Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Migrain Yang Teruk Boleh Membawa Serangan Jantung!


Arghhh, migrain lagi! Adui, mesti bila migrain datang itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut kan! Migrain memang masalah biasa dikalangan masyarakat kita sekarang. Betul ke ianya masalah biasa? Kalau nak tahu, migrain yang kritikal boleh menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan juga strok tau!! 



Apakah Migrain?

Migrain adalah perkataan yang berasal dari istilah Yunani iaitu Hemicrania. Hemi itu separuh dan crania itu dari perkataan cranium yang maksudnya tengkorak. So maksud nya separuh tengkorak. Sakit separuh tengkorak. Atau lebih mudah, kita tahu bahawa migrain adalah sakit di separuh bahagian kepala. Macam-macam punca boleh sebabkan migrain ni menjelma. Kadangkala tidak cukup tidur, stress, sakit semasa haid dan juga tabiat merokok!  Kebiasaanya sakit kepala disebelah kepala atau lagi dahsyat ianya boleh membawa kepada mual dan muntah-muntah yang teruk!

Punca Migrain


Bagaimana Mahu Meredakan Masalah Migrain

Kebanyakkan kita akan menelan ubat tahan sakit setiap kali di landa migrain kan? Kalau nak tahu, kita boleh kurangkan masalah migrain dengan mengamalkan beberapa pemakanan. So, selepas ini  anda tak perlu lah di belenggu masalah migrain lagi. Migrain biasanya melanda badan mereka yang kurang magnesium ! Apabila badan kekurangan magnesium, migrain akan mudah menjelma. Oleh itu, antara makanan yang boleh mengurangkan masalah migrain adalah:
  1. Brokoli: Brokoli adalah sayuran hijau yang sangat tinggi khasiat riboflovin. Riboflovin ini diketahui boleh mengimbangi badan yang mengalami masalah kekurangan magnesium.

  • Yogurt: Yogurt adalah susu masam yang kaya dengan Vitamin B. Vitamin B adalah vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya juga dikenalpasti ada banyak kandungan riboflavin yang boleh kurangkan sakit dan beri tenaga pada badan

  • Bayam: Bayam pun banyak khasiatnya. Biasanya, kalau orang period akan kehilangan magnesium yang banyak. Biasanya, kita digalakkan makan bayam. Begitu juga orang yang kurang darah dan mengandung. Bayam, sangat digalakkan. Bayam sangat tinggi magnesium dan kaya juga dengan mineral.

  • Susu Rendah Lemak: Semasa mengandung kita digalakkan minum susu kan. Kalau tak cukup dengan itu, Doktor akan tambah pula dengan pil kalsium. Ini kerana, susu sememangnya tinggi kandungan kalsium dimana ianya boleh mengatasi masalah ketegangan salur darah yang berkomunikasi dengan saraf .


  • Telur: Makan banyak telur memnag boleh bawa penyakit. Tapi kena tahu juga, telur boleh memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari tanpa ada sakit kepala. Telur juga dipercayai boleh kawal glokosa dalam darah.


Senaman Boleh Elak Migrain

Antara cara lain yang boleh mengawal migrain adalah melakukan senaman. Tak perlu terlalu lama, dalam 30 minit pun sehari pun dah ok sangat. Kenalpasti punca migrain anda. Ini penting supaya anda tahu, apa punca migrain itu dan boleh mengagak makanan atau keadaan yang boleh sumbangkan punca sakit kepala anda. Sebaiknya, jangan terlalu terdedah dengan cuaca yang terlampau panas dan kemudian berada dalam keadaan yang terlampau sejuk. Ini bakal, merangsang migrain anda!


Jaga diet harian anda! Ini memang sangat penting bagi memastikan badan sentiasa dalam keadaan sihat. Sebaiknya elakkan makanan yang boleh membuatkan anda sakit kepala. Jangan skip breakfast dan elakkan makan dalam kadar yang terlalu banyak dalam satu masa!

Cara lain boleh rawat migrain?

Anda boleh cuba amalkan makanan tambahan yang ada kalsium, magnesium dan vitamin b. Contonya, Ostematrix yang mengandungi tinggi khasiat kalsium dan magnesium. Begitu juga Vitamin BComplex. Ini boleh membantu fungsi badan bekerja dengan lebih baik dan juga membantu badan menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat. 

                                        


Semoga kita bebas dari masalah migrain. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan berkaitan Shaklee, boleh contact saya ye:

Far 0125716112
Shaklee Distributor

Masalah Buasir Ubati Sebelum Menjadi Luka Yang Lebih Teruk


Assalamualaikum w.b.t

Bercerita berkaitan buasir, memang masalah ini agak segan untuk diperkatakan. Namun, jangan segan untuk mendapatkan rawatan kerana masalah ini boleh dirawat. Kenapa buasir boleh berlaku? dan siapa yang boleh mengalami masalah ini?


Masalah Buasir

Buasir adalah penyakit yang berlaku akibat proses meneran yang melampau sewaktu membuang air besar. Masalah ini juga kerap kali berlaku kepada wanita mengandung. Untuk wanita mengandung,buasir berlaku akibat tekanan yang kuat pada bahagian dubur. Pabila ianya berlaku, salur darah yang membesar dibawah rektum akan bengkak dan berlaku keradangan. Keadaan ini, akan menyebabkan dubur akan berdarah dan bengkak. Ada dua jenis buasir, buasir dalaman dan buasir luaran. Buasir dalaman pabila berlaku pendarahan apabila membuang air besar. Kadangkala ianya tidak menyakitkan. Ini kerana salur darah vena bengkak didalam rektum.

Untuk buasir luaran, salur darah kulit luar yang berdarah. Biasanya akan sakit, gatal-gatal dan akan bengkak selepas membuang air besar. Keadaan ini akan menjadikan pesakit berasa sangat tidak selesa.

Penyebab Buasir

Antara faktor yang boleh menyebabkan buasir adalah:
  • Cirit birit yang kronik
  • Kurang serat dalam diet.
  • Mengandung
  • Meneran terlalu melampau ketika ingin membuang air besar
  • Gemuk
  • Golongan berumur
Sebab itulah, kita tidak digalakkan untuk meneran terlalu teruk ketika ingin membuang air besar. Sebaiknya, amalkan diet tinggi serat dan kerap amalkan makan makanan yang memudahkan proses perlawasan supaya mudah sewaktu ingin membuang air besar.



Macamana Tanda Penyakit Buasir?

Biasanya pengidap buasir akan berasa sakit dan pada dubur. Berlaku pendarahan sewaktu membuang air besar. Ada juga keadaan berlaku pembengkakan pada dubur. Ianya kadang-kadang hanya seketika. tetapi, kesannya akan membuatkan pesakit rasa tidak selesa pada dubur.

Cara Elak Masalah Buasir

Untuk mengelakkan masalah buasir, sebaiknya kita perlu mengelakkan sembelit. Maka, perlu lah kita banyakkan mengambil makanan yang tinggi serat, buah-buahan dan  sayur-sayuran. Perlu ambil air yang banyak dan seharusnya setiap 25kg berat badan = 1 liter air. Elakkan mengambil ubatan yang menyebabkan cirit birit. Ini akan memburukkan lagi masalah buasir anda. Kurangkan pengambilan daging merah, kerana ia akan menyebabkan sembelit. Elakkan juga makanan berempah dan terlampau pedas. Berhati-hati dengan keadaan najis anda. Andai terdapat tanda-tanda meragukan, cepat cepat rujuk doktor.

Rawatan Untuk Buasir

Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah:
  • Melembutkan najis
  • Lingkaran getah
  • Ligasi Arteri Hemoroid
  • Menggunakan laser
Untuk melembutkan najis, boleh juga mengamalkan supplement. Seperti masalah buasir, ramai pesakit telah mencuba Ostematrix untuk lembutkan najis, Zink untuk merawat keradangan dan menyembuhkan luka, Omega Guard pula mampu mengecutkan otot yang sakit.Siapa tahu, ketiga-tiga produk ini boleh menyelesaikan masalah buasir anda bukan?

                                 

Anda perlu yakin untuk mencuba. Saya share kejayaan mereka dalam menyembuhkan buasir. Mungkin selepas ini giliran anda pula.


Ubati buasir dengan Shaklee
Ubati buasir dengan Shaklee

Merawat buasir ketika mengandung


Buasir boleh di rawat. Anda cuma perlu yakin dan berani untuk memdapatkan rawatan yang. Kalau nak tanya, boleh la saya kongsikan pengalaman saya gunakan Shaklee.

Ok bye, Far 0125716112

Darah Tinggi Semasa Mengandung Boleh Menyebabkan Kematian


Assalamualaikum w.b.t

Darah tinggi semasa mengandung memang sangat digeruni oleh semua ibu-ibu diluar sana. Ini disebabkan kerana masalah ini boleh mengakibatkan kematian ibu dan juga anak! Siapa yang berpotensi terkena darah tinggi semasa mengandung? Kenapa pula masalah ini boleh berlaku?



Darah Tinggi

Darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit yang ada tanpa kita sedari. Namun, kehadirannya boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti buah pinggang, strok dan sakit jantung. Bacaan darah tinggi boleh dibaca melalui 2 bacaan. Tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Sistolik adalah bacaan di hadapan dan diastolik adalah bacaan dibelakang. (120/80). Sistolik adalah bacaan dimana tekanan maksimum sewaktu darah masuk ke arteri darah manakala diastolik pula adalah tekanan darah didalam arteri darah sewaktu keluar ke jantung. Ketahui tekanan darah abnormal, boleh refer disini: Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi Semasa Kehamilan

Tekanan darah tinggi semasa kehamilan mungkin disebabkan oleh keadaan ibu yang sudah menghidap tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Keadaannya akan bertambah parah sewaktu ibu itu mengandung. Tekanan darah tinggi yang datang bersama air kencing kotor ataupun mengandungi protien kita namakan pre-eklampsia. Keadaan ini biasanya berlaku pada ibu yang pertama kali mengandung. Sekiranya, masalah ini tidak dikawal pada peringkat awal, ibu akan mengalami sawan dan kemungkinan bayi meninggal dan ibu meninggal adalah sangat tinggi. Ianya boleh berlaku semasa bersalin mahupun selepas bersalin. Maka dengan itu, ibu perlu sangat berhati-hati dengan keadaan ini, kerana masalah darah tinggi sewaktu kehamilan memang jarang menunjukkan petanda yang jelas.Yang pasti, ibu wajib mematuhi setiap temu janji rawatan bersama Dr bagi mengelakkan masalah ini lewat di ketahui.



Wanita Yang Berisiko Terkena Tekanan Darah Tinggi

Sebenarnya tiada faktor yang jelas tentang penyakit darah tinggi semasa mengandung.  Kata Dr Zubaidi, ini merupakan satu dugaan buat insan-insan terpilih. Namun terdapat beberapa kemungkinan yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi untuk ibu mengandung seperti:
  • Wanita yang pernah terkena pre eklampsia pada kehamilan sebelumnya
  • Wanita yang migraine
  • Wanita yang kurus dan terlalu rendah
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Wanita yang ada dalam keluarga nya mengalami masalah tersebut
  • Wanita yang terlalu kecik dan kurus
  • Wanita yang mengandung pada usia lebih 35tahun.

Komplikasi untuk ibu dan anak

Sekiranya masalah di biarkan, ianya akan menyebabkan bayi akan lahir pra matang. Bayi akan lebih kecil dan boleh mengalami masalah kerencatan otak, lemas dan juga uri tercerai sebelum brsalin.Sekiranya tekanan darah tidak di jaga, kemungkinan juga masalah pembuluh darah pecah, jantung bermasalah dan lain lain.Selalunya masalah tekanan darah akan berlaku pada kehamilam trimester ke dua. Ini boleh mengakibatkan peredaran darah pada uri terganggu seterusnya, segala zat makanan tak kan sampai pada baby dengan sebaiknya. Ini akan menyebabkan baby tidak dapat membesar dengan baik dan sempurna.



Cadangan Kesihatan Untuk Ibu

  1. Rehat yang cukup
  2. Menjauhi orang minum minuman keras
  3. Hindari stress
  4. Kurangkan pengambilan garam.
  5. Rajin bersenam
  6. Kawal pemakanan
Ibu mengandung kena sentiasa positive dan ceria. Itu penting untuk kesihatan ibu dan juga baby.



Antara Cadangan Menjaga Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil.

Amalkan makan Omega Guard dan Ostematrix.  Ianya adalah  supplemen yang boleh membersih kan pembuluh darah, supaya tekanan darah dapat di jaga. Omega Guard sememangnya sangat dikenali sebagai supplement yang mampu mengurangkan kolestrol dalam darah,dan juga mecegah lemak lemak disalur darah. Ibu-ibu harus mengamalkan supplement-supplement yang baik untuk kesejahteraan baby didalam perut. Antara supplement yang baik untuk mengandung boleh refer disini ya. Set Mengandung Shaklee. Ostematrix  merupakan kalsium  dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.kandungan.



Sebarang pertanyaan?

Far 0125716112 

Tips Elak Gigi Rongak Supaya Tak Payah Pakai Gigi Palsu

Assalamualaikum w.b.t

Penjagaan gigi memang jarang di titik beratkan oleh sesetengah orang. Namun, harus di ingat, gigi rongak di awal usia memang sangat menakutkan. Betul tak?



Penjagaan gigi yang baik, adalah kita kene kurangkan pembentukan plak dalam gigi. Bagaimana plak boleh berlaku?? Plak adalah datang daripada sisa makanan yang terlekat pada gigi, seterusnya ianya bergabung dengan bakteria dalam mulut, lalu terbit la plak! Andai dibiar mula la gigi akan cepat berlubang, gigi mudah rosak dan seterusnya boleh la jadi gigi rongak!!

Makanan Untuk Elakkan Plak  Pada Gigi

  • Vitamin A
    • Adalah vitamin larut lemak 
    • Ianya sangat penting untuk penjagaan mata, gigi, rambut dan tulang
    • Ianya juga penting untuk mencegah plak gigi
    • Menghalang pembusukan gigi
    • Antara sumber makanannya adalah brokoli, susu, bayam dan ikan

  • Vitamin C
    • Vitamin C adalah vitamin larut air yang menjadi benteng dalam kesihatan tubuh badan kita
    • Menjaga gusi, salur darah dan hasilkan kulit yang sihat
    • Sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai gusi berdarah
    • Boleh menghalang kanser dan elakkan keradangan pada gusi
    • Antara sumber Vitamin C adalah buah oren 

  • Vitamin D
    • Vitamin yang sangat penting untuk penjagaan gigi, gusi dan tulang
    • Ianya juga dapat menguatkan rahang gigi dan gigi akan sukar untuk tertanggal. Pendek kata, gigi payah nak tercabut.
    • Vitamin ini juga dapat mengelakkan plak dalam gigi. 
    • Untuk pengetahuan, Vitamin D dapat dihasilkan dalam badan dengan adanya bantuan daripada cahaya matahari :)
    • Boleh juga didapati daripada makanan harian seperti cheese, mentega, ikan telur dan susu.


Untuk hasilkan gigi yang lebih sihat, kena la rajin menjaga kesihatan gigi. Kalsium dan magnesium sangat penting dalam memberi perlindungan pada gigi secara optimum. Faedah makan kalsium, bukan setakat hilang segala lenguh badan, tapi gigi pun sangat cantik!

Jom kita jaga gigi supaya cantik dan berseri! Tengah cari kalsium? ni kalsium yang saya guna. Perfect bersama magnesium dan vitamin D. Ostematrix nama nya :)


Saya suka amalkan ni sebagai sumber kalsium yang lengkap. Lenguh-lenguh badan, penjagaan gigi, melancarkan pembuangan & sesuai untuk ibu menyusu.

Far 0125716112

Atasi Lesu Dan Penat Selepas Bersalin dan Sepanjang Berpantang

Hi peeps!!

Waktu bersalin adalah tempoh yang sangat kritikal untuk seorang ibu . Dalam tempoh yang bermula daripada kontraksi sehingga melahirkan, tenaga ibu memang akan di gunakan sepenuhnya. Oleh kerana itulah, tenaga ibu sangat penting dalam persediaan melahirkan dan juga sepajang berpantang. 

Ihsan Google


Persediaan Sebelum Bersalin Bagi Mengelakkan Lesu

Sebelum bersalin ibu akan melalui satu fasa mengandung yang sangat indah. Walaupun cabaran setiap ibu mengandung itu berbeza, namun saya suka nyatakan, ibu harus gembira dan menerima segala cabaran semasa mengandung sebagai kenangan manis yang tak mungkin dapat di ulang pada waktu lain! Tapi, harus di ingat fasa mengandung juga berperanan penting dalam memastikan kesihatan anda semasa bersalin dan berpantang nanti. Ibu kena amalkan pemakanan yang sihat, untuk pastikan keadaan ibu bersedia untuk bersalin. Boleh baca disini, untuk tambah pengetahuan semasa mengandung: Kesihatan Semasa Mengandung

Elakkan Lesu Selepas Bersalin

Memang selepas bersalin badan akan sangat lesu. Waktu ini, ibu memang sangat perlukan rehat dan pemerhatian yang sangat teliti. Pemakanan ibu pada waktu ini perlu di jaga sebaiknya supaya badan boleh pulih seperti sedia kala. Amalan mengurut, bertungku tolong jangan abaikan. Begitu juga berkaitan makanan. Semasa bersalin, ibu memang telah kehilangan banyak darah dan pastikan makanan yang di ambil, mempunyai kaya zat besi bagi memastikan darah yang hilang, dapat di gantikan dengan cepat.Kelesuan memang bergantung rapat dengan kualiti darah dalam badan anda. Sebaiknya, ibu harus mengamalkan makanan yang mempunyai segala zat dan vitamin yang cukup bagi membantu proses pemulihan dan juga mengelakkan masalah-masalah. Antara masalah yang sering dihantui oleh ibu bersalin adalah meroyan dan luka lambat baik kan. Boleh baca dengan lebih detail tentang masalah meroyan dan luka lambat baik disini: meroyan dan luka jahitan lambat pulih.



Makanan Yang Boleh Memberi Tenaga Untuk Ibu Dalam Pantang

Macam macam cara orang berpantang sebenarnya. Kita boleh amalkan mengikut kesesuaian badan kita. Tapi sebaiknya, pada awal berpantang, pastikan semua zat makanan mencukupi. Tambahkan khasiat makanan dengan pengambilan vitamin yang membekal kan zat besi pada badan. Zat besi penting dalam menghasilkan darah,untuk menggantikan darah semasa bersalin. Rajin amalkan makan kalsium yang kaya magnesium untuk melembutkan najis. Ini kerana, tempoh berpantang, aktiviti paling ngeri adalah ke tandas kan?? Pastikan juga, penjagaan keluar masuk tandas juga di titik beratkan. Amalkan membasuh dengan air sireh mahupun air garam, bagi mengelakkan kegatalan. Boleh baca disini untuk mendapatkan bantuan dalam proses berpantang dengan lebih sempurna. Berpantang sempurna, badan sihat lebih cepat.

Kesan Lesu Semasa Pantang

Lesu dan penat selepas bersalin, boleh menjadi serius kerana boleh mengganggu emosi ibu. Kesannya juga boleh berlaku kepada proses penghasilan susu ibu. Impak besar adalah kepada si kecil. Kesian untuk si kecil, sekiranya ibu lemah dan kurang susu. Oleh itu, pastikan ibu, dalam keadaan yang sihat dan kuat. Pastikan pemilihan set berpantang itu bersesuaian untuk ibu. Ibu kene jelas, tentang konsep berpantang tau.

Okey, jumpa lagi  :)

Mami Far
0125716112

Cara Atasi Sakit Pinggang Sewaktu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Sakit pinggang adalah fenomena normal untuk ibu yang mengandung. Tapi kenapa boleh terjadinya sakit pinggang sewaktu kehamilan?  Sebaiknya ibu mengandung perlu tahu kenapa perkara ini boleh berlaku bagi mengesan sakit pinggang itu normal mahupun tidak.



Sakit Pinggang Ketika Mengandung

Sakit pinggang semasa mengandung disebabkan oleh peregangan antara otot pinggang, bagi menampung keadaan luar biasa ibu mengandung. Sekiranya, sebelum ini, tiada bebanan dibahagian pinggang, namun sekarang, otot meregang untuk memastikan ibu dapat menampung baby sebaiknya. Keadaan sakit ini juga kadangkala ada namun, kadangkala boleh hilang. Sakitnya juga berbeza mengikut badan struktur badan seseorang.

Kenali Sakit Pinggang Semasa Mengandung

Sakit pinggang ketika mengandung lebih kurang macam sakit pinggang sewaktu mahu period. Oh, sama juga sakit nya ketika kontraksi awal ketika mahu bersalin! Kalau pada yang tak pernah alami period pain, sakit pinggang sewaktu mengandung adalah sakit di bahagian belakang pinggang dan rasa sakit itu boleh datang dan pergi berselang seli. Sewaktu sakitnya, sangatlah sakit dan lenguh, namun sekiranya sakit itu berkurang, ianya memang boleh hilang begitu sahaja.

Sakit ini sama seperi sewaktu kontraksi awal mahu bersalin. Sakit yang datang pada awalnya, selang 10-15minit, hinggalah, ianya boleh datang dalam tempoh  5minit sekali. Sesiapa yang ada pengalaman period pain yang teruk, mungkin mereka dapat bayangkan rasa sakit ini.

Cara Kurangkan Sakit Pinggang Sewaktu Mengandung

  1. Elakkan mengangkat barang yang berat
  2. Duduk dalam keadaan posture yang betul
  3. Tidur dalam kedudukan yang selesa dan lebih relax
  4. Elakkan duduk dalam keadaan badan membongkok terlalu lama
  5. Duduk diatas kerusi yang lebih selesa dan ergonomik
  6. Elakkan berdiri terlalu lama
  7. Mengambil barang dengan cara yang betul
  8. Rajin lakukan regangan, sekiranya rasa tidak selesa
  9. Gunaka bantal sewaktu duduk, sekiranya ketidakseleasaan berlaku.
  10. Pergerakkan bangun dan duduk haruslah dalam keadaan perlahan-lahan.

Ini antara tips yang boleh digunakan untuk ibu mengandung, supaya lebih selesa dan tidak mengalami masalah sakit pinggang. Sekiranya anda, masih mengalami masalah sakit pinggang yang teruk,elok la berjumpa Dr dengan segera. Sekiranya Dr ada mencadangkan untuk mengambil pil kalsium, saya sangat cadangkankan Ostematrix dari Shaklee. Ostematrix, memang sangat berjasa pada ibu mengandung. Ianya dapat melegakan masalah sakit pinggang dan akan memberi lebih keselesaan pada keseluruhan badan anda. Bagi yang sudah mengamalkan pengambilan susu setiap hari, bagus! Tindakan bijak. Tapi, ada yang tidak memilih meminum susu, elok amalkan kalsium. Kalsium sangat penting dalam pembentukan otot dan perkembangan baby anda. Termasuklah nanti, tempoh pantang dan menyusu. Tanpa kalsium yang cukup, boleh mengakibatkan anda mengalami masalah tulang yang cepat reput tau!

Ianya, sangat berguna untuk saya sekarang! Saya memang amalkan untuk memberi keselesaan pada badan saya. Ianya juga baik untuk memudahkan proses pembuangan najis, membantu ibu yang menyusu sewaktu period, mengelakkan cramp untuk ibu mengandung, boleh menjadi alarm waktu pagi! Bukan apa tau, sekiranya anda tidur pukul 2 pagi, anda tidak bermasalah untuk bangun seawal 5 pagi dalam keadaan yang cergas! 

Semuanya dengan izin Allah, tapi saya mencuba ianya sangat menjadi untuk saya. Saya ada letakkan beberapa kejayaan mereka yang berjaya menyelesaikan masalah sakit pinggang.

Berjaya kurangkan Skit Pinggang





Nak tahu lebih details, boleh contact dulu saya di 0125716112, my name is FAR ye..

Till meet u again peeps!!


Susu Ibu Tetap Banyak Walaupun Sibuk dan Bekerja Jauh

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri yang berjaya menyusukan Qistina selama 2 tahun 6 bulan walaupun saya terpaksa berulang alik dari tempat kerja lebih kurang 3 jam sehari. 1.5 jam pergi, 1.5 jam balik. Itu belum termasuk jam tau! Kalau jam, saya akan sampai rumah dalam pukul 8 malam. Apa yang saya lakukan untuk melaksanakan misi penting dalam menyusu?? Jom saya cerita.



Mind Setting

Yup, dalam menyelesaikan misi penyusuan ni, mind setting adalah sangat penting. Memang akan cabaran, memang akan ada rintangan. Akan jumpe orang yang negative, dan akan jumpa orang yang supportive. Tapi bila kita dah jelas arah tuju, iaitu " Nak Menyusu Sampai 2 Tahun" so, apa sahaja cabaran, akan dia atasi semudahnya. Dan halangan itu umpamanya seperti setakat bunyi angin yang lalu di tepi telinga sahaja. Lebih lebih lagi, bila kerja jauh, badan akan penat, Masa pun mesti terkejar-kejar. Semua kerja rumah dan urusan anak perlu settle. Yang penting, di rumah kita isteri dan ibu, dan di tempat kerja kita adalah pekerja. Sebab, bila susu kurang mahu pun tak sempat kita jangan jadikan alasan untuk tidak pump susu. Itu lah, punca utama masalah misi kita gagal.

Jadual Menyusu dan Pump Susu 

4.30 am       Bangun tidur dan pump susu
6.00 am       Kejutkan anak dan direct feed

10.00 am      Pump kali pertama di ofis
1.00  pm       Pump kali kedua di ofis
4.30 pm        Pump kali ketiga di ofis

10.30 pm      Pump di rumah

Antara jarak dari 4.30pm ke pukul 10.30 pm, saya akan direct feed anak saya sekerap kerap nya. Lepas anak saya tidur, saya biasanya akan menyelesaikan tugas-tugas dirumah. Dan siapkan urusan yang perlu.  Peluang ini, saya gunakan untuk keluarkan susu yang ingin dibawakan ke taska esok. So daripada chiller dan  saya thaw kan dulu. 

Cara Uruskan Susu Ibu

Selepas pump,biasanya saya akan letak dalam plastik pemyimpanan susu. Then saya tulis tarikh. So, saya gunakan susu, yang tarikh paling sebelum nya untuk dibawa ke taska. Begitu la, perkara ini berulang ulang setiap hari. Biasanya susu saya dapat sekali pump 5-10 oz. So, saya pump 3 kali, jadi hasil harian saya pun dah melebihi 20 oz. Saya hantar kan ke taska sehari 20 oz. Jadi, stok saya cukup. Sebab saya supply setiap hari pun lebih 20 oz, dan saya jasilkan setiap hari 20oz. Penting tau, ibu tahu konsep ini, untuk tidak buat kita kehabisan stok.

Biasanya saya akan letak semua susu yang cair kedalam botol. Saya letak 3- 2 oz setiap botol. Dan saya akan letakkan didalam cooler bag yang khas untuk dibawa ke taska. Saya tak nak susahkan penjaganya amik susu, dan letakkan dalam peti ais. So, setiap susu anak saya, just amk dari cooler bag, dan panaskan sahaja.

Memang saya beli banyak sangat  botol-botol kecil tu, supaya senang saya nak bawa ke taska dan bawak ke ofis.  Lagi satu, untuk ibu yang tiada banyak masa, sesuai kena ada banyak botol botol tu, supaya jimat masa untuk basuh botol setiap hari.

Pump Susu Yang Praktikal

Yes, antara sebab proses penyusuan lagi mudah, pabila kita boleh pump susu dengan mudah. Saya buat pelaburan lagi tepat kerana saya beli telah Medela Freestyle sebagai breast pump. Zaman saya beli memang ribuan. Tapi frankly speaking, memang sangat berbaloi. Sangat mudah, sebab double pumping. Boleh pump serentak. Lepas tu, sangat ringan, dan senang nak dibawa kemana sahaja. Saya out station, saya meeting, dimana sahaja, saya akan curi masa pump susu! Alhamdulillah, misi saya berjaya!

Cabaran Menyusu

  • Susu kurang semasa saya period
Masa ni, saya sangat risau. Kalau biasa dapat 10 0z sekali pum, masa ni saya dah dapat 5 oz. Kadang 3 oz! Mau saya tak nangis. Saya positive, dan saya cuba pelbagai cara. Minum air longan, makan kurma, minum air halba. Last last, saya makan Ostematrix Shaklee. Kalsium. Saya do some research, memang kalsium penting untuk ibu menyusu, sebab masa period darah kan banyak keluar, jadi kalsium dalam badan kurang. Itu boleh mengakibatkan susu kita pun tak banyak. Masa tu, zat besi pun kurang. Zat besi kan penting untuk menghasilkan darah kita. Masa period, hormon kita kan tak menentu. So, masalah saya selesai masa tu. Ni la Ostematrix nya:
  • Susu berkurang pada saat menghampiri 2 tahun
Sepanjang tempoh saya menyusu, saya memang tak de amalkan ape apa supplement. Alhamdulillah, rezeki anak saya memang murah. Saya memang dianugerahkan banyak susu. Tapi cabaran susu kurang masa saya period dan yang ke dua bila dan hampir ke dua tahun. Masa ni saya terfikir, i need to do something! Saya takkan nak biar susu makin berkurang  dan misi saya tak tercapai. Saya search dan saya jumpa la Set Menyusu Shaklee. Saya punya tamak dan ambil semua suppelement.  Ada ESP, Vita-Lea, BComplex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix. Masa ni, saya memang dah beli semua set ni, tapi saya tak amalkan sangat kecuali Ostematrix, ESP, Alfalfa, Vitalea. Sebab, sebelum tu kan saya memang dah makan Ostematrix untuk masalah period. So, bila dah dekat nak 2 tahun, bila susu dah kurang, saya mula la konsisten makan yang lain-lain tu. Alhamdulillah, badan makin sihat. Susu pun maintain. Tak la banyak mencurah curah macam dulu, tetapi saya maintain dapat buat stok untuk anakanda saya.

Salah tau, hanya makan supplement waktu susu kurang. Sebaiknya, suppplement kena makan sepanjang proses menyusu, supaya badan kuat, dan dapat hasilkan susu berkualiti. Ni, dah susu tak de baru nak makan, memang payah lah sikit.  Sebab, konsep penyusuan, "BADAN SIHAT, RAJIN PUMP, SUSU PUN BANYAK"

Masa tu, saya memang tak faham lagi konsep tu. Sebab tu sekarang saya tak nak mami-mami diluar sana pun macam saya dulu.Orang menyusu badan memang perlukan banyak tenaga dan makanan berkhasiat. Waktu ini adalah waktu untuk kita hasilkan susu yang paling khasiat untuk anak kita. Bukan supplement yang kita makan itu, hasilkan susu. Tetapi corak pemakanan kita yang merangsang badan kita untuk hasilkan susu denga banyak dan kualiti. Kita di galakkan ambil supplement untuk membantu melengkapkan nutrisi harian supaya badan kita kuat dan  dapatlah hasilkan susu yang banyak

  • Cabaran Bulan Puasa
Ini masalah utama ibu menyusu bulan puasa. Haus sangat kan! Saya memang haus sangat!!  Masa ni juga susu akan drop. Masa saya puasa ditahun pertama, susu saya tiada masalah. Ahamdulillah, puasa saya sempurna dan susu saya pun banyak. Namun tahun kedua, ada cabaran. Masa ni saya amalkan Performance Drink dan saya konsisten amalkan supplement yang lain.Alhamdulillah, saya tak haus, dan susu pun maintain. Allah bantu saya! 

Performance Drink memang sangat bagus kerana dapat mengekalkan bendalir dalam badan. Masalah haus pun dapat di atasi. Badan pun rasa sangat segar dan boleh kekal lakukan kerja rumah dengan baik. Waktu itu, saya memang akan minum ESP dan Performance Drink semasa saya bersahur. Kalau bangun sahur terlambat pun, saya akan amik keduanya itu sahaja. Memang alhamdulillah, saya masih boleh kerja dan kekal menyusu pada siangnya.

Itu la, antara perjalanan saya susu kan Qistina!

Nak share ape2, boleh tinggal komen, or contact saya:

Far 0125716112

Bye!

Elakkan Penat dan Mengantuk Untuk Ibu Yang Bekerjaya

Assalamualaikum..

Masalah kepenatan dan mengantuk, memang menjadi igauan ramai ibu bekerjaya diluar sana. Masalah ini juga, kadangkala boleh mengganggu kesejahteraan keluarga itu sendiri. Apa yang perlu si isteri buat, untuk cergas sentiasa dan tidak mengantuk di rumah?  Kadangkala, kita pun tidak tahu, apa punca badan kita sentiasa letih dan mengantuk. Tahu punca badan kerap mengantuk? Jom baca!




