Tiada Selera Makan Petanda Awal Gastrik?


Assalamualaikum..

Kebanyakkan masalah tiada selera makan memang dianggap biasa pada sesetengah orang. Tak kurang juga yang menyatakan itu boleh dijadikan sebagai alasan untuk berdiet! Betul ke? Memang kenyataan itu adalah salah sama sekali. Diet bukan erti kita perlu berlapar, tapi diet adalah kita mengawal makanan yang dimakan, dengan cara yang betul. Jangan ambil mudah dengan masalah tiada selera makan, sebab itu tanda perut anda banyak angin dan petanda anda mempunyai gastrik adalah sangat tinggi!




Bagaimana Gastrik Boleh Berlaku?

 Dr. Mohd. Faisal dari Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur berkata:
"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan PH1 hingga PH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik"

"Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan."

"Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah"
Ini adalah petikan saya ambil dari Utusan Malaysia. Berdasarkan penerangan yang dijelaskan, kita memang sepatutnya menjaga jadual makan dengan sempurna bagi mengelakkan masalah gastrik berlaku. 

Tanda-tanda Anda Mengalami Gastrik



Tanda-tanda penyakit gastrik:
  • Mengalami sakit kepala dibahagian kanan kepala terutama ketika perut kosong atau terlewat makan
  • Sakit kepala dan ikuti dengan rasa loya dan mual. Dituruti sebu perut dan kurang rasa selera makan. Kadangkala masalah ini di rasai tanpa sakit kepala pun
  • Muntah
  • Muntah berdarah dan kadang kadang berwarna kuning
  • Demam sekiranya skip waktu makan
  • Sakit perut yang amat sangat
  • Keluar angin dari mulut seperti sedawa



Rawatan untuk Gastrik

  • Ikut waktu makan dengan sempurna
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Elakkan perut dalam terlalu lapar
  • Elakkan makan cuka, makanan yang terlalu  pedas 
  • Elakkan minuman bergas, kafien
  • Elakkan junk food!
  • Elakkan minum air sepanjang makan. Minum air selepas makan

Rawatan Supplement

Konsep rawatan gastrik adalah mengawal waktu makan dengan sebaiknya, hindari makanan yang boleh membanyakkan asid. Antara suppelement yang boleh merawat masalah gastrik adalah ESP, Peppermint Ginger Plus dan juga Ostematrix. ESP(Energizing Soy Protien) adalah sejenis protien yang dihasilkan secara Non-GMO merupakan salah satu makanan yang dapat menahan perut dari lapar dan mengurangkan keradangan pada perut. Ramai yang bercerita, masalah gastrik mereka pulih dengan mengamalkan ESP. Boleh di ambil seawal pagi, Sangat ringkas, dan boleh membantu anda daripada berlapar.

Peppermint Ginger Plus, dapat mengurangkan asid di perut. Sangat sesuai untuk mereka yang banyak angin, dan ada masalah sebu perut. Sekiranya, ada perut terasa sangat sebu, selepas makan, sebaiknya bancuh la peppermint bersama air suam dan minum. InsyaAllah, ianya sangat berkesan. Itulah cara yang saya amalkan.




Jangan tunggu lagi!


Gastrik boleh mengakibatkan KANSER USUS tau! Jangan amik mudah dengan masalah tiada selera makan! Jangan skip waktu makan walaupun perut terasa penuh!

Itu bukan kenyang, tetapi penyakit!

Love,
Far 0125716112



SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: