganu dalam 45minit. 

Wajib pergi

So ini adalah tempat wajib u all pergi kalau bertandang ke Negeri Cantik, Budaya Menarik ni tau. Memang confirm tak nyesal dan nak pergi lagi! Oh, kalau nak pergi better pukul 4 u all dah kene ada kat sana. Kalau lambat, jenuh la nak beratur. Memang kat sini, kalau dah start beratur memang sangat panjang!

Saya paling risau bila datang sini, sebab saya memang akan mkn banyak! So prepare siap siap la LECITHIN dan ALFALFA dalam handbag. Malam tu, confirm kene telan Herblax!!

Ok, bye till meet u again

Salam sayang,
far 0125716112
instagram: farqistina
fbpages:supplement farqistina
ur trusted shaklee distributor!!


SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: