Tanda Ada Masalah Resdung Dan Rawat Sebelum Parah


Assalamualaikum w.b.t

Masalah resdung adalah masalah yang sangat biasa diperkatakan. Namun, adakah ianya masalah kesihatan biasa, ataupun boleh membawa kepada penyakit merbahaya? Mungkin tak ramai yang tahu, resdung boleh mengakibatkan jangkitan pada otak ya! So, hati-hati dengan resdung!


Tanda Ada Masalah Resdung

Resdung tiapkali boleh di kenali sekiranya kerap bersin di waktu pagi mahupun semasa cuaca yang sejuk. Banyak lagi petanda anda menghidapi masalah resdung iaitu:
  1. Hidung tersumbat
  2. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang-ulang
  3. Demam dan badan yang tak selesa
  4. Hidung Gatal
  5. Bersin
  6. Alahan pada hidung
  7. Mulut berbau
  8. Lendir banyak pada hidung dan tekak

Punca Masalah Resdung

Pelbagai punca yang boleh mengakibatkan resdung. Mungkin anda boleh kenali punca masalah ini, bagi memberi pencegahan awal pada masalah resdung.
  1. Keadaan hidung yang bengkok
  2. Struktur hidung yang sempit
  3. Ketumbuhan dalam hidung
  4. Ada pembengkakan pada kawasan dalam hidung

Komplikasi Akibat Resdung

Andainya masalah ini tidak dirawat, ianya boleh mengakibatkan:
  1. Buta
  2. Jangkitan pada otak (meningitis)
  3. Jangkitan pada tekak
  4. Jangkitan pada paru-paru (lelah yangs sangat teruk)
  5. Sakit tekak yang kronik
  6. Berdengkur yang kronik
  7. Selsema yang kronik
  8. Jangkitan pada tulang muka

Dahsyat kan resdung? Siapa sangka resdung boleh mengakibatkan masalah yang sangat kritikal. Boleh baca disini untuk penjelasan yang lebih detail berkaitan resdung: Resdung Risiko Jangkitan Otak

Rawatan Resdung

Saya ingin cadangkan antara rawatan resdung yang boleh diamalkan iaitu dengan mengamalkan vitamin seperti Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex. Ianya boleh mengurangkan kegatalan pada muka, dan boleh mengurangkan masalah sinus. Vitamin C pula sangat baik untuk antobodi badan.Ianya dapat mengurangkan selsema dan kuatkan antibodi badan.


Nak tahu banyak lagi boleh contact saya eh :)


Far 0125716112

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment