Assalamualaikum w.b.t
Hai peeps, ketemu kembali kita ya.. Hari ni saya nak share sikit pasal cerita yang indah berkaitan menyusu . Sebenarnya, saya baru je terlintas pasal hal ni, masa jalan jalan dari ofis nak ke kelas. Apa yang saya saya fikirkan?? Jom kita baca :)
Memori terindah menyusukan Qistina
Kenangan menyusukan Qistina adalah kenangan yang paling indah dalam hidup saya..Saya rasa, saya wanita terpilih! Saya syukur sangat sebab di izinkan Allah kerana berjaya menyusukan Qistina dengan sepenuhnya. Tolak semua cabaran. Ketepi kan segala kesusahan.Walaupun saya pernah menitiskan airmata tatkala terlalu risaukan susu yang makin menyusut. Tapi saya masih yakin, rezeki itu adalah milik Allah.
Pengalaman sekali seumur hidup!
Sememangnya itu adalah pengalaman sekali seumur hidup.Kerana itulah kali pertama dan terakhir saya menyusukan Qistina! Tak mungkin ada kali kedua!! Sekalipun saya mengandung dan berjaya menyusukan anak ke dua atau ketiga, itu adalah kenangan yang baru. Manakan sama setiap anak bukan? Saya yakin ibu diluar sana mesti ada kenangan tersendiri dalam menyusukan anak mereka. Kata mak saya, setiap anak ada keistimewaan berbeza. Saya yakin dengan kata-kata mak saya.Pengalaman menyusu
Apa yang menarik berkaitan pengalaman menyusu?? Pada pendapat saya,tempoh menyusukan qistina, adalah tempoh hubungan yang paling rapat antara saya dan qistina. Bayangkan, bila qistina menyusu, pasti qistina akan usap usap saya dan senyum senyum pada saya sambil menikmati susu nya itu. Tiada jarak antara kami..
Namun bila dia sudah berhenti menyusu, saat manis begitu hanya saya perolehi sekali sehari iaitu ketika dia nak tido saja.Memang waktu lain dia kerap senyum dan cium saya, cuma perasaan yang hadir ketika menyusu, adalah perasaan yang tak dpt digambarkan dalam apa jua keadaan sekalipun!
Kalau dulu selang 2 jam, ngempeng aje, tapi skrg dah besar, dah tak menyusu, perbezaannya sgt ketara. Apa yang dapat saya lihat, selepas qistina berhenti menyusu, dia lebih pandai menguruskan masanya sendiri. Kurang bergantungan dengan saya. Benar kata Dr yang pernah saya jumpa. Anak akan lebih dewasa selepas mereka stop breastfeeding.
Namun percayalah.. Perasaan yang hadir ketika kita menyusukan anak kita, adalah satu perasaan yang bakal kita rindu, tatkala anak kita kian membesar. Pengalaman itu, tak mungkin terjadi untuk kedua kali, sebab setiap anak pasti akan malalui fasa baru dalam kehidupan mereka.

Jangan Putus Asa!
Please mommy,..bila kita ada peluang menyusu, jangan lepaskan peluang itu. Jangan kita korbankan hak anak kita selagi kita mampu. Untuk ibu yang bekerja, sekurang kurangnya dengan menyusukan anak kita, kita sudah melaksanakan salah satu tanggungjawab yang hakiki pada anak kita. Itu hak dia. Hak anak pada seorang ibu. Bayangkan ada wanita diluar sana yang teringin untuk memiliki anak, teringin bergelar isteri, teringin ada pengalaman pump susu, teringin untuk menyusu..Namun, mereka masih belum diberi rezeki itu. Alangkah ruginya kita, sebagai ibu, isteri yang beruntung memiliki peluang, memiliki masa, memiliki kemudahan, namun kita tidak hargai nikmat peluang yg paling istimewa untuk kita.. MasyaAllah, indahnya rezeki yg Allah bagi..
Ayuh, mama, ibu, mak, mami, bonda atau apa saja panggilan indah mu wanita.. Jangan berputus asa dalam meneruskan perjalanan menyusukan anakanda tersayang.. Tolak segala kekangan, bayangkan kejayaan. Bayangkan kepuasan setelah berjaya menyusukan 2 tahun.
Semoga kita semua menjadi ibu yang solehah.. Semoga anak anak kita diberkati Allah, Semoga Qistina Nur Zahrah saya menjadi anak yang solehah..Anak yang taat pada AgamaNya..Anak yang mentaati kedua ibu bapanya..
Qistina with her cousin |
Amin.
Mami Far :)
0 comments:
Post a Comment