Punca Mengantuk

Banyak sebab yang boleh mengakibatkan kita menjadi sangat mengantuk antaranya adalah:

  • Tidak cukup tidur
Ini berlaku mungkin kerana anda tidak mendapatkan waktu tidur yang secukupnya. Leka di depan laptop, mungkin juga leka bersama gadget, antara faktor ramai orang yang mengabaikan waktu tidur

  •  Badan Sangat Lemah
Kadangkala, ramai yang mengurangkan kuantiti makanan dengan harapan, badan akan cergas. Tapi, akibat kukurangan makanan juga, badan boleh jadi sangat lemah dan mudah mengantuk.. Diet yang seimbang dan tinggi protien sebenarnya, akan memberi impak pada badan supaya kelihatan cergas dan tenaga. Yang penting, sarapan itu wajib! Banyakkan lah protien daripada karbohidrat!  Bukan setakat makan makanan yang banyak boleh mengantuk tau! Kurang makan pun, boleh ngantuk

  • Kurang Darah Merah (Anemia)
Antara faktor badan yang lemah kadangkala datang daripada kekurangan darah merah. Lebih lebih lagi kalau wanita sedang period. Waktu ini badan akan lemah akibat banyak darah yang keluar. Dalam darah merah terdapat zat besi dimana ianya berfungsi penting dalam menghantar oksigen ke seluruh badan. Boleh baca sepenuhnya berkaitan zat besi di sini. Kesan Kekurangan Zat Besi

  • Stress
Stress ataupun tekanan emosi akan menjadikan seseorang itu rasa lemah, lesu, sakit kepala dan hilang selera makan. Keadaan ini juga boleh menjadikan seseorang itu lebih cenderung untuk tidur dan tidak melakukan aktiviti lain.

  • Pesakit Diabetes
Pesakit diabetes juga sangat cenderung untuk mengantuk. Pesakit Diabetes mengalami masalah tidak dapat  menukarkan semua makanan menjadi tenaga. Ini menyebabkan paras glukosa sangat tinggi dan menyebabkan seseorang itu mudah letih.

  • Dehidrasi
Kekurangan air juga akan menyebabkan badan mudah mengantuk dan lesu. Ingat tau, setiap 25kg berat bersamaan 1 liter air. Kekurangan air juga boleh menyebabkan badan tidak dapat membuang bahan toksik sebaiknya.

Ini adalah antara punca kenapa badan anda cepat sangat mengantuk. Bukan apa, kadangkala bila kerap mengantuk banyak aktiviti harian tergendala. Bayangkan ibu yang ada 5 orang anak. Sekiranya balik kerja rasa mengantuk dan penat, macamana nak uruskan anak-anak? Oleh sebab itu, ibu perlu menjaga khasiat pemakanan sebaiknya untuk menjamin kesejahteraan keluarga.

Makanan Tambahan Yang Perlu Diamalkan Ibu Bekerjaya

Ibu yang perlu cergas dirumah dan ditempat kerja, perlu mengambil Multivitamin yang secukupnya bersama Vitamin B dan Kalsium. Apa kegunaan? Ini adalah vitamin dalam membekalkan zat besi yang mencukupi pada badan ibu. Lebih lagi,kalau ibu tersebut menyusu! Ditambah pula Vitamin B yang dapat membantu menukarkan semua makanan anda kepada tenaga. Kalsium penting untuk badan yang letih bekerja, dan menguruskan anak.  Ibu juga, perlu dapatkan bantuan protien yang cukup, yang penting untuk badan dan juga kulit!







Macam saya, haruslah saya amik Vitalea, BComplex dan juga Ostematrix sebagai langkah menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Tambah pula, kalau saya rasa agak tak sedap badan, saya akan cepat cepat menambah kuantiti Vitamin C. Alhamdulillah, memang cepat sangat kesannya. Macam protien, saya akan amik ESP. Penting untuk saya jaga kulit dan elakkan perut saya lapar dalam tempoh masa yang lama.

Pengalaman Kawan Sendiri

Ofismate saya, yang ada 4 orang anak. Tapi berjauhan dengan suami. Dia cakap, kesemua vitamin itu wajib dia amik, kalau tidak memang dia akan cepat penat dan letih. Lebih lagi anak dia masih menyusu! Protien ESP tu, memang seawal pagi dia dah minum, supaya perutnya tak kosong sementara tunggu sampai ke ofis.


Jangan biarkan masalah kepenatan, menjadi punca suami anda berjauh hati! 
Jom bertindak sekarang, atasi masalah mengantuk dan kepenatan anda!

Contact saya Far 0125716112, saya boleh bantu cadangkan apa yang sesuai untuk keperluan badan anda :)