Elakkan Penat dan Mengantuk Untuk Ibu Yang Bekerjaya

Assalamualaikum..

Masalah kepenatan dan mengantuk, memang menjadi igauan ramai ibu bekerjaya diluar sana. Masalah ini juga, kadangkala boleh mengganggu kesejahteraan keluarga itu sendiri. Apa yang perlu si isteri buat, untuk cergas sentiasa dan tidak mengantuk di rumah?  Kadangkala, kita pun tidak tahu, apa punca badan kita sentiasa letih dan mengantuk. Tahu punca badan kerap mengantuk? Jom baca!




Punca Mengantuk

Banyak sebab yang boleh mengakibatkan kita menjadi sangat mengantuk antaranya adalah:

  • Tidak cukup tidur
Ini berlaku mungkin kerana anda tidak mendapatkan waktu tidur yang secukupnya. Leka di depan laptop, mungkin juga leka bersama gadget, antara faktor ramai orang yang mengabaikan waktu tidur

  •  Badan Sangat Lemah
Kadangkala, ramai yang mengurangkan kuantiti makanan dengan harapan, badan akan cergas. Tapi, akibat kukurangan makanan juga, badan boleh jadi sangat lemah dan mudah mengantuk.. Diet yang seimbang dan tinggi protien sebenarnya, akan memberi impak pada badan supaya kelihatan cergas dan tenaga. Yang penting, sarapan itu wajib! Banyakkan lah protien daripada karbohidrat!  Bukan setakat makan makanan yang banyak boleh mengantuk tau! Kurang makan pun, boleh ngantuk

  • Kurang Darah Merah (Anemia)
Antara faktor badan yang lemah kadangkala datang daripada kekurangan darah merah. Lebih lebih lagi kalau wanita sedang period. Waktu ini badan akan lemah akibat banyak darah yang keluar. Dalam darah merah terdapat zat besi dimana ianya berfungsi penting dalam menghantar oksigen ke seluruh badan. Boleh baca sepenuhnya berkaitan zat besi di sini. Kesan Kekurangan Zat Besi

  • Stress
Stress ataupun tekanan emosi akan menjadikan seseorang itu rasa lemah, lesu, sakit kepala dan hilang selera makan. Keadaan ini juga boleh menjadikan seseorang itu lebih cenderung untuk tidur dan tidak melakukan aktiviti lain.

  • Pesakit Diabetes
Pesakit diabetes juga sangat cenderung untuk mengantuk. Pesakit Diabetes mengalami masalah tidak dapat  menukarkan semua makanan menjadi tenaga. Ini menyebabkan paras glukosa sangat tinggi dan menyebabkan seseorang itu mudah letih.

  • Dehidrasi
Kekurangan air juga akan menyebabkan badan mudah mengantuk dan lesu. Ingat tau, setiap 25kg berat bersamaan 1 liter air. Kekurangan air juga boleh menyebabkan badan tidak dapat membuang bahan toksik sebaiknya.

Ini adalah antara punca kenapa badan anda cepat sangat mengantuk. Bukan apa, kadangkala bila kerap mengantuk banyak aktiviti harian tergendala. Bayangkan ibu yang ada 5 orang anak. Sekiranya balik kerja rasa mengantuk dan penat, macamana nak uruskan anak-anak? Oleh sebab itu, ibu perlu menjaga khasiat pemakanan sebaiknya untuk menjamin kesejahteraan keluarga.

Makanan Tambahan Yang Perlu Diamalkan Ibu Bekerjaya

Ibu yang perlu cergas dirumah dan ditempat kerja, perlu mengambil Multivitamin yang secukupnya bersama Vitamin B dan Kalsium. Apa kegunaan? Ini adalah vitamin dalam membekalkan zat besi yang mencukupi pada badan ibu. Lebih lagi,kalau ibu tersebut menyusu! Ditambah pula Vitamin B yang dapat membantu menukarkan semua makanan anda kepada tenaga. Kalsium penting untuk badan yang letih bekerja, dan menguruskan anak.  Ibu juga, perlu dapatkan bantuan protien yang cukup, yang penting untuk badan dan juga kulit!







Macam saya, haruslah saya amik Vitalea, BComplex dan juga Ostematrix sebagai langkah menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Tambah pula, kalau saya rasa agak tak sedap badan, saya akan cepat cepat menambah kuantiti Vitamin C. Alhamdulillah, memang cepat sangat kesannya. Macam protien, saya akan amik ESP. Penting untuk saya jaga kulit dan elakkan perut saya lapar dalam tempoh masa yang lama.

Pengalaman Kawan Sendiri

Ofismate saya, yang ada 4 orang anak. Tapi berjauhan dengan suami. Dia cakap, kesemua vitamin itu wajib dia amik, kalau tidak memang dia akan cepat penat dan letih. Lebih lagi anak dia masih menyusu! Protien ESP tu, memang seawal pagi dia dah minum, supaya perutnya tak kosong sementara tunggu sampai ke ofis.


Jangan biarkan masalah kepenatan, menjadi punca suami anda berjauh hati! 
Jom bertindak sekarang, atasi masalah mengantuk dan kepenatan anda!

Contact saya Far 0125716112, saya boleh bantu cadangkan apa yang sesuai untuk keperluan badan anda :)
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: